30 Mac 2012

$$-CARA KIRA GAJI BARU-$$ (SEMUA GRED)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Mac 30, 2012 2 nota dicatat murid



Yezza.............finally.....RASMI daripada pekeliling JPA OK......


Nak kira gaji baru korang.......senang.....


TEKAN ini------->Bape ya gaji baruku?


~Selamat berangan untuk bershopping atau menyimpan atau sekadar untuk menjeling manja ngan TUNGGAKAN itu nanti~










~~~~~~~~enjoys uols~~~~~~~~


sumber dan pekeliling sahih drpd : JPA



GAJI BARU GURU-GURU

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Mac 30, 2012 6 nota dicatat murid


Wah kemain suker korang bab2 gaji ni ya........


Bukan apa cikguluv tengOk ramai yg update semua yg gaji bkn guru....macam N17....chekgu2 ni gred gajinya agak laen sikit dari kakitangan GOMEN yang lain......


Berikut ialah tangga gaji seorg yg bergelar chekgu :


DGA29,DGA32,DG34,DG41,DG44,DG48,DG52,DG54
(kesiannya cikguluv punyer yg agak tercorot di dalam tangga2 ini...tapi ALHAMDULLILAH bersyukur sangat2)

OKlah korang Mesti dah x sabar kan......begini cara pengiraan nya...:

Cikguluv buat yg DGA32 dulu coz ini tangga gaji kebanyakan guru-guru :




DGA32
T1
T2
T3
T4
T5
P1
GRED LAMA
2416.06
2514.37
2612.68
2710.99
2809.30
NAIK 13%
314.09
326.87
339.65
352.43
365.21
GRED BARU
2730.15
2841.24
2952.33
3063.42
3174.51
T6
T7
T8
T9
T10
T11
GRED LAMA
2907.61
3005.92
3104.23
3202.54
3300.85
3399.16
NAIK 13%
377.99
390.77
403.55
416.33
429.11
441.89
GRED BARU
3285.60
3396.69
3507.78
3618.87
3729.96
3841.05


                    kenaikan gaji tahunan ialah : RM111.09






DGA32
T1
T2
T3
T4
T5
P2
GRED LAMA
2626.30
2733.69
2841.08
2948.47
3055.86
NAIK 13%
341.42
355.38
369.34
383.30
397.26
GRED BARU
2967.72
3089.07
3210.42
3331.77
3453.12
T6
T7
T8
T9
T10
T11
GRED LAMA
3163.25
3270.64
3378.03
3485.42
3592.81
3700.20
NAIK 13%
411.22
425.18
439.14
453.10
467.07
481.03
GRED BARU
3574.47
3695.82
3817.17
3938.52
4059.88
4181.23



                        kenaikan gaji tahunan ialah : RM121.35





CARA PENGIRAAN TUNGGAKAN :
Dibayar bulan April
CONTOH TANGGAGAJI - DGA32 P1 T5
GAJI SEKARANG :
RM2,809.30
GAJI BARU :
RM3,174.51
TUNGGAKAN
RM365.21
COLA (RM50 @RM100)




(Tidak termasuk gaji bulanan, korang masyuk ialah :)
utk yg COLA naik RM100 ialah
RM1,860.84
utk yg COLA naik RM50 ialah

RM1,660.84

(Pengiraan ini mungkin tidak TEPAT tetapi hampir TEPAT )


~Untuk gred lain akan diupdate esok ya.....cik hubby ajak mengeTEH jap~ ENJOYSSSSSS k

p/s: Kalau korang appreaciate apa yang cikguluv buat ni...klik kat iklan ya....n follow....luv uols



29 Mac 2012

♥Liyana Jasmay bertunang♥

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mac 29, 2012 3 nota dicatat murid

Majlis Pertunangan 

Liyana Jasmay (24)Fathuddin (28)

28 Mac 2012

Kemensah Heights











♥Mereka akan disatukan pada 24 Januari 2013

♥Selamat Berbahagia hingga hujung nyawa


foto kredit kepada ---->blog hiburan ohbulan



28 Mac 2012

~Result anak-anak...walaupun..~

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Mac 28, 2012 2 nota dicatat murid


Assalamualaikum semua......


Setelah anak2 habis test atau exam.....mesti as a parent kiter excited nak tahu markah anak2 kan......itu normal lah......sistem pendidikan di Malaysia kini mempunyai satu sistem yang dipanggil:
SAPS iaitu Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah
(hanya untuk murid dari Tahun 3 hingga Tingkatan 5 sahaja)







Cara-cara untuk menyemak keputusan anak2 :

Pertama : Layari laman web ini ------->saps

Kedua     : Klik pada semakan ibu bapa

Ketiga    : Masukkan no surat beranak (utk anak sek. rendah)
                     Masukkan no i/c (utk anak sek.menengah)

Keempat  : Isi maklumat dgn mengKLIK tahun (2012)

Kelima      : Pilih UJIAN 1, klik papar slip keputusan.

tadaaaaaaaaaaaaaaaa........amek ko resultnya.......urut dada cikguluv dibueknya........


Nak tahu ke result ketiga2 anak bujang cikguluv ?
~walaupun pedih khas tuk korang yg support blog ini......cikguluv kongsikan~
                        (sambil tutup muka ngan tuala good morning)

Abang : Form 3 (7A,2B) B nya ialah BM dan KH (mmg nak kene hantar obersea sambung blajo ni...coz BI dpt A)

Tengah :  Year 6 (2B,2C,1D) D nya ialah Matematik.....(urut dada dgn minyak angin cap KAPAK dibuatnya)

Bongsu : Year 4 (1B,3C,1D) D nya ialah English.....(bubuh minyak angin cap SINGA kat kepala pulak)



************saje je kaburkan resultnya,bagi bulat sikit mata korang nak nengok...hahahaha**********



p/s: Kata anak2 bujang cikguluv..."ibu dun wori...ini baru first test.....kiteorg akan usaha lagi pasni"......ayat inilah selalu den dongar pas dorang dpt result ....mood ~REDHO~



~Pesanan khidmat masyarakat ini untuk diri sendirik.....
Kalau anak dapat result bagus ,beri pujian dan sedikit token buat mereka.Kalau anak dapat result kureng bagus,beri nasihat dan kata galakan buat mereka.Jgn sesekali kita membezakan mereka....nanti ada hati yg TERLUKA




                     
                   

26 Mac 2012

cara update baki loan rumah

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, Mac 26, 2012 0 nota dicatat murid


Kepada kawan2 yg keje gomen dan ada membuat pinjaman perumahan dengan kerajaan....ini adalah cara mudah mengUPDATE baki loan anda ..sekiranya anda x ingat dan x tahu no akaun pinjaman itu......


Sila KLIK ini---------->cek bape hutang saya lagik ?


pastu tadaaaaaaaaaaa....kome tahu ler nanti bape jumlah HUTANG.....korang.....mudah kan.....





Untuk keterangan lanjut silalah layari laman web ini----->Khazanah Malaysia



p/s:Hutangku masih sebelah tangan....camne nak beli banglo...cer korang klik kat saya punyer iklan kat tepi.atas dan bawah ini....hehehehhe...tenkiu...i lap uols...





23 Mac 2012

PERMOHONAN KE MAKTAB (INSTITUT ) PERGURUAN

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Mac 23, 2012 0 nota dicatat murid


Cikguluv tau mesti ramai anak-anak lepasan SPM teruja nak jadi cikgu kan.....macam cikguluv...so sila lah ke pautan di bawah :





SYARAT-SYARATNYA:


BIDANG YANG DITAWARKAN :



CARA MEMOHON :


COMPAREkan KEPERLUAN dan PERMOHONAN.....aduyaiiiiii



 



Sekiranya korang sangat2 berminat .......Untuk memohon ,layari laman web ini --->MOE


Ingat.....bukan senang nak jadik CIKGU,TEACHER,USTAZAH ,USTAZ ...perlukan kesungguhan , minat dan usaha yang TINGGI ya......selamat mencuba....ikhlas daripada cikguluv.





22 Mac 2012

RESULT SPM 2011

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mac 22, 2012 0 nota dicatat murid

FAKTA TENTANG KEPUTUSAN SPM 2011



~Keputusan terbaik dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini.



~Sebanyak 468,808 calon mendaftar untuk menduduki SPM .Daripada jumlah itu:

  • 412,028 adalah calon sekolah kementerian
  • 7,155 calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera. 
  • 7,925 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri
  • 12,487 calon Sekolah Menengah Agama Rakyat serta sekolah swasta 
  • 29,213 calon persendirian. 


~Terengganu terus mengekalkan momentum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) cemerlang selama empat tahun berturut-turut.


~Seramai 559 calon berjaya memperoleh gred Cemerlang Tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 403 calon pada tahun sebelumnya, 506 calon adalah dari sekolah Kementerian Pelajaran manakala 53 lagi adalah calon sekolah lain.


~Tiga beradik kembar yang lebih dikenali dengan nama ‘Tiga Abdul’ mencatat sejarah bagi Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) Mereka ialah :

  • Abdullah Romli ,7A 2B
  • Abdul Rahim 9A 
  • Abdul Razak,8A 1B. 




~Dua anak yatim Luqman Amri dan Mohd. Shafiq Shazwan Saiful Bahari serta Mohammad Amirul Shafiq Mohd. Rashid yang muncul antara pelajar cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Bachok, dekat sini memperoleh 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011.Luqman, 18, dari Kampung Pa'Pura dekat sini berkata, kematian bapanya Amri Mustafa akibat serangan jantung ketika dia berusia 11 tahun menjadi pendorong kepadanya mencapai kejayaan itu.




~Seorang bekas banduan berasal dari Kelantan,Muhammad Zainal Ariff Mat Zain, 23, yang mencatat sejarah kerana muncul sebagai antara pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 Selangor. Dia yang tidak belajar sejak dari Tingkatan 1 kerana desakan hidup dan dipenjarakan di Penjara Kajang kerana kesalahan jenayah mendapat 6A,1B,1E.Beliau telah dibebaskan sejak Oktober tahun lalu.Beliau menduduki peperiksaan di Sek. Integriti Kajang.



~Seramai 343 daripada 662 calon berkeperluan khas berjaya mendapat sijil berbanding 319 pada 2010. Tujuh calon iaitu :

  • tiga calon rabun
  • seorang cacat pendengaran
  • tiga calon kecacatan lain     
Mereka ini berjaya meraih gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.



~Pelakon remaja , Nurul Elfira Loy turut mengambil result SPM tetapi tidak bersedia berkongsi apakah resultnya.




p/s: Anak kawan cikguluv (Medlina & Azhar) blajar setahun jer coz dia duk oversea....dapat result SPM semalam 3A+,5A dan 1B....terbaek lah....semoga anak2 cikguluv mewarisi jugak nanti..aminnnn







19 Mac 2012

::PENAWAR KANSER::

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, Mac 19, 2012 3 nota dicatat murid

KANSER @ BARAH......
.
.
satu penyakit yang sangattttttt ditakuti oleh semua manusia...namun percayalah ALLAH telah berkata semua penyakit ada ubatnya kecuali MATI.....


Baru-baru ini adik lelaki cikguluv telah sembahyang Jumaat di Masjid Negara...rerupanya di perkarangan masjidnya diedarkan banyak majalah bercirikan keISLAMan secara percuma....apalagi dia tidak lupa menGRAB peluang keemasan ini.Dalam banyak2 majalah itu, cikguluv telah membaca ANIQAH (Disember 2011) dan ingin berkongsi INFO yang cikguluv kira sangat-sangat berguna kepada kita semua. 

Artikel yang bertajuk :

::<<Durian Belanda Agen Pembunuh Sel Kanser>>::



Rumusan yang cikguluv dapat daripada 3 helai penerangan tentang artikel ini ialah :

~orang Melayu panggil 'Durian Belanda'....omputih panggil 'soursop'

~nama saintifiknya ialah Annona Muricata L dan berasal dari hutan tropika Carribean,Amerika Selatan.

~berupaya 10,000 kali lebih kuat menjadi agen pembunuh kanser daripada kimoterapi.

~kajian telah dibuat sejak 1970an oleh lebih 20 makmal di seluruh dunia.

~Selain daripada membantu dan merawat kanser,buah ini juga merupakan agen penyubur bagi pasangan yang inginkan anak

~daunnya boleh dibuat serbuk teh untuk mengubati sakit kerongkong,jantung dan penyakit hati.

~bijinya boleh ditumbuk halus untuk membunuh parasit di dalam tubuh like cacing.

~akar,kulit dan daunnya membantu mengubati diabetis.

~buah dan jusnya boleh menjadi penawar demam dan ubat cirit-birit serta meningkatkan pengeluaran susu ibu.

~kulit pokok ini boleh menjadi ubat malaria dan ulser perut.

~bau daunnya boleh menghalau tikus daripada menghuni rumah anda.

Khasiat Durian Belanda ini telah dikeluarkan oleh HEALTH SCIENCE INSTITUTE. So,terpulanglah kepada kita untuk memanfaatkan buah yang Allah kurniakan ini tanpa kesan sampingan.


p/s:Rupa-rupanya ramai yang tak kenal dan tak pernah rasa durian belanda ini....cikguluv masa kecik2 selalu makan....dan tak sangka buahnya begitu mahal sekarang.RM6 sebiji untuk  sebesar penumpuk cikguluv yang kiut ni....cuma tak pernah rasa jusnya....nak cobalah kat 7-eleven banyak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea