14 Julai 2012

♥Kasih seorang suami♥

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Sabtu, Julai 14, 2012

Salam Sabtu semua.......hari ni cikguluv terjumpa artikel tentang betapa seorang lelaki ini telah berkorban segalanya bagi menunjukkan kasih sayang beliau terhadap seorang isterinya yang meninggal dunia secara tiba-tiba. Nak tahu ceritanya....sila baca di bawah:

Seorang peladang ,Howes, 70tahun telah memerah keringat untuk membentuk ladangnya berbentuk LOVE  'tribute' untuk mendiang isterinya , Janet. Beliau menggunakan 6000 pokok - pokok oak untuk membentuk HATI gergasi di tengah-tengah padang di Selatan Gloucestershire, England.Tukang kebun ini mengambil masa selama beberapa minggu untuk merancang dan menanam pokok oak sejurus selepas isterinya meninggal dunia tiba-tiba 15 tahun yang lalu. Dia menanam pokok-pokok belum matang pada enam ekar tanah ladangnya,kemudian  dengan teliti menandakan bentuk LOVE dengan hati menghala ke arah rumah kecil mereka. Hasil tanaman yang menakjubkan telah dirakam oleh balloonist yang 'terbang' dgn belon panas mereka dari udara.Pemandangan indah ini  boleh dilihat dari udara berhampiran Wickwar, Selatan Gloucestershire ke arah Wotton Hill, di mana isterinya dilahirkan.So suweet kan........

Macam biasa.....sila cuci mata dengan hasil kasih sayang seorang suami kepada seorang isterinya.....








p/s: Ini antara salah satu cara manusia menyampaikan kasih sayang mereka kepada orang yang mereka cintai....kalau cikguluv...cukupla sekadar sedekahkan Al-Fatihah ya......tapi kalau nak buat pun.....takpe.....jangan buat rumah baru untuk orang baru udah...hehehheehhehehe..

sumber: yahoonews





0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea