19 Disember 2012

Pekerja Kilang Papan dapat 8A

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Disember 19, 2012
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua......

SUBHANALLAH , ALHAMDULLILAH ,ALLAHUAKBAR

segala puji2an buat Tuhan sekelian alam di atas segala nikmat dan rahmatNya ini......

Seribu malah berjuta kesyukuran cikguluv panjatkan di atas kejayaan seorang pekerja sambilan kilang papan ini yang berjaya mendapat 8A dalam PMRnya tahun ini.

Inilah dia pekerja kilang papan itu a.k.a anak sulung cikguluv

eh.....ni kayu tau..bukan anak cikguluv
|
|
|
v
yang ni barulah anak cikguluv



dia memang muka selamba......takde muka mat smart pun ok

Namanya ialah Muhd Ikhmal Faiz....

Si Ikhmal ni....masa cuti skola bebaru ni....org lain sibuk pi tusyen persediaan ke Form 4...dia plak sibuk carik keje kat area rumah cikguluv ni.....akhirnya dapatla jawatan pekerja kilang kayu .....dengan gaji RM18 sehari.....maka diapun bekerjala hampir 3 minggu. Akhirnya dapatlah gaji sebanyak RM305. RM100 diberinya kepada cikguluv......namun x sampai hati nak mengambilnya....cikguluv suruh dia bagi atuk dan neneknya sahaja......sorang RM15.....jadilah sebagai amik berkat...kemain suker abah dan mak cikguluv bile cucunya bagi duit gaji...padahal RM15 jer pun.......(itulah dikatakan budi bahasa)

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal bujangku ini...sila ke link ini....ikmal oh ikmal

Oklah layanlah beberapa gambo yg sempat dibidik oleh handset Nokia E5 cikguluv (bawa dslr,tapi malu nak bawak kuar...takut org kata OVER).......


cikguluv pun macam x percaya yang dia dapat 8A.....RUTIN hariannya selepas balik sekolah,makan , tidur, petang saja WAJIB pi main skateboard(nak kuar peluh katanya),malam pi tusyen kat skolah (itu je pun masa dia blajo),kalau hari cuti......duk berkurung dalam bilik (sama ada layan FB,youtube skater, skype) atau layan gitar dia....




tq kepada semua guru yang mendidiknya sejak drpd dia mengenal huruf sehinggala dia mengenal macam2 benda yang elok dan x elok...doa suami,doa nenek dan atuknya,doa mak2 sedaranya dan doa semua kawan2 juga sangat2 cikguluv hargai.....


Semoga anak bujang cikguluv ini dilindungi Allah dan menjadi anak yang berjasa kepada agama , bangsa dan negara....dan paling penting....jadi anak yang soleh......dan contoh buat adik2nya.

BUKAN SENANG NAK MENDIDIK ANAK2 SEKARANG......

p/s: Masa salam ngan cikgu kelas Ikhmal, cikgunya pun terkejut yg dia berjaya dapat 8A....dalam kelasnya KRK 1(kelas rancangan khas) ada 30 org....hanya 4 org sahaja yang x dapat 8A.....dan yang x dapat itu BUKAN dia....ALHAMDULLILAH.











2 nota dicatat murid:

Zhi berkata...

Tahniah kepada ikmal ...dan cikguluv juga ...
Struggle for SPM plak lepas ni ... =) good luck ..

cikguluv berkata...

tq kak iti....wah terasa i bercakap dgn toktie plak.......harap2 dia boleh lepas utk SPM plak....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea