Pagi Sabtu yang tenang dan indah ini (3-3-2012) skool cikguluv telah menganjurkan sebuah
KEM KECEMERLANGAN LINUS
tahukah korang apa itu LINUS????
(yang cikgu kalau taktau kita turunkan GAJI dorang...hahahahhaha)
dan
biasanya MURID LINUS bermaksud MURID yang perlu PEMULIHAN
~Untuk pengetahuan semua:~
LI stand for LITERASI (kebolehan membaca dan menulis)
NUS stand for NUMERASI (kebolehan menguasai operasi matematik)
.
.
.
Cikguluv telah ditugaskan bersama 2 org kawan (Kak CT Norbaya dan Kak Wassilah)....mereka buat aktiviti LITERASI dan cikguluv buat aktiviti NUMERASI melibatkan TAMBAH dan TOLAK wang sehingga RM100
SO, ini manual prosudernya :
1. Sediakan stesyen untuk aktiviti
2. Antara alatan yang perlu ada ialah :
~ rak kedai runcit (konon2 je)
~ gelung rotan
~ CONTOH duit kertas dan duit syiling
~ getah gelung (untuk melastik)
~ pensel dan papan nota
~ mesin kira (saja kasi suke2)
~dan yang akhir.....souvinier utk murid-murid (cikguluv belikan smiley eraser dan lollipop)
3. Aktiviti dimulakan dengan murid akan melompat melalui gelung rotan dan melastik barangan yang terdapat di rak kedai runcit itu . Mereka akan lastik 2 kali dan menambah jumlahnya
Nak tahu tak...murid-murid ni tak |
4. Mereka perlu menambah dan menulis di atas papan nota
5. Sekiranya betul jawapan yang diberi, mereka akan menekan punat merah di mesin kira (cashier) untuk redeem hadiah.(kemain suker dorang dapat hadiah cikguluv tau)
6. Seterusnya aktiviti menolak pula....akan bersambung di edisi akan datang....byeeeeeeeeeee......
Ok lah cikguluv nak pi makan kenduri jap...layan dulu entri ini ya.....nanti saya sambung.
p/s: Kem ini takkan berjaya tanpa kerjasama semua guru dan bossnya Cikgu Masita dan Kak Diana.....tabik sama korang.
10 nota dicatat murid:
boleh try kat skolah...
perggggggghhhhh...terbaik la ke"KREATIF"an cikgu2 sini. kagum...
best..ada tak idea untuk kem linus literasi pulak..i kena buat nanti dalam bulan 6
silakan.....mmg menarik sangat2....
tq....kembang semangkuk dorang dengar..tapi mereka memang kreatif...terbaek bak kata BOBOIBOI
nanti akak upload gambo2 menarik...memang byk idea ko boleh amiik dan kongsikan
cikguluv share le sampai habis...saya minat la ngan cara cikguluv..
Tq geng.....napa x kenal kan diri.....nanti saya sambung ya.....
tq cikguluv...ada beberapa gambar dan post ini saya gunapakai dalam tugasan saya......harap cikgu;luv halalkan.....tq atas perkongsian ini...teruskan usaha murni cikgu ya.
takde hal lah.....apalah sangat perkongsian ini....semoga semuanya membawa kepada kebaikan buat semua kan
Catat Ulasan