23 Disember 2011

Bila SIAMANG mengamuk....takutnye....

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Disember 23, 2011
Berita ni sebenarnya dah 2 minggu lepas,cuma cikgu luv terfikir  SIAMANG  tu mesti sebenarnya x berniat nak cederakan 2 org kanak2 tu tapi mata dia nampak kaki kanak2 tu dah macam pisang kot...(agaknya pekerja zoo Melaka lupa @ lambat bg makan)....kesian adik ni....



MELAKA - Keseronokan dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin.

Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.

Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.

Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan. "Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.

"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq.

Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

(berita ini di-kopi-pes dr Kosmo)

..................................................................................................

SKARANG.....cer tengok camne memula org ramai kemain bermain dan bergurau senda dgn SIAMANG ini.pastu semua langkah seribu.....layan video ni ok dan sila lebih berhati-hati ketika melawat ke Zoo....

p/s: Tanyalah cikgu Sains korang,binatang tidak berniat nak menyerang ,mereka hanya ingin mempertahankan diri dan kemungkinan kelaparan.


Sayangilah binatang....peace no war.




0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea