22 Mac 2012

RESULT SPM 2011

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mac 22, 2012

FAKTA TENTANG KEPUTUSAN SPM 2011



~Keputusan terbaik dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.



~Sebanyak 468,808 calon mendaftar untuk menduduki SPM .Daripada jumlah itu:

  • 412,028 adalah calon sekolah kementerian
  • 7,155 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera. 
  • 7,925 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri
  • 12,487 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat serta sekolah swasta 
  • 29,213 calon persendirian. 


~Terengganu terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut.


~Seramai 559 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya, 506 calon adalah dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 53 lagi adalah calon sekolah lain.


~Tiga beradik kembar yang lebih dikenali dengan nama ‘Tiga Abdul’ mencatat sejarah bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) Mereka ialah :

  • Abdullah Romli ,7A 2B
  • Abdul Rahim 9A 
  • Abdul Razak,8A 1B. 




~Dua anak yatim Luqman Amri dan Mohd. Shafiq Shazwan Saiful Bahari serta Mohammad Amirul Shafiq Mohd. Rashid yang muncul antara pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, dekat sini memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.Luqman, 18, dari Kampung Pa'Pura dekat sini berkata, kematian bapanya Amri Mustafa akibat serangan jantung ketika dia berusia 11 tahun menjadi pendorong kepadanya mencapai kejayaan itu.




~Seorang bekas banduan berasal dari Kelantan,Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23, yang mencatat sejarah kerana muncul sebagai antara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Selangor. Dia yang tidak belajar sejak dari Tingkatan 1 kerana desakan hidup dan dipenjarakan di Penjara Kajang kerana kesalahan jenayah mendapat 6A,1B,1E.Beliau telah dibebaskan sejak Oktober tahun lalu.Beliau menduduki peperiksaan di Sek. Integriti Kajang.



~Seramai 343 daripada 662 calon berkeperluan khas berjaya mendapat sijil berbanding 319 pada 2010. Tujuh calon iaitu :

  • tiga calon rabun
  • seorang cacat pendengaran
  • tiga calon kecacatan lain     
Mereka ini berjaya meraih gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.



~Pelakon remaja , Nurul Elfira Loy turut mengambil result SPM tetapi tidak bersedia berkongsi apakah resultnya.




p/s: Anak kawan cikguluv (Medlina & Azhar) blajar setahun jer coz dia duk oversea....dapat result SPM semalam 3A+,5A dan 1B....terbaek lah....semoga anak2 cikguluv mewarisi jugak nanti..aminnnn







0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea