23 Jun 2012

Jiwa Guru......

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Sabtu, Jun 23, 2012
Reaksi: 

Bukan salah anak murid....kalau mereka tidak hormat guru
kerna
Guru tidak tunjukkan cara menghormati orang lain dengan betul


Bila ada seorang guru sekolah rendah yang berkata sesuatu yang pedih , kasar  hingga seorang kanak-kanak berasa tiada lagi sesiapa yang menyayangi mereka.


Wahai guru,sesungguhnya kamu adalah ibu bapa kedua buat seorang kanak-kanak. Pernahkah di hati kamu terfikir mungkin kanak-kanak itu lebih menyayangi dirimu lebih darpada ibu bapanya sendiri.


Seorang guru perlu ada jiwa guru.......jika seorang guru hanya ada gaji guru dalam hidupnya.....maka kosonglah jiwa guru itu.


Cintai anak- anak ini sepertimana kita mencintai kerjaya kita ini. Asingkan emosi,stress,masalah keluarga even masalah kesihatan bila berhadapan dengan mereka.


Sesungguhnya seorang guru akan sentiasa dinanti kehadirannya jika dia disayangi dan dihormati oleh anak-anak muridnya.
namun
Seorang guru akan diraikan ketidakhadirannya hanya kerna tiada rasa cinta dan kasih anak-anak murdnya terhadap dirinya.


::Hayati sajak Jiwa Guru yang terpahat di dinding sekolah cikguluv::










1 ulasan:

  1. betul tu...cikgu kena la tunjuk contoh yang baik.
    masa sekolah..selalu anggap cikgu tu org yg baik.
    tiba2 ternampak cikgu bergaduh dengan cikgu lain. terus da tukar persepsi....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea