1 Ogos 2012

Jika ini berlaku...korang camna???

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Ogos 01, 2012

Assalamualaikum semua, hari ini merupakan hari pertama dalam bulan kelahiran cikguluv iaitu 1 Ogos ....dan juga 12 Ramadhan......

Pagi ni cikguluv layan MHI(Malaysia Hari Ini) dan ada slot tentang SEDEKAH.....

Menurut kata ustaz itu, sedekah membangunkan ummah....tiada orang yang papa kedana kerana bersedekah. Dan kata ustaz itu lagi, "Sekecil2 sedekah ialah dengan senyuman"

Tiba-tiba cikguluv teringat satu cerita (kisah benar) yang berlaku kepada seorang seorang adik ipar lelaki cikguluv......begini ceritanya:

'Pada suatu petang yang hening, adik ipar cikguluv ini seperti biasa hendak pulang ke rumah selepas bertugas....dalam perjalanan dari tempat kerjanya untuk pulang ke Kuarters Putrajaya Presint 11.....korang tahu apa yang dia jumpa......dia jumpa duit RM50 lebih kurang 20 helai iaitu RM1000 bersepah di atas jalan raya...dan ketika itu dia berseorangan....tiada sesiapa pun di situ. 

Cikguluv nak tanya korang IKHLAS lah...kalau korang...agak2 korang amik tak? Kalau cikguluv sendiri pun taktau la.....

Ini berbeza dengan adik iparku ini....beliau yang cikguluv tahu,sebenarnya sangat memerlukan duit ketika itu...TIDAK....ulang suara ok...TIDAK mengambil duit itu dan menyimpannya....beliau telah mengutip duit RM50 yang bertaburan itu dan terus pergi ke BALAI POLIS yang berhampiran...dan terus menyerahkan kepada polis tanpa meninggalkan namanya mahupun no telefonnya...cikguluv sangat KAGUM dan BANGGA ada adik ipar sejujur beliau.......

Nak dijadikan cerita lagi...bila adik ipar cikguluv ini lalu sekali lagi di situ, dia masih lagi menjumpai lagi beberapa helai RM50 tu dan sekali lagi meyerahkan kepada polis...Ya Allah betapa sucinya hatimu adik iparku.......cikguluv pasti jika Allah tak balas sekarang...suatu hari Allah akan balas yang berlipatganda daripada itu.'

Moral of the story, jika kita berbuat baik jangan diharap balasannya serta merta.....pastinya ALLAH akan balas jika bukan kepada kita,mungkin kepada anak cucu kita.Wallahualam.

Cer tengok gambo kat bawah ni,masa sebuah 4wheel drive yang membawa duit syiling terbalik...korang tengok bape ramai yang tolong...tolong kutip masukkan dlm poket sendiri......manusia biasalah akan tewas dengan WANG....tapi tidak adik iparku......








3 nota dicatat murid:

bib2426 berkata...

hanya Tuhan saja yang membalasnya....

cikguluv berkata...

Pasti...suatu hari nanti

Unknown berkata...

mesti pahalanya berlipat lipat ganda
susah nak dapat orang skrg yg trjumpa duit then g balai polis
btw, saya follow sini ok
nice entry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea