3 Januari 2013

Perbelanjaan ke USS Singapore

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Januari 03, 2013
Salam uols....dah lamanya tak  update blog ...selepas balik dr USS terus bergelumang ngan meeting dan kenduri kawen my kazen....

Selepas hampir 18 tahun kami tidak menjejakkan kaki ke Singapore,akhirnya pada 22hb Disember cikguluv dengan angkatan rombongan cik kiah berangkat ke Singapore (8 biji kereta uols)......oklah biarlah cikguluv kongsi serba sedikit tentang bape RM yang melayang di sana ..


Kalau korang nak tau...kami ke sana  menaiki kereta..(bajet cam bawak kete mewah..padahal ESTIMA Malaysia jer pun)...actually we decide nak naik kereta selepas memikirkan beberapa faktor...antaranya bagasi kami yg agak OVER.....kalahkan nak duduk sebulan...walhal 3 hari jer...


eh ....ini bukan kete kami ye...ini hanya untuk tujuan beriak sahaja...hahahahahha

Tengokla betapa panjangnya konvoi kami...abeslah lampu merah kat Singapore ni kami redah.......

Inilah antara perbelanjaan yang telah kami keluarkan untuk ke USS Singapore:

1. Minyak kereta full tank yang diisi 3 kali dan semuanya diisi di Malaysia ~ RM180++

2. Tol dr Bkt Beruntung ke Senai Utara pergi balik ~RM49.50 x 2 = RM99

3.  Kena 'PAU' dengan anak2 bujangku beli jajan setiap kali berhenti stesen minyak  ~ RM50

4. Tiket USS ~ Adult x 3 (SGD59 x 3)
                   ~  Child x 2 (SGD43 x 2) -dapat murah coz ada 'ORG DALAM'.....sila jgn jelez okies...hahahha

5. Tiket Autopass(kerana membawa kereta Malaysia )~SGD10 dan top up lagik SGD20
 (yg dideduct hanya SGD6.40 sahaja......) ada balance lagik,so tahun depan kami pi nak shopping maggi dan slurpee kat 7-E Singapore guna autopass.

6. Tiket parking SGD20

7. Tiket MRT ke USS dr Vivo City ~ SGD3.50 x 5 = SGD16.50

8. Penginapan Hotel Chancellor @ Sanggeroon Road ~SGD100pernite  (Ada dato' sponsor)

9. Beli simcard Singapore SGD12 . (senang nak berhubung ngan bala tentera yang lain)

10. Shopping x hinggat kat dlm USS (jumlah terpaksa dirahsiakan) hahahahahah...dptlah anak branaks cikguluv sorang sehelai t-shirt USS buat konang2an....dan tumbler kepala Transformer sebuah.

11.Beli souvenir fridge magnet dan key chain seadanya(masalahnya sampai sekarang x tau letak kat mana sepelastik fridge magnet dan key chain itu......)sape jumpa sila serahkan di balai polis berhampiran...uhuk...uhuk......

Itulah antara RM dan SGD cikguluv yang melayang....lama cikguluv simpan dalam tabung ayam....hahahahahha....

Semasa kami ke sana kadar tukaran asing ialah 2.53.....agak parah jugalah ,tukar RM2000 dapat tak sampai SGD800




Korang yang x pernah ke USS....silalah berkunjung kerana dalam dunia ini hanya ada 4 buah UNIVERSAL STUDIO iaitu di Hollywood(mmg x akan sampaila) , di Orlando , di Jepun dan yang paling dekat dengan kita ialah di Singapore.......memang sangat awesome dan terbaek....cikguluv akan memulakan tabungan dalam tabung buluh pula selepas ini....kerana nak beli tiket yg EXPRESS.....semua boleh masuk dengan segera......

Di kesempatan ini cikguluv nak ucapkan jutaan terima kasih kepada saudara mara cikguluv yang berada di Singapore yang banyak membantu kami dalam menjayakan trip kami ke S.I.N.G.A.P.O.R.E. Kami ke sana sempatlah ke majlis perkahwinan sepupu kami iaitu Nadia & Norman




Enjoy uols dengan beberapa keping gambar kenangan kami di USS.....





ke kanan USS ...ke kiri casino......xmo...xmo.....haremmmmmm


biasala kami kan gila2 cam famili maria elena gitu.....bak kata anak sulung cikguluv



cer tgk org laen elok jer duduk kat situ...kami siap terbang2 gitu........

shopping time..........

inilah antara 4 hekor yang dapat ditambat oleh kami...cikguluv beli yang paling kanan tu...incik transformers....hagenya+air fanta ialah SGD29. 50

Inilah kanak2 yang berjaya ditangkap oleh 'polis bantuan' a.k.a adik cikguluv setelah kami tunggu berejam dia pi ronda lagik dan naik transformer berulang kali.....hahahahahah....sabo je la anak bongsuku ini

ini tempat yang wajib diabadikan jika kita ke USS

@ Vivo City......cantik......

tetiba suami cikguluv menjadi peminat tegar Transformer.......alahai......


p/s: Korang....memang best sekali sekala kita melawat negara orang...tapi Singapore mmg a very FINE city.......and everthing is money...no money...no talk...... nak guna wifi kat hotel pun bayor...sejam 6 dollar....parking sejam 1 dollar,bayangkanlah kita duk hotel dah sah2 letak kereta berejam2.....  tapi cikguluv tetap nak pegi lagik .......









1 nota dicatat murid:

Unknown berkata...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit, semoga kebaikan hati Tuan/Puan menjadi amal ibadah hendaknya amiin.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea