29 Januari 2016

INI KISAH SAYA...BEKAS PESAKIT KANSER HIDUNG

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Jumaat, Januari 29, 2016
Reaksi: 

INI KISAH SAYA

Ramai org tanya saya....apa punca saya boleh kena kanser hidung... semua kuasa Allah telah memilih saya . Saya share beberapa fakta dan pengalaman ya.

Punca:
Dr tinjauan dan soal selidik doktor ada 2 sebab.
1. Tabiat saya makan asam jeruk dr remaja.
2. Ada darah keturunan cina krn kata doktor majoriti yg kena ada genetik cina.

Simptom :
Bermula dgn demam2 kemudian Hidung mula berdarah nonstop. Doktor klinik biasa mmg akan bgtau panas dalaman. So wajib pergi pakar.

Cara didiagnos :
Pegi pakar ENT Hosp Selayang , doktor buat biopsi iaitu masukkan kamera dan ambil sedikit sampel dr kawasan berdarah tu. Semasa itu doktor kata antara 2 sama ada ketumbuhan biasa atau kanser.

Selepas 2 mnggu saya dipanggil...dan korang akan boleh teka apa keputusan bila doktor kata bawa suami puan sekali. So saya dah ikhlaskan hati redha .

Doktor pun bgtau hasil biopsi sah kanser pangkal hidung stage 1 dan saya diminta buat ctscan . Hasil drpd ctscan doc kata ketumbuhan bersaiz hanya beberapa mm shj iaitu tersgt kecil dan syukur tidak merebak lagi ke organ2 lain. Dan lepas tu doc sahkan saya kanser saya stage 2A.

Kes saya perlu diberi rawatan sama ada di HKL atau IKN Putrajaya. Saya memilih HKL .

Rawatan :
Bermula April 2015 saya menerima rawatan kimoterapi dan radioterapi .


Rawatan :

1. Kali pertama ke HKL utk rawatan pada awal April doc d sana telah mencadangkan untuk saya menjalani kimoterapi dahulu kerana que yg agak panjang untuk rawatan radioterapi... faham2lah hospital kerajaan. Saya minta tempoh bertenang utk berfikir dan berbincang dgn famili. Doc beri tempoh 2 mnggu utk saya ambil keputusan.

2. Dlm tempoh itu...jgn ceritalah doa..solat hajat...isthikharah...borak2 ngan famili terdekat...dan yg plg klimaks ialah bantuan pakcik google. Dlm sumber2 internet rupanya tak byk membantu saya. Bkn apa mngkin saya salah gugel tak jumpa source yg betul. Keputusan saya bulat ketika itu.... iaitu TAKNAK KIMO sanggup quee panjang untuk tarikh radioterapi krn terlalu takut nak kimo . Dan ketika ini belum membuat apa2 rawatan berat saya telah turun hampir 6kg kerana mula takut mkn itu ini smpai tahap saya jadi hypo (gula kurang dlm bdn)

3. Hari dijanjikan tiba bertemu doc... saya nekad dgn keputusan saya iaitu taknak KIMO... dan ketika itu bdn saya sudah lemah nak berdiri pun tak mampu akibat selera makan yg sudah tiada sdgkan belum mula rawatan apa2 pun . Doc pun nasihatkan saya ditahan wad utk drip air bg bertenaga. Saya setuju.

4. Bermulalah episod saya tinggal di wad radioterapi iaitu wad khas pesakit2 kanser. Saya layak kelas 1 tapi kerana penuh saya dimasukkan ke wad kelas 3 . Ketika kaki melangkah masuk.... darah saya tersirap satu badan tgk wad yg agak tidak selesa. keadaan wad nya bersih , kemas namun berhimpit2 ..panas dah tandasnya jauh dr katil. Semasa saya admit, saya ditempatkan di katil extension sbb penuh...korang bayangkan berapa ramai pesakit kanser sekarang. Allahuakbar. Saya berzikir jer dlm hati... ketika anak2 dan suami meninggalkan saya... air mata mula nak menitik cepat2 saya pegi tandas. Pandang cermin saya ckp ...zana ko kena kuat...tu ramai lagi makcik2 dah tua2 rilek jer. Saya pun keluar senyum dan start borak2 ngan kwn2 sebelah katil. Esok pagi pukul 6am saya dah terjaga...pegi tandas sambil tnggu turn nak mandi (bilik mandi ada 3 jer) saya ternampak byk helaian rambut keluar mengalir bersama air mandi . Saya punya takut sampai tercirit dlm seluar. (Kisah benar..saya tak malu cerita) badan saya start menggigil.

5. Dlm pukul 9am doc kanser( disebut onkologi) round...dia tanya saya kenapa puan tak mau kimo...saya kata saya takut... doc tu mula marah saya...kata dia..puan tau tak kanser puan plg senang saya rawat ...silap2 puan hidup lagi lama dr saya. Saya menangis... dan sekarang saya nak ucapkan terima kasih byk2 kat onko saya tu sbb bg nasihat berguna sehingga saya setuju utk diKIMO akhirnya.

6. Episod KIMO saya bermula 2 hari selepas itu... sekali lagi admit wad kelas 2 sbb wad kelas 1 penuh. Tp Alhamdullilah sebelum start kimo dah dpt naik kelas 1. Utk kanser saya pusingan (cycle ) kimo saya ialah 7 hari kimo di hospital dan rehat 2 mnggu di rumah kemudin dtg lagi utk cycle ke 2. Doc cadangkan agar saya jalani 3 cycle kimo. Ramai org ingat proses kimo tu ialah masuk terowong tapi bukan ya...kimo tu ialah masukkan uvat melalui jarum macam masuk air tu. Cuma ubat/air kimo itu akan dibalut dgn kain supaya tidak terdedah dgn cahaya.

7. Sepanjang saya kimo 7 hari di hospital..saya agak lemah ..anak sulong lelaki saya 18thn yang menjaga saya. Siang malam tanpa jemu. Kalau org tanya kenapa suami tak jaga...suami saya bekerja sendiri ...dia perlu kerja kalau tak macamana kami nak survive. Tp setiap malam walau dia penat macamana dia akan dtg...dr bkt beruntung ke HKL... saya bertuah insan2 keliling saya memberi sokongan moral.

8. Selepas semnggu kimo...biasanya saya akan lembik ...baring saja..makan saja muntah... nak tidur payah...hari ke 2 lepas kimo pertama saya dibawa ke hosp selayang ...masuk air 3 botol baru kuat sikit. Lepas seminggu saya mula ceria dan berselera makan. Tp baru nak mula makan nak pegi plak utk cycle ke 2. Saya mula down balik.



RADIOTERAPI ( shortform nya RT )

1. Setelah menjalani 2 cycle kimo tibalah masa ditunggu untuk rawatan radioterapi pula sebyk 33 kali. Saya admit wad pada 6 Ramadhan thn ini. sebelum tu saya sempat berpuasa 5 hari.

2. Sebelum ini pihak hospital telah buat simulasi iaitu membuat topeng custom made utk melindungi muka saya dr pancaran radioterapi. Boleh tgk gambar topeng tu di post saya yg lepas. Dan one more thing saya masih perlu dikimo seminggu sekali sepnjang buat RT ni tp kali ni tempohnya singkat hanya sehari shj tak mcm hr tu 7 hari. Tp efeknya tetap sama...saya lembik.

3. Hari pertama saya diradioterapi. Masa yg diambil ialah setengah jam kerana kali pertama. Selepas ni dalama 20 minit saja. Masuk bilik tu..baring kena buka tudung dah baju sampai paras bawah payudara.topeng dipasang dan semua staf keluar. Mulalah kedengaran bunyi mesin rt tu berbunyi2 macam laser memanah sesuatu di sekeliling muka saya. Tak nampak apa pun sbb pakai topeng. Sepjg masa tu saya baca segala doa dan zikir. Bila dengar pintu telah dibuka lega rasanya maksudnya proses RT dah selesai utk hr pertama.

3. Masuk hari ke 10 lidah saya telah hilang langsung deria rasa. Diletak garam ke gula ke apa pun saya dah tak boleh rasa . Semua tawar. Satu nikmat Allah tarik sebentar. Bermulalah episod selera makan saya terjejas kerana selera makan hilang. Saya mula minum susu yg sebelum ini mmg saya tak reti pun mnm susu kecuali susu isian pekat bancuh ngan milo. Susu segar ke susu anlene ke saya TAK minum kecuali perasa coklat. Tapi sekarang hidup saya dah mula bergantung dgn SUSU ENSURE.

4. Masuk hari ke 15 di RT saya dah mula payah nak bercakap . Kawasan muka dan leher telah hitam. Nasib saya baik tiada ulser dlm mulut dan leher tidak terbelah2. Ada kawan senasib lagi teruk. Mungkin ramai mendoakan saya. Saya mula berckp guna bahasa isyarat dan tulis di kertas atau wasap shj. Rambut jangan cerita la...gugur teruk tp masih berambut.lagi2 kawasan kena RT. kalau tgk kwn2 kanser lain botak licin kepala mereka.

5. Sehinggalah hari terakhir saya di wad RT HKL iaitu hari ke 52... saya sgt terhutang budi dgn doktor.nurse dan staf wad dan biliK RT. Mereka sgt baik dan sabar melayan saya. Blendkan makanan dan air saya walau saya tak makan pun. Ingatkan saya utk mnm susu agar saya teruk kuat. Setiap hari Jumaat saya akan balik bermalam f rumah mak saya dan Isnin dtg semula ke wad. Itu lah rutin saya sepjg proses RT.

6. Oh ya.... saya RT ni semasa bulan Ramadhan dan Syawal . Memang tak berapa raya pun. Tapi balik Melaka jugak dlm keadaan lembik. Jalan2 pun terapi jugak. Cuma adik beradik ada lah ajak pi shopping sorong naik wheel chair tp nafsu berjalan dan bershopping tiada ketika itu. Tapi saya hargai segala usaha keluarga saya untuk buat saya HAPPY.

POST KIMO DAN RT:

1. Antara efek2 selepas habis RT...badan saya lemah, kepala pening rasa semua benda dalam bilik berpusing2, nak baring je, period terhenti untuk selama 4 bulan, dlm mulut sentiasa ada kahak,air liur tiada,tiada selera makan langsung masih bergantung pd SUSU ENSURE.

2. Masuk bulan ke 2 saya semakin ok. Dah boleh makan sesuap makanan berair mcm sup2. Pedas mmg masih tak blh walau sepotong cili mulut rasa terbakar.

3. Masuk bulan ke 3 saya lagi OK. Dah boleh jalan2 tapi mesti berpimpin sebab masih tiada keseimbangan. Makan makin ok dah lepas 3 sudu. Mula berhenti minum susu.

4. Masuk bulan ke 4 saya dah boleh masak.dah boleh jalan2 tanpa dipimpin. Dah makan sesenduk tp kdg2 tak habes juga. Dah boleh dukung baby sebelum ni tak larat. Dah boleh drive tp mesti ada co pilot sebelah.

Alhamdullilah...itulah KISAH SAYA . Masih bercuti sehingga Mac 2016 keranan memohon cuti kanser setahun (365hari) moga ianya menjadi tauladan dan panduan buat semua. Kita harus KUAT melawan apa jua cabaran yg diberi. Kerana Allah sayangkan kita. Terima kasih keran sudi baca KISAH SAYA yg berjela ni.

Love n hug from saya zanariah hj abdul ❤
 
 

2 ulasan:

  1. Assalam, cikgu. Kesan radioterapi tu, telinga ada berdesing x?

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..

    Macam mana perkembangan kesihatan puan sekarang? Adakah sudah sihat sepenuhnya daripada kanser hidung? Saya mempunyai kawan yang juga mengidap kanser hidung di peringkat awal, dia ada menjalani kemoterapi baru-baru ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea