24 Oktober 2012

Cerita Temudugaku @ SPP Putrajaya

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Oktober 24, 2012

Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera,

skema tak cikguluv hari ni......ini adalah kerana hari ni cikguluv baru balik dari menghadiri temuduga DG41 di SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran) Putrajaya.

Actually,cikguluv dah konvo setahun yang lepas ,pada 21hb Jun 2011...... hanya selepas setahun barulah dipanggil untuk sessi temuduga....Setelah mengetahui tarikh dan pi survey tempat SPP @ Putrajaya.....cikguluv dan kawan baik Kak Ina mengambil keputusan untuk menumpang tidur di rumah adik cikguluv di Presint 11.....pukul 6.30am kami dah keluar rumah dan dengan berbekalkan selawat dan ayat kursi di bibir kami.......10 minit saja kami sudahpun sampai di parkir awam. Rupa2nya dah ramai yang beratur di luar bangunan untuk mendapatkan pas pelawat.

Suasana di dalam pejabat SPP sangat sejuk sehingga membuatkan cikguluv  juga dah hampir beku.....setelah semua dokumen diambil ...kerani SPP beritahu....kita akan masuk 5 orang sekaligus......tibalah giliran cikguluv.....the first 5cikgu yang akan ditemuduga ok.......ya ampun....semakin seram sejuk dibuatnya. Masuk saja.....seorang lelaki berbangsa Cina yang agak serius mukanya.....katanya..."pantang saya...jangan disuruh saya mengulangi soalan,cikgu mesti FOKUS"......bertambah kencang degupan jantungku ini.

Soalan pertama:(tanpa disuruh mengenalkan diri.....maybe buang masa kot)

- Dalam P&P, seorang murid akan belajar dengan cara mereka sendiri......salah satunya adalah visual.....sebutkan 5 cara bagaimana menarik minat murid yang belajar secara visual ini.....
(antara jawapan yang agak bernas:carta bergambar,kad imbasan,paparan ict,kad huruf,tulisan yang cantik)

Soalan kedua:

-Selain visual.....ada murid yang belajar cara audiotori(pendengaran dan percakapan)....sebutkan 5 cara bagaimana menarik minat murid yang belajar secara audiotori ini.....(jawapan menarik:nyanyian,lakonan,soaljawab,drama,perbincangan,tunjuk cara)

Soalan ketiga:(masa ini memang turn cikguluv)

-Sebutkan apa lagi kecerdasan pelbagai bagi seorang murid.....cikguluv terus melantunkan jawapan KINESTETIK.....iaitu menggunakan semua deria mereka untuk belajar secara bermain.......sebutkan 5 cara bagaimana menarik minat murid yang belajar secara visual ini.....cikguluv pun jawab permainan, bawa murid keluar daripada bilik darjah,lawatan,menggunakan bahan maujud,menggunakan alatan, pembelajaran mengikut stesyen.(kemain kan jawapan spontanku)

Soalan lain2.....adalah tentang bagaimana teori pembelajan seperti peniruan,ganjaran, keperluan diaplikasikan kepada murid2.....

Seterusnya......penemuduga banyak memberi contoh dan bertanya tentang bagaimana kita menghukum  murid yang buat salah...macam biasa semua bagu jawapan skema....beliau pula mencadangkan agar murid sedari awal persekolahan telahpun diberitahu tentang akiubat dan hukuman bila mereka berbuat kesalahan.

Apa yang ingin cikguluv kongsikan bersama kawan2 guru cikguluv di sini ialah....penemuduga merupakan seorang yang sangat EXPERT dalam bidang pendidikan (opkoz la kan) dan banyak memberi nasihat yang berguna kepada cikguluv untuk menjadi seorang guru yang lebih berwibawa.


Gambar ni diambil selepas sessi temuduga ...itu yang senyum kemain lebar......pastu nampak tak terpancor sinaran daripada name tag cikguluv...apakah maknanya?hahahahha ......namaku mungkin akan bersinar kot  lepas ni.


Waffle 4 ice cream with fruits ini diorder oleh cikguluv sebagai meraikan kami telah pun ditemuduga.........


p/s: Ingatan buat kawan2 yang akan pergi temuduga,pakai pakaian yang sopan,name tag jangan lupa, semua dokumen WAJIB bawa,salinan dokumen mesti disahkan oleh majikan. Selawat banyak2,percaya pada diri sendiri dan be cool........insya Allah berjaya.





2 nota dicatat murid:

Tanpa Nama berkata...

tahniah..akhirnya saat yg dinanti telah dapat dilalui dengan jayanya...Rasanya penemuduga kita adalah orang yg sama...sama-sama kita nantikan detik bahagia seterusnya....TQ Allah, TQ kawan2...n TQ semua..

cikguluv berkata...

tq ya geng......Alhamdullilah result temuduga pun dah keluar......

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea