20 April 2012

FITNAH

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, April 20, 2012

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua,

Wah ....tetiba tau di penghulu hari ini cikguluv nak bercerita tentang FITNAH......

Kalau mengikut kamus Dewan , FITNAH membawa maksud tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang.

Dalam Islam juga ada menyebut Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.......

Korang pernah kene FITNAH tak?
Cikguluv pertama kali kene FITNAH semasa duduk asrama form 3 dulu.....ketua dorm (x ingat dah sapa namanya) telah melaporkan kepada warden yang cikguluv mencuri duit seorang rakan sebilik sebanyak RM7 ke RM8.....(masa tu nilai ini besar jugak kan). Parent cikguluv diminta mengganti duit itu ,namun dgn TEGASnya cikguluv cakap JANGAN.....coz memang cikguluv x ambil.....sehingga mereka mendesak sekiranya famili cikguluv x membayarnya maka sijil berhenti sekolah dan SRP cikguluv tidak akan diserahkan.(Masa tu dah dekat nak SRP dan cikguluv memang memohon utk keluar dr sekolah itu).Sehingga lah akhirnya cikguluv dengan BERANI dan YAKIN telah bersumpah dengan NAMA ALLAH sekiranya cikguluv mengambil duit itu.....maka GAGAL lah SRP ku......(ketika itu , sekiranya kita gagal BM dan MATHS ,maka kita dikira GAGAL dalam SRP)....
Walaupun cikguluv yakin dengan sumpah itu,namun dalam hati sangat CUAK kerana masa tu memang x berapa nak belajar pun......namun KUASA ALLAH mengatasi segalanya.....cikguluv yang tak berapa belajar semasa itu telah lulus dengan agak baik dalam SRP 88'.......

Moral of the story: Siasat lah dengan bijaksana dan sedalam-dalamnya sebelum tuduhan a.k.a. fitnah dilemparkan kepada seseorang. Kerana implikasinya sangat mengguriskan. Bukan sekejap namun selamanya.



p/s : Dah jadi cikgu ni pun, pernah kena fitnah gak.....tapi cikguluv A.A.K. kan haje......ALLAH tu Maha Adil......"u do u pay it .....in cash". Wallahualam.



0 nota dicatat murid:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea