3 Februari 2012

Bahagi | bengong | bosan

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Jumaat, Februari 03, 2012
Reaksi: 
Salam pagi Jumaat semua....


Merujuk kepada tajuk di atas....wah dah macam surat rasmi pulak.....hari ini cikguluv nak berkongsi cerita tentang satu tajuk dalam Matematik yg 
agak mengelirukan iaitu OPERASI BAHAGI



                           

Sebenarnya tajuk ini diajar sejak murid2 di Tahun 2 lagi...namun secara asas sahaja. Walaubagaimanapun yang ASAS itulah tersangat PENTING. Betul tak?

                                                                                         


Bukan apa , bila mereka di Tahun 4 ,sudah ada membahagi 4 digit dengan 2 digit,contohnya 3481 bahagi 24. sama ada tanpa baki atau berbaki. Itu belum lagi melibatkan bahagi dalam pecahan, bahagi dalam peratus. 


                                                
Ya ampun.....pengalaman cikguluv lah...murid mesti di ajar dengan sangat SABAR dan tunjuk satu persatu langkah2nya dari bagaimana hendak membina sifir dua digit sehinggalah membahaginya seterusnya mendapat jawapan yang betul. Dan ianya bukan boleh diajar dalam masa SEHARI sahaja.Daripada reaksi muka mereka ,kita tahu mereka faham atau TIDAK.


               


Bila murid TIDAK FAHAM....mereka rasa cam bengong dan mula merasakan belajar Matematik itu SUSAH dan BOSAN. Kita sebagai guru kena mempelbagaikan cara.....satu cara yang tak pernah berpisah dengan cikguluv ialah BERMAIN.....bermainlah dengan nombor2 besar (nilainya) , agar murid-murid seronok dan tidak terus rasa BENGONG dan BOSAN. Ditambah pula dengan HOMEWORK yang mereka tak tahu pun nak buat bila di rumah .

 Kepada seorang yang bergelar CIKGU MATEMATIK.....make it FUN 
(ingatan ini untuk diri sendiri juga)
Percayalah guru yang 'baik'  akan diingati hingga hujung nafasnya.
( wah terEMO pulak di sini)


psttttt: entri ini dibuat setelah ada 2 insiden semalam:
1. Seorang kawan  mengadu yang anaknya Tahun 4 tak paham belajar maths sekarang.
2. Bekas anak murid yang dah ke Tahun 4 mengadu tak paham camna nak bahagi....katanya 'nombornya banyak sangatlah teacher'

Semoga tajuk entri ini 
daripada 
Bahagi | Bengong | Bosan 

bertukar menjadi 

Bahagi | Best | Betul





0 nota dicatat murid:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea