Salam sejahtera uols....
Entri ini cikguluv tulis selepas mendengar cerita seorang sahabat yang suaminya berkahwin satu lagi tanpa pengetahuan beliau.
Dan yg cikguluv KAGUM....dia sangat REDHO dengan ketentuan Ilahi ......yang mana bukan semua perempuan akan dapat meredhokannya semudah itu......kalau redho pun maybe selepas membelasah atau mencilikan perempuan itu...hahahahahhaha
Tetiba cikguluv terfikir ...jika aku berada di tempatnya...apakah aku sanggup berkongsi seorang suami dengan wanita lain.
Ramai wanita cakap "abang nak kahwin lain boleh ....tapi carik perempuan jutawan,mak datin ke"...tapi kalau dah terjadi.....bolehkah duit menutup segala rasa cemburu di hati sang isteri. Ah.....malaslah nak fikir...bila terjadi nanti ...baru kita fikir sesama ya......Semoga Allah rencanakan hidup yang terbaek buat cikguluv. Namun cikguluv percaya ...Allah memilih hamba-hambanya untuk diuji pasti ada seribu satu hikmah di sebalik segala ujian itu.Wallahualam.
Terimalah sebuah sajak super spontan daripada cikguluv.
Relakah aku nanti.....
Relakah aku nanti.....
andai diri diduga
Relakah aku nanti.....
andai kasih didusta
Relakah aku nanti.....
andai jiwa terseksa
Relakah aku nanti.....
andai hati melara.....
Relakah aku nanti.....
jiwa luka merana
Relakah aku nanti.....
andai diri dimadu
oleh dia,
oleh dia,
oleh dia,
kasihku tercinta........
Relakah aku nanti..........???
2 nota dicatat murid:
perghhhh cikguluv.pepagi da wat entri tangkap lentokkksss!tak kuasa mak jemah...
harusla feeling2 sikit
Catat Ulasan