15 Disember 2012

Cara sediakan Tiramisu

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Sabtu, Disember 15, 2012
Reaksi: 
Salam semua.......

Hari ini takde angin takde ribut...tetiba tanpa dirancang cikguluv terIKUT kawan cikguluv ke sebuah kedai menjual alatan membuat kek dan kueh....pelagi mendadak keterujaan untuk belajar membuat TIRAMISU.......




Apakah dia TIRAMISU?

Menurut Kamus Wikipedia :

Tiramisu ([tiɾamiˈsu]Italian spelling: Tiramisù; lit. "pick me up") is an Italian dessert. It is made of ladyfingers (Italian: Savoiardi) dipped in coffee, layered with a whipped mixture of egg yolks and mascarpone cheese, and flavored with liqueur and cocoa.[1] The recipe has been adapted into many varieties of puddings, cakes and other desserts.
(silalah translate sendirik ya)

OKlah xnak buang masa korang yang dah teruja nak tahu tu kan...... beginilah methodnya...sila sediakan pen dan keretas okies.....



Ini bahan2 membuat tiramisu:

iaitu:

~whipping cream (saiz kecil) harga RM7.20
~Cream chesse (saiz kecil) RM6.50
~biskut ladyfingers RM9.90<Boleh jer pakai biskut Marie atau biskut pape>
~serbuk koko @ milo
~sedikit nescafe <crik nescafe xde...bedal je la indocafe..>
~sedikit gula(ikut nak manis camne..(cikguluv pakai 4 sudu)
~sedikit nestum
~air suam

Langkah 1


Letakkan whipping cream dan pukul hingga putih

Langkah 2


Tambahkan sedikit gula dan pukul lagi

Langkah 3


Masukkan cream chesse dan pukul hingga kembang



Pukul sampai cantik okies......

Langkah 4


Rendamkan biskut ke dalam air suam yang dicampur dengan nescafe

Langkah 5

Susun biskut di dalam bekas 

Langkah 6

 Letakkan campuran chesse dan whipping cream yang telah dipukul  tadi secara sekata

Langkah 7

 Taburkan nestum atau oat di atas lapisan itu

Langkah 8

Taburkan serbuk koko di atas lapisan nestum pula

Langkah 9

Ulangi semula langkah dari menyusun biskut....tadaaaa.....siap sudah ...TIRAMISU ku


Selamat mencuba kenkawan......enjoy uols





p/s: Ini adalah salah satu daripada cara membuat Tiramisu...byk lagik cara dan kaedah lain yang boleh digunakan....so enjoylah pilih mana cara yg korang suka ya.......PEACE.....NO WAR....







0 nota dicatat murid:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea