31 Mei 2012

Majlis Aqiqah Puteri Mawi & Ekin

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mei 31, 2012



Tanggal 28 Mei 2012....Bertempat di banglo milik Asmawi Ani (Mawi) dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat (Ekin) telah berlangsung majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika .

Puteri sulung milik pasangan Mawi itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.

"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Buat tatapan mereka yang pernah menjadi peminat fanatik Mawi....2 foto famili Mawi.....





0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea