26 April 2012

Sebelum jadi cikgu,saya seorang......

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, April 26, 2012

Cikguluv memang banyak pengalaman bekerja sebelum menjadi seorang guru.....maklumlah perlu berkerja keras untuk membantu keluarga

Sebelum saya menjadi seorang GURU.....saya seorang...........

SELEPAS SPM (1990/91):

#1 Pekerja pam minyak
~ kerja pam minyak di stesyen minyak PETRONAS Pasar Borong Selayang....
(pengalaman melambakkan minyak di atas motor sorang mamat dan baru kerja seminggu duit short sampai beratus2....so berhenti)

#2 Minah kilang
 ~kerja kilang fishball di Sg Tua
(gajinya berdasarkan berapa banyak kita boleh menggentel fishball dan fishcake itu...sekeping 1 sen..mmg mencekik darah)

#3 Nurse
~sambil itu,di sebelah petang bekerja sebagai pembantu doktor di KLINIK FATIMAH di Selayang Baru (gajinya RM180 sebulan...tapi masa tu rasa cam dapat 1800 jer dan ada satu pengalaman yang agak mengerikan bila doktor menyuruh saya membantu beliau mengkhatankanseorang LELAKI India yang nak masuk Islam...nasib baik doktor tgk muker cikguluv dah pucat..dia kata...siapkan brg2 pastu awak keluar...FUHHHHHH....lega )

cikguluv juga ikut beberapa org kenkawan  pergi interview kat KFC Warta Selayang....namun terpaksa TOLAK kerana dia WAJIBkan pakai skirt pendek......

RESULT SPM KELUAR......SAMBUNG FORM 6 di SMK GOMBAK SETIA


SELEPAS STPM (1992/93):

#1  Juruwang
~kerja cashier di 7-eleven Jalan Kuching......(gajinya agak masyuk juga)

#2  Kerani
~kerani kontrak di Lembaga Peperiksaan Malaysia Jalan Duta (dapat kerja ini selepas mendaftar di Pejabat Buruh)...merasa jadi orang GOMEN ...

#3  Guru kiut miut
~guru sandaran di SK Taman Selayang 2 (bersama Kamsiah,Ezanee...yang kini telah menjadi suami isteri dan kedua2nya cikgu)

#4 Cikgu cun
~ guru sandaran di SMK Taman Melati,KL...(setahun jugalah....mengajar subjek Maths dan Sejarah Tingkatan 1)

      
                                                           

FINALLY,MENDAPAT TAWARAN MASUK KE MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGANU BATU RAKIT

dan kini saya seorang GURU tetap dan berpencen...
namun di dalam pekerjaan saya ini ada berpuluh perkerjaan lain yang saya turut buat
(kerani,nurse,akauntan,peguam,juruteknik,jurulatih,pemandu,makcik cleaner, kaunselor,polis,pengawal keselamatan,pengurus,guru vokal,guru tarian,engineer dll)



p/s: Sebenarnya masa kecik dulu,cikguluv ada beberapa cita-cita.....konon2 nak jadi penyanyi....pastu nak jadi polis.....akhirnya jadi gak penyanyi (dalam kelas)...jadi gak polis (tangkap murid yang buat salah)..i luv my JOB....








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea