30 November 2012

Guru & Cuti

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Jumaat, November 30, 2012
Reaksi: 
Salam semua...

Semasa cikguluv menaip entri ini....sekolah telahpun hampir 3 minggu bercuti.....cikguluv pasti rakan2 yg bekerja di sektor lain nine to five merasa dengki yg teramat sangat dengan mereka  yg bergelar CIKGU. Korang jangan dengki sangat......cer try rasa seminggu jadi cikgu...takpun sehari.....cikguluv ni sebelum jadi cikgu ...dah bermacam jenis kerja dan jawatan dah cikguluv lalui tapi kerjaya cikgu ni la yg paling mencabar. Tak caya...baca entri cikguluv ni....sebelum saya jadi seorang guru,saya seorang....


Di sebalik seorang guru dapat CUTI panjang macam korang selalu mention kan.....tahu tak yang seorang guru TIADA cuti tahunan...mereka hanya ada CUTI REHAT KHAS (CRK) itupun 7 hari saja setahun ,yang mana nak memohonnya bukan semudah yang disangka...perlu ada kebenaran dan pertimbangan tuan/ puan guru besar @ pengetua . Kadang2 ada yang meleleh air mata nak mendapatkan CRK ini....Allhamdullilah setakat ini ,cikguluv tiada masalah dengan my tuan / puan GB utk memohon CRK ini . CRK ini boleh digunakan ketika kecemasan seperti anak sakit,suami/ibu/bapa sakit. (cuti2 lain sama seperti kakitangan awam yang lain seperti cuti bersalin,cuti tanpa rekod)

Biarlah apa org nak kata pasal GURU dan CUTI......yg penting seorang guru tahu bahawa cuti mereka ini sebenarnya banyak dimanfaatkan untuk kepentingan masyarakat dan murid2 mereka khasnya. Kerjaya seorang guru memang sangat sinonim dengan cuti. Ini kerana cuti ini ibarat RECHARGE semula tenaga2 guru yang telah diperah dan dikerah sepanjang setahun mengajar. Sebagaimana seorang guru tidak terpisah dengan muridnya...begitulah jua guru dan cuti......kalau guru tiada cuti....rasanya ramai yg mencapai kestressan yang terlampau......

Ketahuilah kawan2 semua dan pembaca blog cikguluv......menjadi guru bukan semudah yang disangka....cikguluv percaya begitu juga dengan pekerjaan lain.....buatlah segala amanah yang diberi dengan sebaik dan termampu ..insya Allah , Allah akan memberkatinya dan masyarakat akan menyanjunginya. Bukan pujian yang diminta semata2.....namun menjadi seorang guru adalah pilihan cikguluv dan  bukan kerana terpaksa. Wallahualam.


p/s:cikguluv mmg seorang yang peluppa...namun ada beberapa nama guru / ustaz cikguluv yang masih kekal dalam ingatan ini.....antaranya cikgu sally,cikgu khairozy,cikgu raja,cikgu lani,cikgu arbain,ustaz jaafar,ustaz mahyudin,ustazah rohani. Jasa cikgu semua hanya Allah yang membalasnya.....jika ada kalangan cikgu ini telah pulang ke rahmatullah,Al Fatihah cikguluv sedekahkan....





0 nota dicatat murid:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea