10 April 2013

Ponteng kerana takut

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, April 10, 2013
Ada seorang murid cikguluv ni (darjah 3) kedatangannya sangat teruk.....setelah ibunya dihubungi ,rupa2nya dia ponteng sekolah tanpa pengetahuan ibunya....tapi dia memang duduk di rumah sahaja.......

Bila dia datang ke sekolah,cikguluv pun tanya kenapa kamu x datang sekolah,dia diam.....matanya berkaca2...naluri seorang guru ini tahu yang dia ni seorang murid yang baik.......cuma memiliki hati yang 'kecil'.....rupa2nya dia takut dengan seorang cikgu......katanya cikgu itu pukul dia sebab dia x pandai.....

Lalu cikguluv suruh dia pandang muka cikguluv......."Ali (bukan nama sebenar), cikgu dulu lagilah x pandai...kamu ni pandai juga.....cikgu dulu selalu dimarahi oleh cikgu juga....balik rumah kena marah pula dengan ayah. itulah antara sebab jadi seorang guru kini.....kita belajar memang kena tempuh semua ini.Cikgu2 semua marah bukan kerana benci tapi kerana sayangkan kamu semua....cikgu2 mahu kamu lebih berjaya daripada cikgu. Ali pun menundukkan mukanya tetapi matanya sedikit bercahaya.

Selepas kejadian itu, dia tidak ponteng lagi, tapi semalam sudah 2 hari dia x datang....cikguluv pun call ibunya dan ternyata ibunya terkejut kerana dia mengaku dia pergi sekolah. Malam tadi, telefon cikguluv berdering.......

Hello.
Hello,cikgu zanariah....ni Ali.....cikgu saya janji saya x akan ponteng lagik.....(suara kecil itu teresak2)
Oklah.....ingat pesan cikgu.....kamu budak yang cerdik.......kalau kamu rajin datang sekolah...insha Allah kamu akan lebih berjaya.
Ok.....cikgu.....saya sayang cikgu.....
Tanpa diduga.....air mata cikguluv automatik bergenang.........

Harap2 hari ini "Ali" akan datang ke sekolah.

~Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya~

ruyung bermaksud kulit atau kayu yg keras drpd batang rumbia (enau dll); jika tidak dipecah ~ di mana boleh mendapat sagu prb tidak akan tercapai cita-cita dgn tidak berusaha kuat; awak yg payah membela ~, orang lain yg beroleh sagunya prb kita yg berusaha dan bersusah payah tetapi orang lain yg mendapat faedahnya.







0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea