30 Disember 2011

Galaxy tab rm100 jer:-)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Disember 30, 2011 4 nota dicatat murid

Al-kisahnya cikguluv nak pi tangkap sebuah netbook jer.....pi lah ke OU a.k.a one utama...carik parking jer nak dekat 1 jam....tp cam biasa xnak rosakkan mood "tingkap membeli-belah"..window shopping la..dgn tabahnya cikguluv dgn berteman 2 jejaka yg belum akhil baliqh menuruni eskalator. Kebetulan turun jer terus nampak promosi Samsung GT ....nak skrin 7.7 ado...8.9 ado...10.1 pun ado....


Setelah berborak manja ngan salesman itu....dia tanya akak nak buat installment pun blh kak...murah jer.....tanduk cikguluv pun terkeluar sikit....padahal niat asal nak cr netbook dlm rege rm800++
Tak lama jer adik tu dah kirakan....akak buat 18bulan (setaun setengah)....akak bayar rm100 jer.....siap dgn ....casing leather lagik....tanduk semakin panjang nampaknya....terus call cik hubby. Bila cik hubby kata ikut sukalah.....yg melompat dulu adalah 2 hero tadik...


Setelah belek punyer belek...finally cikguluv tgkap yg 8.9 wifi kaler putih....dgn membayor rm100 saja terus bawak balik....sepjg pejalanan my heroes duk layan PEN MEMO (ala dia mcm conteng2 ).....coz masa tu xde pape lagi games or anything yg blh dgodek.....

Sampai haje umah .....apalagi kemain ler dorang mengUPLOAD segala mcm.....dan skarang GT cikguluv telah berTUKAR menjadi PSP / PS2 / iPORT....etc....udah nya cikguluv yg x dpt nak explore lagik......but i will.....

p/s: bila dah masuk skola...cikguluv telah menyorokkan GT itu.....dan telah menjadikan ia bahan REWARD setelah dorang siapkan keje skolah @ tlg cikguluv...hehehehhe







27 Disember 2011

Amazing crazy photoshoot

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Disember 27, 2011 0 nota dicatat murid
Layan beberapa foto yg awesome + crazy....bilalah cikguluv nak jadi pro cenggini..one day...i will














24 Disember 2011

Ranking PMR 2011 (MRSM dan SBP)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Sabtu, Disember 24, 2011 4 nota dicatat murid
aDA sorang kawan cikguluv tanya yang mana satu ok.....anak dia dapat 5A...SBP ke MRSM lebih baik....cikguluv tak tau jawapannya....tapi cikgu luv persembahkan ranking TOP 10 keputusan antara kedua2 sekolah berprestasi tinggi ini.....so korang judgelah sendirik ya....tapi kedua2 skola ini mmg cikguluv tabik spring...rakyat2 nya semua pepandai....TERBAEK wok....
Tanpa membuang masa inilah perbezaannya...TADAAAAAAAA.......

Ranking   TOP 10:  SBP dan MRSM untuk PMR 2011

SBP
MRSM

1 . SM SAINS HULU SELANGOR 1.0054
2 . SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS  
     PETRA 1.0139
3. SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
4. KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
5. SM SAINS KUALA SELANGOR 1.02
6. SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
7. SM SAINS JOHOR 1.0233
8. SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
9. SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
10. SM SAINS SELANGOR 1.0263



     1.       MRSM GEMENCHEH  1.0204
     2.       MRSM PASIR TUMBOH  1.0210
     3.       MRSM K UALA KUBU BHARU 1.0238
     4.       MRSM PEKAN   1.0248
     5.       MRSM PASIR SALAK  1.0313
     6.       MRSM LENGGONG  1.0341
     7.       MRSM TERENDAK  1.0380
     8.       MRSM GERIK  1.0385
     9.       MRSM SERTING  1.0408
    10.   MRSM KUALA KLAWANG  1.0428
        logo sbp 300x227 TERKINI: RANKING SBP PMR 2011                             

Kedua2 skolah ini mcm yg cikgu luv cakap mmg TERBAEK .

p/s : nombor yg tercatat sebelah nama skolah itu ialah GPM (Gred Purata Maktab) for MRSM @ GPS (Gred Purata Sekolah ) bagi SBP. Makin KECIL nombornya makin tinggi keTERRORan rakyatnya.

sumber: www.moe.my

apekah tahun lompat ?

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Sabtu, Disember 24, 2011 0 nota dicatat murid
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.......




Ape itu Tahun Lompat ?!!?

tahun yang mengandungi "lebih 1 hari daripada tahun biasa" bagi menyamakannya dengan tahun astronomi @ tahun yang bermusim. Tahun astronomi adalah tahun yang tidak mengulangkan diri pada bilangan hari yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya terdapat suatu takwim yang mempunyai bilangan hari yang sama pada setiap tahun, hari ulang tahun akan berbeza daripada hari peristiwa yang ditandainya. Dengan penambahan satu hari, perbezaan di antaranya boleh dibetulkan. PAHAM TAK NI ? SIAPA TAK PAHAM. ANGKAT TANGAN  TINGGI-TINGGI.  


Orang yang dilahirkan pada 29 Februari akan merayakan hari jadinya pada 28 Februari atau 1 Mac atau bila-bila ikut suka korang la ya. sebab jenuh la nk ngikut tarikh tahun lompat.so, sambutkan ajo....HEHE!


Maklumat lebih lanjut. sila la paham kan statement disini ---> 29 Februari
 

23 Disember 2011

Bila SIAMANG mengamuk....takutnye....

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Disember 23, 2011 0 nota dicatat murid
Berita ni sebenarnya dah 2 minggu lepas,cuma cikgu luv terfikir  SIAMANG  tu mesti sebenarnya x berniat nak cederakan 2 org kanak2 tu tapi mata dia nampak kaki kanak2 tu dah macam pisang kot...(agaknya pekerja zoo Melaka lupa @ lambat bg makan)....kesian adik ni....



MELAKA - Keseronokan dua kanak-kanak untuk menyaksikan gelagat haiwan liar di Zoo Melaka berakhir dengan dua mangsa itu melalui pengalaman ngeri digigit seekor siamang jantan yang ganas kelmarin.

Dua mangsa yang cedera dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu ialah Muhammad Afiq Haziq Kamarul, 3, berasal dari Klang, Selangor dan Zukrina Abdul Hadi, 5, dari Pekan, Pahang.

Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa itu berjalan bersama keluarga masing-masing berhampiran beberapa buah pulau buatan yang menjadi habitat siamang dan beberapa haiwan dalam kumpulan beruk lain.

Mengimbau detik cemas tersebut, ibu kepada Afiq, Anita Sulaiman, 36, berkata, dia dan suami, Kamarul Baharin, 38, serta tujuh anak termasuk Afiq, anak keenam, tiba di zoo itu pada pukul 1.30 petang.

Sejam selepas berjalan, mereka sekeluarga tiba di kawasan pulau buatan. "Sedang kami leka meninjau spesies beruk di beberapa pulau, tiba-tiba saya nampak kira-kira 40 pengunjung bertempiaran lari kerana dikejar seekor siamang.

"Siamang sebesar Afiq itu datang menggigit betis kanannya yang ketika itu didukung oleh suami saya," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka semalam.

Menurut Anita, suaminya bertindak menarik bulu dan menggoncang kepala siamang itu bagi melepaskan gigitan pada kaki Afiq.

Namun siamang itu enggan melepaskan gigitan itu sehinggalah seorang pengunjung menendang perut haiwan itu.

(berita ini di-kopi-pes dr Kosmo)

..................................................................................................

SKARANG.....cer tengok camne memula org ramai kemain bermain dan bergurau senda dgn SIAMANG ini.pastu semua langkah seribu.....layan video ni ok dan sila lebih berhati-hati ketika melawat ke Zoo....

p/s: Tanyalah cikgu Sains korang,binatang tidak berniat nak menyerang ,mereka hanya ingin mempertahankan diri dan kemungkinan kelaparan.


Sayangilah binatang....peace no war.




22 Disember 2011

Nama-nama ibu negara di dunia....(uji pengetahuan am)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Disember 22, 2011 6 nota dicatat murid
Selamat sejahtera semua....

Tetiba cikgu luv terfikir adakah kiter semua tahu nama-nama ibu negara di dunia....ok nak test korang....sila jawab dgn spontan okey....
Sila lalui cabaran ini...sekiranya semua jawapan betul..pengetahuan am korang mmg hebat....:(sila jgn main tipu)


Ibu negara Singapura ???
Ibu negara India ???
Ibu negara Indonesia ???
Ibu negara China ???
Ibu negara Australia ???
Ibu negara Norway ???
Ibu negara Arab Saudi ???
Ibu negara Afghanistan ???
Ibu negara Zimbabwe ???
       dan yg akhir


Ibu negara Thailand ???.................Berapakah markah korang...../10



Jawapannya ialah :
~Singapura, New Delhi , Jakarta ,Beijing, Canberra , Oslo , Riyadh , Kabul , Harar , Bangkok~



oklah sebagai panduan...cikguluv senaraikan (bkn semua) 3/4 nama2 negara dan ibu negara di dunia.....sila main teka-teki bersama anak branak k....ENJOY
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


SITI NURHALIZA ~ct situ sana sini~

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Disember 22, 2011 5 nota dicatat murid
Assalamualaikum.....selamat sejahtera....

Tak tau nape...aku ni dah jadi cam peminat fanatik ct nurhaliza.....ala mcm korang yg peminat fanatik Che Det ke...Tok Guru Nik Aziz ke....Justin Biebir ke..... Maharaja Lawak ke.....(walaupun org lain x fanatik kat depa ni)...
Masa dia kawen Dato K. ramai peminat dia mula membenci dan kata dia perampas...itu pun aku redho coz DK ensem......lagu dia...bgtau jer.....kemain bermain d bibir ku ini...yg lagu omputih tu jer aku x bape hafal....(ada masalah lidah sikit)...hehehe


ct tanpa mekap..pun tetap suwettt
so nak citerla...kalau ada magazine , suratkabor  ke, album apatah lagik pape yg berunsur ct termasukla Simplisity cambiasa...dah kater fanatik.....daku akan membelinya...yg belum buat dan x bekesempatan buat ialah pg tgk konsert CT...(ADA KE SESAPA NAK WAT SUPRISE my besday nanti)....tak caye...layan beberapa gambo ni after the jump.....


ic lama ct masa dajah 6
ic baru ct


my CT

xkire la ramai yg menyampah kat kamu...saya tetap minat kamu.......






Biasalah..kita ni pun bukan semua org suker......tp ada gak org yg suker kiter kan....so renung2kan.....slamat beramal.

Hotel yang murah special for kakitangan kerajaan....(tahu tak?)

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Disember 22, 2011 20 nota dicatat murid

Ramai kalangan kakitangan kerajaan tak tahu tentang benefit ini....sama ada x diwar2kan atau korang mmg kaya so bila bercuti amik jer hotel2 dan membayarnya dgn jumlah yg mahal......So, hari ni cikgu luv nak kongsi pengalaman mendiami beberapa rumah peranginan kerajaan yg awesome ini....

Antara yg pernah famili cikgu luv ialah di :
  1. Cameron Highlands
  2. Port Dickson ( blok lama )
  3. Port Dickson ( Permaisuri Resort )
Apa yg perlu korang buat ialah :

  1. Layari laman web ini   http://peranginan.bph.gov.my/default.aspx
  2. Pilih rumah peranginan mana korang nak berehat
  3. Tempah, bayar , print bukti pembayaran.....
MUDAH KAN......bayangkan sebuah hotel@ apartmen 3 bilik yg berharga rm490 semalam dpt dinikmati oleh famili kiter dgn harga RM115 semalam...



Ini yang di PD baru2 ni kami pegi

tapi INGAT......tersangatlah limited dan harus bijak menGRAB peluang ini......biasalah depa pun ada kroni-kroni dorang jugak. 



Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) terletak di 6 lokasi iaitu :




OK uols..enjoy ya.....jgn lupa BUAT TEMPAHAN AWAL TIGA BULAN....kalau tak melepas....


Jenis Bilik & Kadar (ini di PD)...yg lelain sila xplore sendirik k.....

Jenis BilikKadar (Semalam)
Apartmen 2 BilikRM 40.00
Dewan MesyuaratRM 50.00
Dewan MakanRM 50.00
Apartmen jenis VIP (Blok Baru)RM 172.50
Apartmen 3 Bilik (Blok Baru)RM 115.00
Apartmen 1 Bilik (Blok Baru)RM 88.55
Apartmen Studio (Blok Baru)RM 63.25
Banglo 3 BilikRM 150.00


KM 18,
Jalan Pantai,
71050 Port Dickson,
Negeri Sembilan.
Tel: 06-6621558

AMACAM SKARANG..?????.selamat bercoti utk tahun depan pulak k....

21 Disember 2011

$$$$$$ Siri duit baru Malaysia..$$$$$$...

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Disember 21, 2011 3 nota dicatat murid
Berita kat TV3 tadik ada pasal siri duit baru yang akan dicetak dan mula digunakan pertengahan 2012.....sila layan beberapa duit baru dan jgn lupa simpan duit lama buat kenangan dan bermulalah era rm20 kembali semula.......(tapi cikgu luv paling suker gambo duit rm20...mmg cantik.kaler jingga ok.......)







Maths vs Bahasa Malaysia....

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Disember 21, 2011 2 nota dicatat murid

Saya dilatih di MPKTBR (maktab perguruan kuala tganu batu rakit) selama 2 1/2 tahun dlm bidang BM namun bila saya mula posting saya mengajar Maths sehingga ke saat ini..dan semakin bertambah konfiden bila saya mengambil kursus conversion kepada matematik....ditakdirkan Tuhan saya berjaya menyambung pelajaran ...sekali lagik saya diwajibkan amik Pengajian Melayu sebagai major...namun bertuah krn mendapat minor Matematik...as usually..bile exam maths saya skor A(BKN RIAK OK.) cuma nak buat perbandingan...bila exam BM sama ada B+,B-....dan byk kali jugak dpt A.( nak riak lagik....heheheheh)






Frankly speaking saya rasa saya punyer skil utk mengajar Maths lebih drpd mengajar BM....idea saya melimpah ruah bila saya nak ngajo Maths berbanding BM....but i'll try my best tuk ngajar BM dengan sentiasa blaja ngan yg senior dan berpengalaman......namun setiaap hari saya blaja menjadi lebih baik dr semalam.

Saya berpegang pada prinsip :

"Biarlah kita jadi seorang guru yang sentiasa dinantikan kehadirannya dan dirindui kala ketidakhadirannya jgnlah jadi seorang guru yg sentiasa diharapkan ketidakhadiran......"

Disini saya sertakan link utk kenkwn guru @ parents yg nak buat bahan bantu mengajar yg menarik ok....enjoy....http://www.sparklebox.co.uk/


3 teruna @ 3 dara ?

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Disember 21, 2011 6 nota dicatat murid
Ikhmal , Adam & Syazwan
Nur Laila Zafirah , Nur Laila Najihah , Nur Laila Alisya

Telah ditakdirkan Tuhan saya hanya ada 3 orang anak lelaki yg boleh tahan lah nakai nya.....baby girl takdelah jawabnya....tapi Tuhan bagi saya 3 anak sedara pempuan yg kiut miut...(ada lagik beberapaanak sedara pempuan ku yg kiut miut jugak tp yg ni 3 serangkai) ..jadila nak menumpang kasih dan buat belikan baju2 / dress gigirl yg lelawa....

p/s...ada sesapa nak derma anak pempuan .....

AEON Anggun Rawang @ jAYA jUSCO Rawang......saya si ratu JJ

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Disember 21, 2011 3 nota dicatat murid
Ya ampun...punyelah ramai org macam semut kat Aeon Anggun Rawang semasa opening 19 Dis 2011 hari tu.....macam biasa cikgu luv xnak ketinggalan....redah juga dalam jem2 tu....setelah menempuh hampir 40minit perjalanan dari pekan Rawang yang sebenaunya memakan masa hanya 10 minit aje.....akhirnya kami sampai jua ke destinasi syurga membeli belah buat J-card owner.coz banyak benefitnya.....

3 perkataan utk menggambarnya....BESAR...SENAMAN KAKI.....DUIT MELAYANG......tapi cikgu luv suker...coz itu umpama terapi minda.....




Bila my CT NURHALIzA suare serak.....chumelllll

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Disember 21, 2011 2 nota dicatat murid



asyik dengar versi ct yg sedap kan...meh layan suare ct yg sedap gak.....serak2 basah gitu

saya dah ada blog...yuhuuuuu...sila la follow

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Disember 21, 2011 0 nota dicatat murid
alkesahnya......anak2 ku semua ada belog..mana boleh si ibu kalah.....jadi saya pun memulakan karier sebagai penulis blog secara rasminya pada tarikh ini.....saya akan update segala cerita,ilmu, dan pengalaman menarik dari masa ke semasa.....so tunggu......

20 Disember 2011

blog ini baru

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Disember 20, 2011 0 nota dicatat murid
Assalamualaikum w.b.t.....


siapa kata cikgu tak boleh ada blog ? cikgu lagi banyak informasi untuk dikongsikan. sebab itu la saya pun perlu ada blog.


baru nak berblog, kalau salah tolonglah tunjukkan.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea