15 November 2013

5 soalan

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, November 15, 2013

 Soalan mereka 

1. Kenapa taknak mengajar sesi pagi?

Jawabnya :
Saya suka mengajar budak kecik, mereka naif, kreatif, mencabar dan interesting.

 Soalan mereka 

2. Kenapa taknak mengajar Tahun 6?

Jawabnya :
Saya memang hendak mengajar budak kecik, mereka dengan fitrah belajar sambil bermain dan saya suka cara itu....bkn hanya latih tubi sahaja. Biarlah kawan-kawan lain yang lebih arif mengajar murid Tahun 6. Saya pernah mengajar Form 1 Matematik, tidak banyak bahan yang boleh saya gunakan, hanya formula saja bbm nya.

 Soalan mereka 

3. Kenapa suka mengajar budak kecik, bukankah tidak menguji keberkesanan PdP anak2 murid, kalau dorang exam dan banyak dapat A barulah kita dikata hebat

Jawabnya :
Yang penting murid mendapat pembelajaran yang berkesan. Terkadang ada murid yang tak mampu menjawab exam dengan baik. Tapi selagi mereka kreatif dan dapat menggunakan segala pembelajaran dalam kehidupan seharian mereka, cikgu bangga.

 Soalan mereka 

4. Kenapa tak mengajar BM sedangkan kamu kata kamu kreatif?

Jawabnya :
Saya sangat mencintai Matematik, saya rasakan ramai murid set dalam otak mereka matematik itu susah dan BM itu mudah kerana itu bahasa kita, saya nak tukar persepsi itu, matematik itu mudah , ia hadir sejak kita ada dalam rahim ibu hingga la ke liang lahad.

 Soalan mereka 

5. Kenapa cikgu suka mengajar Matematik?

Jawabnya :
Saya rasa saya mmg pelik, semasa saya Form 2, saya dapat jawab soalan cikgu Matematik saya dalam masa yang sangat pantas namun cikgu cakap cara saya salah walaupun jawapan saya BETUL, sejak itu saya berfikir jika nanti saya jadi seorang guru, apa sahaja jawapan murid saya akan TERIMA selagi mereka boleh menaakul dan menerangkan bagaimana mereka mendapat jawapan itu.....bagi saya Matematik itu unik. Saya sentiasa berusaha mengembangkan idea dan memikirkan pelbagai teknik dan kemahiran yang murid suka jika mereka belajar Matematik. Saya tahu bila mereka sudah berada di Tahap 2, mereka sudah tidak terdedah dgn segala kekreativitian yang terdapat dalam Matematik. Saya percaya saya dapat membuatkan pengajaran murid-murid Tahap 1, khasnya Tahun 3 mendapat PdP Matematuk yang berkesan dan bermakna. Saya juga manusia biasa, sentiasa buat salah namun saya akan terima jika ditegur . Wallahualam


Set Induksi  ketika mengajar Tajuk Ukuran Panjang
Tajuk Bahagi
Tajuk Darab
Tajuk Wang

Set Induksi saya ketika mengajar Tajuk Ukuran Panjang,
Saya dapat idea bila nampak murid-murid suka main jet kertas , bila diaplikasikan dalam kelas, mereka seronok. Mereka teruja mengukur menggunakan pita pengukur jet kertas siapa paling jauh.


~Sharing is Caring~
Jom share cerita cikgu-cikgu Matematik Tahap 1





0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea