29 Ogos 2013

Luahan hati seorang anak

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Khamis, Ogos 29, 2013
Reaksi: 

Masa cikguluv remaja dulu, cikguluv memang tak berani kongsi apa-apa dengan mak abah cikguluv......masa tu rasa macam kawan lah tempat meluahkan segala perasaan....

Zaman sekarang lain......cikguluv ajar anak-anak luahkan perasaan mereka jika ada sesuatu yang menggangu fikiran mereka.

Baru-baru ni, semasa cikguluv melawat anak sulung cikguluv di SBPI , dia telah meluahkan isi hatinya.....

"Ibu, kita selalu duduk kat tepi pagar tu, tengok jer kereta-kereta lalu -lalang....dan kita terfikir .....bilalah dapat keluar dari sini......"

Luahan itu buat cikguluv rasa....eh, aku ni hantar anak aku pi asrama penuh ke penjara......????

Jawapan cikguluv..."Bertabahlah....ini sementara saja.......ilmu bukan mudah untuk dicari.....macam EMAS.....nak mendapatkannya ,kita kena korek ke dasar bumi"

Sekarang cikguluv tersedar yang dia rupanya memang x suka tinggal di asrama......tengoklah macam  mana......kalau tak OK juga sampai akhir tahun ini.......berHIJRAH lah dari sana.....



1 ulasan:

  1. haha...bawa keluar la ikhmal tu.
    tapi bagi kat dia syarat. buat agreement.
    kena buat ape yang macam asrama buat.
    solat semua mengaji. baru deal duduk sekolah biasa.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea