13 Jun 2012

Durian sulung abah saya

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Jun 13, 2012

Salam uols.........

Korang perasan tak sekarang ni musim duryan.......makan durian tak?......bak kata kawan cikguluv....sapa tak makan durian...hilang salah satu NIKMAT HIDUP.....

Hari ni cikguluv nak cerita pasal pokok dan buah durian yang abah cikguluv tanam dengan tangan beliau sendiri. Pokok ini ditanam berpuluh tahun yang lalu selepas penyerahan tanah pusaka. So sebagai merasmikan tanah itu,abah cikguluv pun menanam sebatang pokok durian..(masa tu....takde handset kamera yg canggih dan DSLR lagi) so takde la gambo anak pokok durian itu ketika mula2 ditanam dahulu.

Tak tahulah rezeki dapat menantu tahun ni agaknya.....akhirnya tahun 2012 ini maka berputiklah bunga2 durian ini. Baru2 ini cikguluv telah pulang ke kampung di Bukit Duyong ,Melaka untuk melihat sendiri buah2 yang tergantung di atas pokok durian itu.....

Korang tau tak....rasa nikmat nampak buah doryan bergantungan atas kepala korang camne....? Nikmatnya tidak terkata.....lagi2 pulak abah kita yang tanam sendiri.....nasib baik tak leh petik...kalau tak dah jadi Tarzan dah.....Tq abah......tq so much....dapatlah anak cucu merasa buah durian yang digelar RAJA BUAH.....

Tanpa membuang masa.....silalah menatap gambar2 yang sempat dibidik oleh camera Yuna cikguluv okey...enjoy uols.....

Stratergik tak tanah abah cikguluv ni...tepi jalan besau menghala ke Masjid Al-Azim....dan yg tersergam megah itu ialah pokok doryan abah saya.

Ini doryan abah kami tanam gak tapi kat belakang rumah arwah nenek

Cer perati.....jarak buah doryan itu dengan tanah.......ada bran nak petik?

Spot the doryans?.....

Dimanakah doryan itu?




Inilah hasilnya....doryan sulung abah kami....chumel2 jer cam anak2 abah.....i loike


p/s: Ayah mertua cikguluv pun ada dusun di Batang Kali...cuma buah doryannya tak berapa menjadi kebelakangan ini......tapi doryannya juge sodap hingga menjilat jari...





1 nota dicatat murid:

bib2426 berkata...

perggggggggggghhhh...doryan kegemaran i. hikss!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea