Memaparkan catatan dengan label kanser hidung. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kanser hidung. Papar semua catatan

16 April 2017

KISAH SAYA:SURVIVOR KANSER MENJADI INSPIRASI KEPADA ORANG LAIN.

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Ahad, April 16, 2017 0 nota dicatat murid
SALAM SEMUA,

MAHA SUCI TUHAN..... DIA BERIKAN AKU DUGAAN MERASA PENGALAMAN MENJADI SEORANG PESAKIT KANSER HIDUNG STAGE 2A....RUPA2NYA UNTUK MENJADI INSPIRASI KEPADA SAHABAT2 LAIN.

SUNGGUH TIDAK AKU MENDUGA, PENGALAMAN YANG AKU SHARE DALAM POST... BERTAJUK INI KISAH SAYA SEORANG PESAKIT KANSER HIDUNG MENDAPAT RESPON DAN PERTANYAAN DRPD SAHABAT2 YANG  SENASIB ATAU CARETAKER / MENJAGA KELUARGA MEREKA YANG SAKIT.

ALHAMDULLILAH...SETIDAK-TIDAKNYA  MEREKA DAPAT SEDIKIT CAHAYA....DARIPADA PENGALAMAN YANG AKU SHAREKAN. SEKIRANYA KALIAN INGIN MENGHUBUNGIN SAYA....PM SAYA DI FACEBOOK ZANAZIANAABDUL ATAU DI INSTAGRAM SAYA ZANAZIANA88 . INSHA ALLAH SAYA AKAN BANTU KALIAN DENGAN NASIHAT DAN PENGALAMAN TAK SEBERAPA SAYA.

INGAT...KALIAN PILIHAN TUHAN .....PASTI ADA SERIBU RAHMAT DIA INGIN BERIKAN SELEPAS MEMBERI DUGAAN BESAR INI.

KALAU TANYA KEADAAN SAYA SEKARANG...ALHAMDULLILAH SAYA SEMAKIN SIHAT...DAH GEMUK.....HAHAHAH.... CUMA...AIRLIUR MASIH BERMASALAH...SELALU KERING .DAN BADAN MACAM CEPAT PENAT....SAYA NI DAH LAH AKTIF MCM KANAK2 RIBENA.

SEKIAN DULU.....CIKGU TGH BUZY NAK EXAM ....NAK ARRANGE GB NAK BERSARA....CIKGU AKAN SENTIASA DOAKAN KALIAN...SEBAGAIMANA KALIAN DOAKAN CIKGU.
TQ SEMUA...MUAHHHHH

NI ANTARA FOTO CIKGU SEKARANG...DAH MACAM2 KERJA CIKGU GALAS .... ALHAMDULLILAH MASIH BERULANG ALIK CHECKUP DI HKL DAN HOSP SELYG. DOAKAN CIKGU YA.
CIKGU SEBAGAI DESIGNER KAD JEMPUTAN MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR


CIKGU SEBAGAI PENCERAMAH KURSUS ABAKUS TAHUN 3

CIKGU SEBAGAI JURULATIH SENAMROBIK SUKANEKA


CIKGU SEBAGAI JURUFOTO MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG


30 Oktober 2015

KANSER PANGKAL HIDUNG (NPC)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Oktober 30, 2015 2 nota dicatat murid
ini antara punca dan benda yang keluar dari hidung cikguluv semasa sebelum didiagnos kanser pangkal hidung (NPC).

ALHAMDULLILAH selepas kimo yg pertama cikguluv sudah tidak mengalami pendarahan ini dan sudah ada deria bau serta boleh bernafas melalui hidung.

padahal cikguluv punyalah takut nak kimoterapi sampai menangis2 dipujuk doktor onkologi HKL.

tq kepada semua yang memberi semangat dan sentiasa doakan cikguluv.










3 April 2015

Aku dipilih Tuhan

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, April 03, 2015 4 nota dicatat murid
Asalamualaikum semua dan salam sejahtera,

Pernahkah korang terfikir suatu hari apa yang dilalui oleh kawan2 korang sebelum ini ....cerita2 dlm TV yg korang tgk.......yg korang baca.......akhirnya terjadi pada diri korang sendiri.

Kisah cikguluv ini bermula pada end of January 2015 apabila hidung ini asyik tersumbat dan akhirnya setelah beberapa minggu telah berlaku pendarahan yang agak kronik.

Bermalam sehari di wad HKKB (Kuala Kubu)....doktor di sana mengesyaki sinus kronik...atau resdung kronik. Surat follow up ke HSELAYANG diberi lagi seminggu baru jumpa.....namun keesokan harinya cikguluv dah ke HS krn pendarahan masih terus berlaku.

Di HS, doktor pakar ENT telah melakukan endoscopy ke dlm hidung ku.....dan sampel tisu pun diambil. Kata doktor....selepas 2 mnggu baru kita tahu apa masalah puan sebenarnya. Hati dah starat berdebar2.

2 minggu pun berlalu.......telefon berbunyi.....dr HS....suruh dtg untuk doktor terangkan keputusan ujian sampel hari itu. Malam itu bangun tahajud dan berdoa semoga Allah permudahkan dan telah REDHA apa jua keadaannya.

Bertemankan suamiku.....akhirnya doktor telah mengesahkan aku ada ketumbuhan di pangkal hidung yang dia sebut sebagai KANSER PANGKAL HIDUNG.

Kalau korang...apa perasaan korang.....tp perasaan cikguluv masa tu sangat redha......dalam sudut hati yang paling dalam ini berkata pasti ada 1001 hikmah ALLAH beri aku ujian ini.

apakata dia beri ujian ini kpd anak2 ku.....aku pasti tak mampu hadapinya.....apalagi kalau diberi kepada suamiku......dialah telah kami bergantung. Jadi Allah beri ujian kecil ini untuk seorang hambanya yg dirasakan mampu menghadapinya. Cikguluv anggap....Allah memberi cuti panjang kepada diri ini untuk berehat sebentar setelah hampir 19 thn mengajar.

Buat sahabat2 cikguluv semua...doakan lah cikguluv sihat kembali. Buat anak2 muridku....cikgu berehat sebentar untuk cas semula tenaga cikgu yg mngkin telah berkurangan. Cikguluv sentiasa positif walau ada kata2 mereka yg melukakan hati seorg pesakit K ini. Namun kata2 semangat lebih banyak cikguluv terima membuatkan cikguluv terharu rupa2nya diri ini disayangi oleh ramai org.

Akhir kata.... bermula 16hb April ini bermulalah sesi rawatan radioterapi kanser hidung tahap 2 di HKL. Semoga Allah permudahkan urusan hambamu ini. Aamin.

Terima kasih ALLAH kerana aku menjadi pilihanmu. Kerana hanya dikau yg mengetahui segala rahsia dan hikmah di sebalik segala ujian kecil ini.


Nukilan rasa.....
cikguluv April 2015




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea