12 Mei 2012

Maafkan orang mak......

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Sabtu, Mei 12, 2012
Reaksi: 

Masa kecik2 dulu tak pernah pun kami adik beradik sambut apa2 hari pun...semenjak 9 beradik kami dewasa ini barulah kami mula menyambut Hari Ibu dan harijadi mak dan abah kami......

Sempena Hari Ibu ini, saya nak kongsi cerita tentang Emak saya.......

Inilah kisah mak saya :

Emak saya bernama Zainab binti Haniffah.....sebenarnya nama dalam surat beranak mak saya ialah Zainbu....al-kesahnya polis masa zaman tu tersalah tulis...mak saya naik turun mahkamah untuk menukar nama tersebut.


Emas saya dilahirkan pada 18 Disember 1950 di Bukit Duyong,Melaka. Beliau dibesarkan oleh neneknya. Mak belajar sehingga LCE...itu sebab mak saya agak bijak juga...maklumla zaman dahulu ramai yang tidak mendapat pendidikan sempurna kerana taraf hidup rendah.


Mak saya bercinta dan berkahwin dengan ayah saya yang ketika itu merupakan seorang polis hutan.Ketika usianya 23 tahun , mak melahirkan saya....kata mak dia mengalami kesakitan dan kesukaran melahirkan saya selama 3 hari 3 malam ,namun akhirnya pada 18 Ogos 1973 saya dilahirkan secara normal....dan ketika itu abah saya bertugas di pedalaman Sarawak.


Dek kerana tugas ayah saya sebagai seorang polis hutan..memaksa abah selalu meninggalkan mak membesarkan saya dan adik beradik yang lain keseorangan......biasanya abah akan bertugas di hutan sehingga 5 , 6 bulan........bayangkan mak saya keseorangan membesarkan kami dalam keadaan hidup yang agak sderhana...(tidakla susah sangat)


Namun, semakin hari ,bilangan ahli keluarga bertambah sehingga la adik saya yang ke-9....hidup kami dgn berbekalkan gaji abah rm500....belum tolak advance yg telah diambil...membuatkan mak membantu dgn cara membuat kueh dan kerepek. Mak saya sangat pandai memasak terutamanya asam pedas dan dalca. Tapi SPECIALnya mak saya pandai buat DODOL asli Melaka. 


Tiada apa yang lebih istimewa daripada mempunyai seorang emak yang banyak bersabar dengan kerenah 9 anak dan 6 menantu beserta 16 orang cucu. Adatlah emak mana yang tidak membebel...tanpa bebelannya tak mungkin kita bisa jadi insan sempurna. Seorang ibu marah dan menegur kita kerana dia sayang...hari ini dia marah ...esok2 dia akan lupa. 


Saya pernah membuat kesalahan BESAR kepada mak saya......dan ramai juga yang membuat kesalahan ini.....antaranya...melawan cakap mak...menipu mak......menyakitkan hati mak.....tapi MAK tetap maafkan saya......


Sekarang lutut kanan  mak saya berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan beliau untuk bergerak secara cergas....namun kami tetap menggembirakan beliau....Sekiranya mak teringin nak beli langsir atau kain ela, kami  carik tempat yang ada tangga bergerak....walaupun jauh tempatnya.....kalau mak nak bershopping....kami akan ambil kerusi roda dan menolaknya sambil beliau window shopping.


Seorang mak perlukan perhatian anak2 nya di saat tua mereka. Saya percaya kalau kita buat baik kepada kedua ibu bapa kita , Allah akan membalasnya. Doa saya agar mak saya dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Mak akan di operate pada bulan Julai nanti......kami akan bergilir2 menjaganya.....kalau dulu mak yang membasuh berak kencing kami...biarlah kami membalas segala jasa mak itu. Walau saya bisa memberi mak segunung intan, saya masih tak dapat membalas jasa mak saya .


SELAMAT HARI EMAK buat EMAK kami Hajah Zainab bt. Haniffah dan Al-Fatihah buat arwah ibu mertua saya , Puan Fatimah bt. Maiman









2 ulasan:

  1. yup...selamat hari ibu PUAN HAJAH ZAINAB BINTI HANNIFAH. kitorang sayang mak dan sentiasa mendoakan kesihatan mak & abah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea