1 Mac 2013

Di pintu pagar sekolah ....aku nampak.....

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Jumaat, Mac 01, 2013
Reaksi: 

Di pintu pagar sekolah ....
Aku nampak sebuah kasih sayang
Seorang ibu menghantar anaknya
Menggalas beg berat anaknya
Hingga anaknya sampai ke muka pintu pagar itu.....
Aku bahagia.....


Di pintu pagar sekolah ....
Aku nampak sebuah kasih sayang
Seorang ayah  menghantar anaknya
Dengan sebuah motor usang
Lalu si ayah memerhatikan anaknya sehingga lenyap dari penglihatannya...
Aku bahagia.......


Di pintu pagar sekolah ....
Aku nampak sebuah kasih sayang
Seorang ibu menunggu anaknya
Tatkala hujan lebat membasahi bumi
Dengan sekaki payung
Setia di tangannya  sekaki lagi payung lain
Agar anaknya tidak terkena basah walau setitik air hujan itu.
Aku bahagia.....


Di pintu pagar sekolah ....
Aku nampak sebuah kasih sayang
Seorang ayah menunggu  anaknya dengan setia
Menghulurkan tangan kedutnya
Lalu dicium anaknya
Aku bahagia......



Di pintu pagar sekolah ....
Setiap hari aku melihat.....
Aku nampak sebuah kasih sayang
Semoga nanti kasih si anak juga sebesar kasih  ibu bapa mereka terhadap mereka.

Nukilan rasa
cikguluv
1.1.2013

#Ya Allah ,kau kasihanilah dan kasihilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani dan menyayangi aku sewaktu aku kecil . Amin #



#sekadar gambar hiasan






4 ulasan:

  1. Sambungan...
    Di pintu pagar sekolah,,,
    Aku nampak seorang guard perempuan yg baru ?
    Namanya Kak Anis...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahah....ya betul....

      Di pintu pagar sekolah,,,
      Aku nampak seorang guard perempuan yg baru
      Namanya Kak Anis...dan dia kalau berjumpa dengan aku
      pasti akan berjabat tangan memeluk aku...
      Aku bahagia....
      kemain kan

      Padam
  2. Bukan sewaktu kecil je.malah,sampai kkta da dewasa ni hah... #nangis

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe....atun sampai dah kawin... sesekali abah masih tunggu kat depan pintu pagar tan chong......

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea