30 Oktober 2015

KANSER PANGKAL HIDUNG (NPC)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Oktober 30, 2015 2 nota dicatat murid
ini antara punca dan benda yang keluar dari hidung cikguluv semasa sebelum didiagnos kanser pangkal hidung (NPC).

ALHAMDULLILAH selepas kimo yg pertama cikguluv sudah tidak mengalami pendarahan ini dan sudah ada deria bau serta boleh bernafas melalui hidung.

padahal cikguluv punyalah takut nak kimoterapi sampai menangis2 dipujuk doktor onkologi HKL.

tq kepada semua yang memberi semangat dan sentiasa doakan cikguluv.










28 Mei 2015

Ujian buat kami

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mei 28, 2015 4 nota dicatat murid
Hari ini cikguluv sedang berehat di rumah selepas 2nd cycle kimoterapi......


dulu taktau kalau org kata saya dah 2 kali kimo...ingat kan camne dan 2 hari jer... rupa2nya bukan...

utk kanser hidung macam cikguluv sementara nak tunggu Q yang amat panjang di HKL untuk buat radioterapi...cikguluv kena buat beberapacycle kimo.....

1 cycle adalah 5 hari di wad...kimo nonstop dan 2 mnggu rehat di rumah...then pi la hospital untuk next cycle.

camne rasa kena kimo.....dia masuk air jer..... cikguluv anggap ianya sebagai penawar....tak naggap pun ia dadah ke racun ke...apa ke....sambil tu sentiasa zikir....

efek selepas kimo....macam masa cikguluv morning sickness mengandungkan hero2...selera makan takde...muntah...loya......

harap semua doakan cikguluv, cikguluv tau ramai sayang kan cikguluv.....


luv from....

#cikguluv#

3 April 2015

Aku dipilih Tuhan

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, April 03, 2015 4 nota dicatat murid
Asalamualaikum semua dan salam sejahtera,

Pernahkah korang terfikir suatu hari apa yang dilalui oleh kawan2 korang sebelum ini ....cerita2 dlm TV yg korang tgk.......yg korang baca.......akhirnya terjadi pada diri korang sendiri.

Kisah cikguluv ini bermula pada end of January 2015 apabila hidung ini asyik tersumbat dan akhirnya setelah beberapa minggu telah berlaku pendarahan yang agak kronik.

Bermalam sehari di wad HKKB (Kuala Kubu)....doktor di sana mengesyaki sinus kronik...atau resdung kronik. Surat follow up ke HSELAYANG diberi lagi seminggu baru jumpa.....namun keesokan harinya cikguluv dah ke HS krn pendarahan masih terus berlaku.

Di HS, doktor pakar ENT telah melakukan endoscopy ke dlm hidung ku.....dan sampel tisu pun diambil. Kata doktor....selepas 2 mnggu baru kita tahu apa masalah puan sebenarnya. Hati dah starat berdebar2.

2 minggu pun berlalu.......telefon berbunyi.....dr HS....suruh dtg untuk doktor terangkan keputusan ujian sampel hari itu. Malam itu bangun tahajud dan berdoa semoga Allah permudahkan dan telah REDHA apa jua keadaannya.

Bertemankan suamiku.....akhirnya doktor telah mengesahkan aku ada ketumbuhan di pangkal hidung yang dia sebut sebagai KANSER PANGKAL HIDUNG.

Kalau korang...apa perasaan korang.....tp perasaan cikguluv masa tu sangat redha......dalam sudut hati yang paling dalam ini berkata pasti ada 1001 hikmah ALLAH beri aku ujian ini.

apakata dia beri ujian ini kpd anak2 ku.....aku pasti tak mampu hadapinya.....apalagi kalau diberi kepada suamiku......dialah telah kami bergantung. Jadi Allah beri ujian kecil ini untuk seorang hambanya yg dirasakan mampu menghadapinya. Cikguluv anggap....Allah memberi cuti panjang kepada diri ini untuk berehat sebentar setelah hampir 19 thn mengajar.

Buat sahabat2 cikguluv semua...doakan lah cikguluv sihat kembali. Buat anak2 muridku....cikgu berehat sebentar untuk cas semula tenaga cikgu yg mngkin telah berkurangan. Cikguluv sentiasa positif walau ada kata2 mereka yg melukakan hati seorg pesakit K ini. Namun kata2 semangat lebih banyak cikguluv terima membuatkan cikguluv terharu rupa2nya diri ini disayangi oleh ramai org.

Akhir kata.... bermula 16hb April ini bermulalah sesi rawatan radioterapi kanser hidung tahap 2 di HKL. Semoga Allah permudahkan urusan hambamu ini. Aamin.

Terima kasih ALLAH kerana aku menjadi pilihanmu. Kerana hanya dikau yg mengetahui segala rahsia dan hikmah di sebalik segala ujian kecil ini.


Nukilan rasa.....
cikguluv April 2015




8 Januari 2015

Hari pertama ke sekolah vs murid menangis

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Januari 08, 2015 2 nota dicatat murid
Assalamualaikum semua......


dua tiga hari lagi sekolah akan memulakan sesi 2015......untuk ibu bapa yg baru pertama kali anaknya TAHUN 1 mesti TERUJA tahap dewa dewi kan....... masa zaman cikguluv darjah 1 dulu hari pertama jer pegi sekolah abah hantar...hari kedua dah naik basikal....tapi zaman dah berubah.....

hampir 18tahun cikguluv dalam bidang kecikguan ini...dah bermacam kenangan hari pertama dah cikguluv lalui.....

anak sulung cikguluv... dulupun masa masuk tadika kemas menangis bagai nak rak....cikguluv yang first time hantar,rasa sebak....udahnya cikguluv yang nanges sekali.....selepas seminggu masih juga menangis...akhirnya cikguluv terpaksa menjanjikan bulan bintang kejora kepada dia setiap hari bila dia nak ke tadika.....hahhaha...kenangan sungguh....dah habis SPM dah pun anak bertuah ku itu.

Antara tips2 yang berguna untuk anak2 yang menangis ini ialah:

1. sebelum ke sekolah ikut jer apa yang dia nak....nak mandi air panas ke...nak makan pizza ke...nak bawak kain batik mak ke...ikutkan haje..

2, sampai jer pintu pagar.....dah hantar kat tempat beratur terus tinggalkan dia.....dia akan menangis bagai nak rak....pukul ke bantai pun tak guna......terus jer jalan jangan toleh2...kalau ibubapa toleh macam bagi harapan kat anak utk bawak dia balik sekali....

3. insha Allah ...kejap lagi dia OK.... paling tidak dia akan kemurungan sekejap...bila kwn2 dah start cakap2 dan main2...dia akan OK......

4. sambil tu ibubapa selalulah berdoa agar dipermudahkan pembelajaran anak2 kita semua

5. cikgu2 pula...jgnlah garang sangat.......ini baru pengalaman pertama anak2 kecil ini untuk ke sekolah rendah.....apa salahnya hari pertama belajar seronok2, sambil main2....kan.

oklah.....cikguluv nak sambung buat alat bantu mengajar untuk hari pertama kat sekolah nanti.....bye uols....

SELAMAT BELAJAR DAN MENGAJAR semuaaaaa..... muahs...


25 Disember 2014

Biasiswa syarikat korporat untuk lepasan SPM

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Disember 25, 2014 0 nota dicatat murid

Assalamualaikum semua....rindunya nak berblog......

sebenarnya lappy cikguluv ada masalah problema sikit...thats why lama tak ke udara.....

oklah sempena hero sulung cikguluv yang dah selamat menduduki SPM..... mesti ramai nak usha2 dan skodeng2 biasiswa yang boleh dipohon selain drpd JPA dan MARA....

korang boleh check it out kat sini
|
|
|
v
klik kat bawah ni.....


Selamat berjaya semua.....doakan anak cikguluv juga berjaya ya. Dia tengah bertungkus lumus jadi assistant butik ok......jangan mare.....
byeeee.......

~Love....from me....cikguluv~








                                                         










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea