10 Julai 2012

Teknik pendaraban 9 yang mudah (Part 1)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Julai 10, 2012
Salam uolz..... sebenarnya cikguluv sedang berkursus ni....agak tak sempat untuk mengUPDATE belog ok. So, hari ni cikguluv nak berkongsi ilmu ngan uolz tentang pendaraban 2 digit dengan 9....contohnya 79 x 9=?

Jangan x pecaya dengan menggunakan spoloh jari kita ini....kita akan dapat menjawab dengan cepat dan tepat.....

SOALANNYA ialah 79 x 9 =

Cara-caranya ialah ;


1. Hulurkan 10 jari anda seperi ini


Ini 10 jari "dak Wawan"........jam ditaja oleh Tweety......
...................................................................................................................................................
2. Kiraan bermula dari jari paling kiri...... oleh kerana 79....so,jari ke 7 jarakkan, jari ke 9 ditutup. Jelas tak?


jari ke 7 dijarakkan , jari ke 9 ditutup
..........................................................................................................................................


3.  Terus dapat jawapannya ....ikut penanda yang cikguluv buat itu......iaitu
~ 7 tanda kuning(dikira dari jari paling kiri sehingga jari yang dijarakkan bermakna 700......
~ 1 tanda pemadam separuh (dikira dari jari yang dijarakkan hingga ke jari yang ditutup bermakna 10.....
~ 1 tanda kertas (dikira selepas jari yang ditutup bermakna 1.....

So, jawapannya ialah 711. Jelas tak?


79 x 9 = 711...senang kan
..................................................................................................................................

Cuba pula dengan nombor 38 x 9 = ?


Camner dapat tak?Kalau dapat Alhamdullilah.......kalau x dapat cuba lagik k.....oklah akan bersambung di sesi akan datang.

2 nota dicatat murid:

mak zafierah berkata...

dapat...mmg senang tapi hanya untuk sifir 9 je ker?

cikguluv berkata...

100 markah utk mak zafiera......cuba lagik dengan nombor lain k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea