Kali ini cikguluv nak bercerita tentang bulan Safar.Cerita tentang bulan ini agak menarik seperti yang ditulis di dalam Majalah ASUH yang anak cikgluv beli 3 kali bayar daripada ustazahnya......hehehehhe.....saya juga layan ASUH.....
Kalau korang nak tahu ....Bulan Safar ialah bulan kedua dalam kalendar Islam. Walaupun ianya telah berlalu,cikguluv tertarik tentang fakta mengenai bulan safar ini.
Safar maknanya Kosong
Kosong juga dikenali sebagai Sifar
Bulan ini dinamakan Safar kerana orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka hingga rumah mereka menjadi KOSONG. Ini kerana pada bulan ini mereka biasanya melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.
PERISTIWA PENTING BULAN SAFAR DALAM
SEJARAH ISLAM:
Peperangan AL-ABWA pada tahun ke-2 Hijrah
Peperangan ZI- AMIN pada tahun ke-3 Hijrah
Peperangan AR-RAJI (Bi'ru Ma'unah) pada tahun ke-4 Hijrah
NAMUN DEMIKIAN
Ada juga di kalangan umat Islam yang mengambil kesempatan melakukan
PERKARA KHURAFAT
CONTOHNYA
dalam masyarakat ORANG MELAYU
antara kepercaraan KHURAFATnya ialah :
~ mandi tolak bala
~ melarang berkahwin pada bulan ini
dan ini jelas bertentangan dengan akidah Islam
(Sila berTAUBAT......sapa yang pernah melakukannya)
Sesungguhnya setiap hari merupakan detik-detik TERINDAH buat kita meningkatkan amalan-amalan baik .
(Wah.....statement ala-ala ustazah gitu....)
Sekian. Wassalam.
Sumber: Majalah ASUH
0 nota dicatat murid:
Catat Ulasan