26.5.12

Puding Caramel siap dalam 2 minit saja....


Tetiba tau cikguluv jadi chef hari ni......resepi hari ini ialah 

CREAM CARAMEL yang 2 MINIT dah siap

Bahan2 nya ialah :

#1 Caramel Amway (harganya RM13 untuk 2 hidangan )boleh order daripada saya...hehehhe
#satu hidangan utk 20 bekas dadih

# 2  Susu Segar




    



 

 

tadaaaaaaaaaaaa....siap.......sangat senang okey......silalah buat...sebelum tu order dulu CARAMEL keluaran AMWAY itu ya.



23.5.12

Seorang wanita itu suka........


Seorang wanita itu suka BUNGA

Seorang wanita itu suka COKLAT

Seorang wanita itu suka BARANG KEMAS

Seorang wanita itu suka MUZIK

Seorang wanita itu suka MINYAK WANGI

Seorang wanita itu suka BERCUTI

Seorang wanita itu suka HANDBEG DAN KASUT

Seorang wanita itu suka TERTAWA

Seorang wanita itu suka  FILEM ROMANTIK

Seorang wanita itu suka KATA-KATA ROMANTIS

Seorang wanita itu suka DIMANJA


Seorang wanita itu suka DISAYANGI


DAN 


Seorang wanita itu sangat-sangat suka bila insan tersayang sering berkata kepadanya  "Saya sayang ,sayang"

adakah kamu "Seorang wanita itu"..........dan 95% ciri-ciri "Seorang wanita itu" ialah saya.












22.5.12

Reward myself with........


Teringat kata-kata arwah sahabat cikguluv iaitu Shahrul Faris "dah kerja penat2 pakai sandal 10 hengget jer ke...kalau nak pakai sandal pun pakai yang ada brand dan comfort"

So sempena Hari Ibu & Hari Guru ini....i reward myself dgn intan berlian.....hahahahaha,sila jangan jeles dan jgn cakap cikguluv riak .

Actually cikguluv dah aim lama satu diamond ring ni....wah citer nak meletops ajer.....hage asalnya rm 1k ++,tapi bila dah diskaun 50%....jadi ler 5 ratus lebeh sajer......berbekalkan emas2 lama yg dah tak pakai.....so i trade in kan aje and juz tambah dlm rm200 ....and now its mine......
Kalau org laen beli berlian beribu2 lemon ,tapi jadilah dapat yg murah punya asalkan habib okey...hahahahaha







17.5.12

24,053 guru naik pangkat...dan itu bukan saya....



KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, 
lapan tahun (DG44 ke DG48), 
enam tahun (DG48 ke DG52) 
manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).

bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma pula, 

pemegang gred DGA29 hanya memerlukan lapan tahun untuk ke DGA32, 
lapan tahun (DGA32 ke DGA34) dan 
lima tahun (DGA34 ke DGA38).


Nak check korang naik pangkat tak...klik disini----->saya naik pangkat tak?


Muhyiddin berkata, lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, 390 guru telah dinaikkan pangkat ke gred DG54, 676 (DG52), 3,938 (DG48) dan 19,805 (DG44).

‘‘Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 dinaikkan ke gred DGA38 manakala 2,639 (DGA34) dan 9,519 (DGA32)," katanya.

Selain itu, kata beliau, proses kenaikan pangkat pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan penolong kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.

Setakat ini, kata beliau, 854 pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala 4,270 penolong kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48.

Kenaikan pangkat itu kata Timbalan Perdana Menteri, melibatkan pengetua dan penolong kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 serta yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010.

‘‘Bagi penyandang jawatan penolong kanan gred DG48 ke gred DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan penolong kanan gred DG44 ke gred DG48 iaitu seramai 2,655 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Menurut Muhyiddin, peruntukan sebanyak RM934 juta bagi urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan berpersonaliti unggul.


p/s: Sahabatku semua .....teruslah mendidik tanpa kenal erti jemu ..... jika ada rezeki kita insya Allah kita akan dapat apa yang kita usahakan......Jangan asyik bertanya apa yang ORANG sumbangkan kepada kita TETAPI ....selalulah bertanya dengan diri sendiri apa yang kita SUMBANGKAN kepada ORANG lain......luv uols....





16.5.12

Aku Bukanlah Superman......


Ayahku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata ayah selalu, jadi cikgu senang
Cukup bulan dapat gaji saja
Tapi rupanya bila ku rasa
Mampu pakai Proton saga

Ibuku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata ibu selalu, jadi cikgu senang
Nanti kau asyik cuti saja
Tapi rupanya bila ku rasa
Cuti pun datang sekolah

Aku bukanlah SUPERMAN
Aku juga bisa nangis,bila murid-muridku
tidak mendengar kataku.

Datukku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata datuk selalu, jadi cikgu senang
Nanti kau akan dipuja-puja
Tapi rupanya bila ku rasa
Cikgu pun nyaris kena saman

Nenekku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata nenek selalu, jadi cikgu susah
kau tak akan jadi KAYA

Rupa-rupanya baru ke sedar
Cikgu janya Jutawan Akhirat......


Aku bukanlah SUPERMAN
Aku juga bisa nangis,bila murid-muridku
tidak mendengar kataku.


(ikut lirik Aku Bukan Superman)






p/s:cikguluv cipta lirik lagu ni dan nyanyi lagu ini bersama geng2 Tahun 4 semasa persembahan HARI GURU 2010.....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...