15 Ogos 2012

Betul vs palsu

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Ogos 15, 2012


Salam semua...masya Allah cepat betul masa berlalukan.....lagi 4 hari dah nak raya......

Okla uols ,hari ini cikguluv nak cerita pasal betapa dengan teknologi sekarang semua yang betul boleh dipalsukan,namun tidak mampu menyerupai ciptaan Tuhan...wahhhh...dasat tak ayat ku....

Begini ceritanya,pada hari Khamis lepas,si bongsu cikguluv telah ditolak oleh kawannya dan terjatuh...uols tahu apa yang berlaku....2 batang giginya telah tersopek.....(terpotong dua)....sabar je la ok.....kalau tercabut senang cerita ..ini tidak...dah la itu adalah gigi KEKAL.....




So, pada hari Jumaatnya ,cikguluv telah berkunjung ke Klinik Pergigian Serendah untuk menyelesaikan masalah ini. Ternyata 'misi' di situ cakap.....kita akan tampal dan buat semula menggunakan 'simen' dan ianya akan menyerupai gigi asalnya.....itu saja caranya.....Jadi bermula operasi membuat tampalan a.k.a buat yg PALSU.....






Uols nak tahu.....setelah selesai operasi selama sejam 'misi' pun menyenaraikan do and don't . Namun yang banyaknya don't la.......

Akhirnya selepas 2 hari , patah juga gigi sambungan palsu itu.......well.....yg palsu tidak sekuat yang ori ...kan.....Jumaat ini kenalah berkunjung semula jumpa 'misi' yg kiut itu....





0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea