Asalamualaikum semua dan salam sejahtera,
Pernahkah korang terfikir suatu hari apa yang dilalui oleh kawan2 korang sebelum ini ....cerita2 dlm TV yg korang tgk.......yg korang baca.......akhirnya terjadi pada diri korang sendiri.
Kisah cikguluv ini bermula pada end of January 2015 apabila hidung ini asyik tersumbat dan akhirnya setelah beberapa minggu telah berlaku pendarahan yang agak kronik.
Bermalam sehari di wad HKKB (Kuala Kubu)....doktor di sana mengesyaki sinus kronik...atau resdung kronik. Surat follow up ke HSELAYANG diberi lagi seminggu baru jumpa.....namun keesokan harinya cikguluv dah ke HS krn pendarahan masih terus berlaku.
Di HS, doktor pakar ENT telah melakukan endoscopy ke dlm hidung ku.....dan sampel tisu pun diambil. Kata doktor....selepas 2 mnggu baru kita tahu apa masalah puan sebenarnya. Hati dah starat berdebar2.
2 minggu pun berlalu.......telefon berbunyi.....dr HS....suruh dtg untuk doktor terangkan keputusan ujian sampel hari itu. Malam itu bangun tahajud dan berdoa semoga Allah permudahkan dan telah REDHA apa jua keadaannya.
Bertemankan suamiku.....akhirnya doktor telah mengesahkan aku ada ketumbuhan di pangkal hidung yang dia sebut sebagai KANSER PANGKAL HIDUNG.
Kalau korang...apa perasaan korang.....tp perasaan cikguluv masa tu sangat redha......dalam sudut hati yang paling dalam ini berkata pasti ada 1001 hikmah ALLAH beri aku ujian ini.
apakata dia beri ujian ini kpd anak2 ku.....aku pasti tak mampu hadapinya.....apalagi kalau diberi kepada suamiku......dialah telah kami bergantung. Jadi Allah beri ujian kecil ini untuk seorang hambanya yg dirasakan mampu menghadapinya. Cikguluv anggap....Allah memberi cuti panjang kepada diri ini untuk berehat sebentar setelah hampir 19 thn mengajar.
Buat sahabat2 cikguluv semua...doakan lah cikguluv sihat kembali. Buat anak2 muridku....cikgu berehat sebentar untuk cas semula tenaga cikgu yg mngkin telah berkurangan. Cikguluv sentiasa positif walau ada kata2 mereka yg melukakan hati seorg pesakit K ini. Namun kata2 semangat lebih banyak cikguluv terima membuatkan cikguluv terharu rupa2nya diri ini disayangi oleh ramai org.
Akhir kata.... bermula 16hb April ini bermulalah sesi rawatan radioterapi kanser hidung tahap 2 di HKL. Semoga Allah permudahkan urusan hambamu ini. Aamin.
Terima kasih ALLAH kerana aku menjadi pilihanmu. Kerana hanya dikau yg mengetahui segala rahsia dan hikmah di sebalik segala ujian kecil ini.
Nukilan rasa.....
cikguluv April 2015
tentang Cikgu ♥
♥ My Wishlist ♥
bawa anak2 pi USS
Nak buat UMRAH
Nak buat UMRAH
Blog List
-
-
-
2019 volvo xc40 suv7 tahun yang lalu
-
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI8 tahun yang lalu
-
KEK PANDAN CHEESE LELEH9 tahun yang lalu
-
♥ borak dengan kamu
3 April 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 nota dicatat murid:
Get well soon kakak.!! . sobs .. ~ Inshaa Allah, tiap yang jadi tu ada hikmahnya.. ini semua ujian.. harap akak tabah ye .. yang penting akak kena semangat untuk sembuh demi keluarga dan anak-anak akak.. jaga diri..
semoga Allah permudahkan & ringankan kesakitan kaklong.kuatkan semangat. kitorang sekeluarga sentiasa doakan kaklong.
tq adindaku bib.....tq jaga akak n paksa akak minum susu mcm bdk kecik...hihi
tq siti..... doakan akak ya.
Catat Ulasan