Assalamualaikum semua.....
Panas cuaca kebelakangan ini...panas lagik hati cikguluv dengan kerenah Majlis Daerah dot...dot...dot....(korang taukan...)
Begini ceritanya.....cikguluv nak le menambah / renovate dapur cikguluv yang sekangkang kera ini menjadi beberapa kangkang kera.....dengan hati yang suci murni.....pergilah ke pejabat itu....sampai2 dalam pukul 12.50tengahari....bermakna ada dalam 10 minit kita masih boleh berurusan...namun HAMPA kerana satu opis dah gulap gulita......cikguluv yg membawa 3 hero (adam,wawan dan mikhail kosmos) redho dan bawa lah kanak2 ini makan2 sambil menikmati pekan cowboy yang sangat mententeramkan jiwa ini. Jam di tangan menunjukkan pukul 2pm.....oklah.....dengan tawakal cikguluv meninggalkan 3 hero tadi bermain2 di playground berhadapan dgn opis ini....Sampai sahaja cikguluv terus naik ke opis atas untuk berurusan dengan mereka.......dan ada 2 org sahaja kerani kot di opis itu...dan hanya cikguluv sahaja yang berurusan ketika itu.
CL: Assalamualaikum puan, saya nak tanya prosuder utk menambah dapur.....alamat saya...bla...bla.....
Kerani: Oh, puan tak boleh terus mohon kami perlukan puan mengisi borang dan esok saya akan suruh technician saya pergi tengok rumah puan.....lepas tu dia akan call puan...puan datang sekali lagi baru isi borang dan bayar deposit 1000hengget....beli pelan 200hengget....bayar sewa tong sampah roro 500hengget
CL: {SAMBIL MENELAN AIR LIUR}Oklah.....(dan mengisi borang) ,serahkan dan balik..
Seminggu berlalu......tiada apa2 yang berlaku
Cikguluv telah menelefon kerani terbabit....menanyakan hal ini...jawapannya ...ok puan....nanti technician kami pergi.
Dua minggu berlalu........masih tiada apa2 berlaku
Sekali lagi,Cikguluv telah menelefon kerani terbabit buat kali kedua menanyakan hal ini...jawapannya "Puan,borang puan isi tu...hilang.Tak tau mana perginya...boleh datang sekali lagik.
Apalagi,terus darah cikguluv mendidih pada suhu 100darjah Celcius....."Puan , saya rasa inilah antara satu sebab ...kenapa ramai penduduk di daerah ini buat rumah tanpa meminta kebenaran dan permit.....kerana benda remeh temeh camni la.........
Dan kerani itu menjawab..."Baiklah puan,petang ni juga saya suruh technician saya pergi rumah puan....bagi alamat puan sekali lagik"
Petang itu, kerani itu menelefon CL....."Puan ,kami terpaksa memberi notis kepada puan kerana puan membina tembok tanpa kebenaran......,puan ada mintak permit tak dulu?
CL:Uii mak ai.....lain yang disuruh,lain yang datang.....saya ada buat permit....puan boleh check dalam sistem puan...
Kerani: Kami dah cuba cari...tiada maklumat....
Biar betik Majlis Daerah ni....apakah???????????????????
CL: Apa ni.......??? Takkan takde salinan?
Kerani: takpelah puan cari permit tu pelan2...kalau ada bawa ke pejabat,nanti kita uruskan pasal sambung dapur........
CL: oklah...saya pun x tau ada ke tak simpan....nanti2 la saya cari....(mood bengang tahap gaban)
DAN......KORANG NAK TAHU.....AKHIRNYA SAMAN YANG KUDAPAT JUA.....what the fish betullah.......namun cikguluv berjaya mencari permit membina tembok yang dibuat pd tahun 2005.....nasib baik simpan........benar2 menguji tahap kesabaran ku.
Inilah buktinya.....cikguluv buat permit tau...2005
Dan ini notisnya.......2012
Namun cikguluv ingin beritahu korang.......yang cikguluv masih setia membayar cukai taksiran tanpa mengeluh.........namun apa nak buat......sabo je la.
tentang Cikgu ♥
♥ My Wishlist ♥
bawa anak2 pi USS
Nak buat UMRAH
Nak buat UMRAH
Blog List
-
-
-
2019 volvo xc40 suv6 tahun yang lalu
-
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI7 tahun yang lalu
-
KEK PANDAN CHEESE LELEH9 tahun yang lalu
-
♥ borak dengan kamu
15 Jun 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 nota dicatat murid:
Itu lah masalahnya dari dulu kini dan selamanya. nak di buang tak boleh. nak di ajar lari . maka berdoalah agar terbuka hidayah mereka ini agar buat kerja tu selain nak cari makan. buat lah kerna Allah s.w.t. Aminnnn!
itu lah masalahnya dari dulu kini dan selamanya.! nak buang tak sampai hati, nak di ajar tak boleh. maka hanya boleh didoakan agar terbuka hati mereka agar bekerja tu bukan sekadar cari makan utk famili, juga kerna Lilahita'ala, barulah ada berkat untuk diri, famili, masyarakat dan negara. wallaualam.
akhirnya kes ini dapat dielesaikan dgn baik selepas campur tangan pegawai majlis daerah tu.....amin ....
Catat Ulasan