12 Jun 2012

Relakah kita berkongsi???

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Selasa, Jun 12, 2012
Reaksi: 

Salam sejahtera uols....

Entri ini cikguluv tulis selepas mendengar cerita seorang sahabat yang suaminya berkahwin satu lagi tanpa pengetahuan beliau.

Dan yg cikguluv KAGUM....dia sangat REDHO dengan ketentuan Ilahi ......yang mana bukan semua perempuan akan dapat meredhokannya semudah itu......kalau redho pun maybe selepas membelasah atau mencilikan perempuan itu...hahahahahhaha

Tetiba cikguluv terfikir ...jika aku berada di tempatnya...apakah aku sanggup berkongsi seorang suami dengan wanita lain.

Ramai wanita cakap "abang nak kahwin lain boleh ....tapi carik perempuan jutawan,mak datin ke"...tapi kalau dah terjadi.....bolehkah duit menutup segala rasa cemburu di hati sang isteri. Ah.....malaslah nak fikir...bila terjadi nanti ...baru kita fikir sesama ya......Semoga Allah rencanakan hidup yang terbaek buat cikguluv. Namun cikguluv percaya ...Allah memilih hamba-hambanya untuk diuji pasti ada seribu satu hikmah di sebalik segala ujian itu.Wallahualam.


                                                 


Terimalah sebuah sajak super spontan daripada cikguluv.


Relakah aku nanti.....

Relakah aku nanti.....
andai diri diduga

Relakah aku nanti.....
andai kasih didusta

Relakah aku nanti.....
andai jiwa terseksa

Relakah aku nanti.....
andai hati melara.....

Relakah aku nanti.....
jiwa luka merana

Relakah aku nanti.....
andai diri dimadu

oleh dia,
oleh dia,
oleh dia,
kasihku tercinta........

Relakah aku nanti..........???







2 ulasan:

  1. perghhhh cikguluv.pepagi da wat entri tangkap lentokkksss!tak kuasa mak jemah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea