22 September 2013

Benarlah apa mereka kata......

Direkod oleh cikguluv a.k.a yus zana di Ahad, September 22, 2013
Reaksi: 




Benarlah apa yang orang selalu kata.....

Seorang ibu boleh menjaga 9 anaknya

namun 

9 anaknya tidak mungkin dapat menjaga ibunya sebaik si ibu menjaga mereka. 

Cikguluv akui kata2 di atas selepas ibu cikguluv baru2 ini dimasukkan ke hospital kerana menjalani pembedahan menukar sendi lututnya dengan besi ataupun prosuder TKR ( total knee replacement) di Hospital Selayang. Walaupun kami menjaga mak sebaik mungkin namun mungkin x sebaik mak jaga kami dulu.

Cikguluv terfikir.....akan pepatah di atas....kalaulah mak atau cikguluv tinggal berjauhan ,sorang di melaka, sorang di KL.....mana mungkin cikguluv dapat menjaganya...... tetiba simpati kepada kawan2 yang tinggal jauh daripada keluarga mereka....andai kata ibu atau bapa mereka sakit....memang akan berlaku kekangan dalam soal menjaga...kerana kita juga perlu bekerja untuk mencari nafkah. Alhamdullilah , ciguluv dan adik beradik yg lain tinggal di sekitar Selangor dan KL sahaja....jadi dapatlah kami bergilir2 menjaga mak di hospital. Cikguluv sendiri dapat cuti rehat 2 hari dan seterusnya mohon jasa baik pentadbir untuk pulang awal atau lewat sikit ke sekolah......nasib baiklah cikguluv mengajar sessi petang, dapatlah menukar shif dengan adik.
               Gambar sumber :google...namun inilah titanium yang masuk dalam lutut mak harganya rm6,500


 Kaedah TKR yang mak buat


Ini cara mereka masukkan titanium itu.....ngeri uols....



Mak admit wad 6C, 2 hari sebelum hari pembedahan......iaitu hari Ahad.....sejak dari hari itu kami bergilir2 menjaga mak....keadaan darah tinggi mak tidak menentu...sekejap naik mencanak...kejap turun....kencing manis pun sama....kekdg hippo (sindrom kurang gula dalam darah bagi pesakit diabetis)...

Namun pada pagi hari pembedahan...keadaan mak stabil......tepat pukul 7.15pagi, mak pun ditolak ke OT....kami hantar sampai mak hilang dari pandangan....masa tu kami dah sebak....tapi kami tahan...tapi bila mak dah masuk, kami bersalaman dengan abah...tetiba abah menangis...apalagi cikguluv dan adik cikguluv si cik bib pun sesama nanges kat luar OT tu...kami panjatkan doa sahaja semoga pembedahan mak berjaya.

Hampir 4 jam pembedahan dijalankan....tengahari itu, cikguluv dan 3 adik pempuan sabar menunggu....namun pukul 2 .30pm barulah mak keluar daripada OT......keadaan mak nampak tenang saja. Namun selepas 5 jam , mak mula terasa sakit ....setelah beberapa kali kami memanggil misiku KUZA...rupa2nya ada berlaku pendarahan pada kawasan pembedahan tadi...cikguluv yang menyaksikan secara live misi2ku KUZA menukar bandage kaki mak rasa cam nak pitam......akhirnya datanglah pakar bius menambah dos epidural mak....barulah mak OK.....

Sebenarnya cikguluv kagum mak....dia sangat kuat semangat.....rajin bersenam...pantang doc suruh atau pesan apa2....dia ingat dan patuh.... Cikguluv juga kagum dengan adik beradik cikguluv yang sentiasa prihatin dengan keadaan mak kami......kami sentiasa berhubung dan update status mak dari masa ke semasa......masing2 ada tugas sepanjang mak tiada di rumah....maklumlah abah di rumah pun nak makan dan rumah pun mesti dikemas dan dibereskan.

Kami telah sedaya upaya menjaga mak dan abah sepanjang dugaan ini.....10 hari mak di wad buat abah resah gelisah.....abah sendiri yang membakar ikan haruan untuk mak, walaupun mak komplen x masaklah...abah tetap bakar setiap hari.....adik2 cikguluv pulak try n error buat masakan org dlm pantang iaitu cincuwan ikan bilis atau ikan parang walaupun mak kata terlebih halia lah...tawarlah.....tapi mereka tetap setia bangun pagi dan masakkan mak dengan seikhlas hati mereka......


Cikguluv percaya jika kita buat baik kepada kedua ibu bapa kita, insha Allah anak kita juga akan berbuat baik dengan kita nanti......

Dikesempatan ini , cikguluv nak ucapkan jutaan terima kasih kepada suami cikguluv yang sangat memahami situasi cikguluv yang sering ke rumah mak @ ke hospital......sehingga makan minum dia terabai sekejap, nasib baiklah skil memasak suami cikguluv sangat tinggi ,so bab makan tak kesah, tapi abangggggg.....5 hari cikguluv x balik rumah.....uiiiimak aiiii rumah dah ropa kapal perang....takpelah asalkan kita sesama REDHO......

Terima kasih juga atas doa dan kata2 semangat drpd rakan2 FB dan fanpage cikguluv yang tidak henti2 memanjatkan doa untuk kesejahteraan mak dan abah cikguluv.....hanya Allah yang akan membalasnya. Kami sentiasa doakan mak akan boleh berjalan macam dulu......x sabar nak bawak mak pi jenjalan cari makan..... Mak saya kuat....my SuperMAK....

~ LUV U MAK N ABAH


Gambar ketika solat hajat dan bacaan Yassin sebelum mak admit ward



Kasihnya ibu membawa ke syurga, 
                           Kasihnya ayah sanggup berkorban.










































9

0 nota dicatat murid:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea