7 Ogos 2012

Saya sahut cabaran itu......

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Selasa, Ogos 07, 2012
Reaksi: 
 Salam uols.......masih di bulan Ramadhan lagi kan.....Alhamdullilah....tahun ni anak bongsu cikguluv sampai saat ini penuh puasanya...yang besor2....setakat depan mata kita puasa la...kat belakang kita hanya Allah saja yang Maha Mengetahui....namun cikguluv doakan semoga mereka jua dapat menjadi anak yang baik.

Mesti korang teruja kan....nengok tajuk...wah....cikguluv kene cabar ke? dengan siapa?....GIMIK jer pun.....sebenarnya cikguluv nak cerita pasal CABARAN membesarkan anak remaja lelaki.....cikguluv ada 3 orang tau...tapi yang dah remaja nya seorang inilah.....Muhammad Ikhmal Faiz(M.I.F).

Biarlah cikguluv cerita serba sedikit tentang M.I.F ini....

'MIF ini dari dalam kandungan lagi dah bejalan beribu2 km kot coz semasa cikguluv mula mengandung sehingga la ke usia kandungan 6 bulan cikguluv berulang alik setiap minggu dr KL ke Felda Neram 1 ,Kuantan kerana semasa itu berpraktikum di sana . So, maybe kerana itu, dia sedikit bijak ataupun "gifted"....dia agak terang hati sama ada dapat ilmu yang "positif" atau "negatif".

Semasa usianya 4 tahun dia telah mula mengenal A-Z tanpa belajar....hanya dari persekitaran dan diajar secara x langsung oleh salah seorang adik cikguluv.....masa umur 5 tahun , dia telah hafal semua nama haiwan dalam bahasa inggeris...dan secara tak langsung uols tahu tak ...cikguluv pun tahu nama2 binatang yang pelik2....

Pertama kali dia membaca, dia telah eja ejaan CHEETAH di t-shirt cikguluv......dan selepas itu cikguluv tau yang MIF ini gifted kot. Dia hanya belajar di tadika KEMAS sahaja (masa tu umur 4 tahun ) tidak seperti anak2 kawan cikguluv yang tadika memahal. Ada satu kenangan semasa dia di tadika itu...dia balik dia bgtau "ibu, setomac kita sakitlah".....cikguluv kata.....apa dia?....rerupanya dia kata 'perut/stomach' dia sakit.....puas cikguluv membetulkan bukan setomac la...tapi stomach....dia menangis sampai tertidur kata cikgu tadika dia betul...esok secara diam2 cikguluv bagitau cikgu tadika tentang kesalahan cikgu itu membunyikan stomach sehingga influence MIF ini......tau tak...balik2 dia kata ....betullah ibu....cikgu kiter silap....betullah stomach....Fuh legaaaa.....

Cikguluv telah membawa MIF ini tumpang tahun 1 sejak umurnya 5 tahun lagi,kemudian bila dia sekolah rendah prestasi nya agak on off tapi masih dalam TOP10 dalam kelasnya. Cikguluv perasan yang dia hanya belajar di sekolah sahaja, sehinggala dia ambil UPSR, dia hanya tusyen di sekolah sahaja ...tiada tusyen extra di luar...bkn xnak hantar tapi dia taknak. Alhamdullilah resultnya seperti yang kami doakan. Semasa dia Tahun 3 ,cikguluv telah hantar dia ke kelas gitar.....dia seorang KIDAL. Susah jugakla cikgu gitar itu hendak tune gitar dia dan mengajarnya..tapi Alhamdullilah setahun saja dia belajar , dia dah boleh main dengan baik.

MIF juga terpilih untuk interview sekolah kluster iaitu SM Sains Selangor Cheras....namun tak berjaya....padahal masa tu cikguluv sambil menunggu dia diinterbiu dudk dengar pelajar2 SMSS tu sdg berlatih brass band ...beranganlah dia akan main chello.....udah nye dia keluar sambil cakap cikgu yg intebiu dia tu "kerek"...'adakah cikgu tu kata ...muka awak ni macam mana boleh dapat 5A...'...telan air liur cikguluv.....sabo je la.

Bila masuk skola menengah, dia terpilih masuk ke kelas rancangan khas (KRK)...bermula daripada ini cabaran besar buat cikguluv...maklumla dia semakin remaja ...dan mula mencari identitinya sendiri. Dia pernah bergurau dengan rakan sekelasnya shingga rakannya itu patah tangan kanan . Dia degil xnak potong rambut,akhirnya cikgu disiplin telah membotakkan rambutnya (masa tu bulan puasa dah nak raya dah),dan dia sangat DOWN ketika itu. Namun biar itu menjadi pengajaran kepadanya.

Namun peristiwa yang tak boleh cikguluv LUPA bila dia berjaya dapat no 1 di dalam kelas dan dalam tingkatan , dek kerana dia berpindah ke sekolah baru (mengikut cikguluv yang berpindah ke skola baru) cikgunya di sana telah menukar namanya kepada nama org lain pada Hari Penyampain Hadiah....MIF ok je....tapi cikguluv yang kecewa.....setelah turun naik pejabat,kami berjaya mendapatkan hak beliau,namun tetap terkilan.

Sekarang...MIF telah pun menjangkau usia 15 tahun dan akan menduduki PMR...macam yang cikguluv bagitau....dia ni blaja ada on off...x macam bdk2 lain dalam kelasnya 3KRK1 (KELAS RANCANGAN KHAS)....kekadang listed dlm TOP10...kekadang no 1@2 dari belakang....rakyat dalam kelasnya dahle ada 30 orang haje.......adui.....urut dada cikguluv.Di saat entri ini cikguluv karang...MIF sedang menjalani trial PMR selama 6 hari....cikguluv doakan dia buat yang terbaikla....

Itulah nak kongsi cabaran cikguluv membesarkan MIF sepanjang 15 tahun ni.....sebenaunya banyak lagik yang benar2 mencabar kewibawaan cikguluv ...namun biarlah RAHSIA.....sekarang cikguluv sangat2 percaya ....dengan pepatah ini "What u Give, U Get Back".....(pepaham sendiri sudah ok)hahahahahha

Semoga suatu hari, MIF anak sulung cikguluv ini akan menjadi insan yang berguna kepada agama , bangsa dan negara. Aminnnnn(aminkan beramai-ramai ye ).



Inilah my MIF :


# Alhamdullilah...M.I.F berjaya mendapat straight A's dlm PMR 2012. Tahniah ankku.


3 ulasan:

  1. eh..rasanya saya ada masa intebiu skolah menengah sains selangor tu.

    HAHA...kacang goreng je ikhmal lalui menda tu. tapi dia tak minat. layankan hajo....

    semoga ikhmal baca blog ni ler gamaknya. semoga terus sukses bukan dlm pelajaran je. tp dalam hidup di dunia & akhirat.amin.......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itula.......trial dpt 5A. ....insya Allah...yg betol2 dpt 8A kot...aminnnnn

      Padam
  2. Alhamdullilah, ikhmal berjaya dpt 8A....tq kpd semua yg mendoakan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea