29 April 2012

Fasha Sandha ♥ Jejai

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Ahad, April 29, 2012 0 nota dicatat murid
Majlis Pernikahan 
Fasha Sandha(28 tahun) ♥ Rizal Ashram Ramli @ Jejai (36 tahun)
Hotel Crowne Plaza
27 APRIL 2012









kredit foto to  ----->ohbulan


♥♥♥Selamat Berbahagia hingga hujung nyawa♥♥♥          






27 April 2012

~Personal Loan~$$$$$

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, April 27, 2012 0 nota dicatat murid

Salam Jumaat semua,

Oklah,hari ini nak bercerita pasal

PERSONAL LOAN a.k.a PINJAMAN PERIBADI...

Kalau dah namanya manusia,x sah lah kalau tak meminjam......org KAYA pun hutang dia berjuta2....

Kalau kerja kerajaan (GOMEN) agak mudah nak mendapatkan kelulusan dengan syarat baki gaji mesti tinggal 40% daripada gaji asal.....

Contoh pengiraannya :
Gaji dan elaun tetap siA = RM3500.00
40% daripada RM3500.00 ialah 40/100 x 3500=1400
so, gaji bersih di dalam slip gaji WAJIB ada RM1400....ini bermakna pinjaman/potongan dalam slip gaji si A boleh sehingga RM 2100
(Faham tak...sila guna kalkulator ini...jgn guna sempoa)


Antara bank2 yang TERHANGAT DI PASARAN LOAN ini ialah:


Bank Rakyat (bank ini umpama mak/bapak angkat org GOMEN ) 3 hari dah LULUS


BSN (ini taraf cam mak sedara angkat) dalam seminggu LULUS


MBSB dan CIMB (raja segala mengOVERLAPkan hutang dan bayaran bulanan masih maintain cam gitu jer)


KUWAIT FINANCE (100% payout)


BANK ISLAM (ini yg paling cikguluv suka..coz buat masa ini interestnya paling rendah dan yang PENTING kat slip gaji X WUJUD pun.......potongan dilakukan melalu SI (standing instruction) maknaya bila dapat gaji tinggalkan amaun yg hendak dipotong oleh pihak bank.


dan banyak lagi bank2 lain turut menawarkan namun interestnya agak TINGGI berbanding Bank2 di atas.


Sekarang TEPUK DADA TANYA SELERA.....nak buat loan.....kerana KEMAHUAN atau KEHENDAK.....lain tau maknanya......ENJOY uols

                                             










26 April 2012

Sebelum jadi cikgu,saya seorang......

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, April 26, 2012 1 nota dicatat murid

Cikguluv memang banyak pengalaman bekerja sebelum menjadi seorang guru.....maklumlah perlu berkerja keras untuk membantu keluarga

Sebelum saya menjadi seorang GURU.....saya seorang...........

SELEPAS SPM (1990/91):

#1 Pekerja pam minyak
~ kerja pam minyak di stesyen minyak PETRONAS Pasar Borong Selayang....
(pengalaman melambakkan minyak di atas motor sorang mamat dan baru kerja seminggu duit short sampai beratus2....so berhenti)

#2 Minah kilang
 ~kerja kilang fishball di Sg Tua
(gajinya berdasarkan berapa banyak kita boleh menggentel fishball dan fishcake itu...sekeping 1 sen..mmg mencekik darah)

#3 Nurse
~sambil itu,di sebelah petang bekerja sebagai pembantu doktor di KLINIK FATIMAH di Selayang Baru (gajinya RM180 sebulan...tapi masa tu rasa cam dapat 1800 jer dan ada satu pengalaman yang agak mengerikan bila doktor menyuruh saya membantu beliau mengkhatankanseorang LELAKI India yang nak masuk Islam...nasib baik doktor tgk muker cikguluv dah pucat..dia kata...siapkan brg2 pastu awak keluar...FUHHHHHH....lega )

cikguluv juga ikut beberapa org kenkawan  pergi interview kat KFC Warta Selayang....namun terpaksa TOLAK kerana dia WAJIBkan pakai skirt pendek......

RESULT SPM KELUAR......SAMBUNG FORM 6 di SMK GOMBAK SETIA


SELEPAS STPM (1992/93):

#1  Juruwang
~kerja cashier di 7-eleven Jalan Kuching......(gajinya agak masyuk juga)

#2  Kerani
~kerani kontrak di Lembaga Peperiksaan Malaysia Jalan Duta (dapat kerja ini selepas mendaftar di Pejabat Buruh)...merasa jadi orang GOMEN ...

#3  Guru kiut miut
~guru sandaran di SK Taman Selayang 2 (bersama Kamsiah,Ezanee...yang kini telah menjadi suami isteri dan kedua2nya cikgu)

#4 Cikgu cun
~ guru sandaran di SMK Taman Melati,KL...(setahun jugalah....mengajar subjek Maths dan Sejarah Tingkatan 1)

      
                                                           

FINALLY,MENDAPAT TAWARAN MASUK KE MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGANU BATU RAKIT

dan kini saya seorang GURU tetap dan berpencen...
namun di dalam pekerjaan saya ini ada berpuluh perkerjaan lain yang saya turut buat
(kerani,nurse,akauntan,peguam,juruteknik,jurulatih,pemandu,makcik cleaner, kaunselor,polis,pengawal keselamatan,pengurus,guru vokal,guru tarian,engineer dll)



p/s: Sebenarnya masa kecik dulu,cikguluv ada beberapa cita-cita.....konon2 nak jadi penyanyi....pastu nak jadi polis.....akhirnya jadi gak penyanyi (dalam kelas)...jadi gak polis (tangkap murid yang buat salah)..i luv my JOB....








23 April 2012

Penafian Skandal

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, April 23, 2012 0 nota dicatat murid
Sekiranya ini fitnah ,maka Kau hukumlah penyebar fitnah itu, namun jika skandal ini benar....pintu taubat masih terbuka.

Anak angkasawan~Sophea Isabella~

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, April 23, 2012 0 nota dicatat murid
Selamat bekerja semua ...... mesti korang kene sindrom 'MONDAY BLUES' ke 'BLUES MONDAY'....whatever la kan......harap2 korang bermotivasi untuk pergi kerja ....macam cikguluv....

Cikguluv nak share tentang puteri kesayangan Dr. Sheikh Muszaphar,Angkasawan negara a.k.a. doktor pakar bedah ortopedik HUKM dan Dr. Halina doktor pakar bius Hospital Selayang.

Betapa beliau ini sangat2 mementingkan apa jua pendidikan awal buat puteri kesayangan mereka ini...yg sangat chumel......iaitu SOPHEA ISABELLA

Seawal usia anak mereka 7 bulan ini,mereka telah train Isabella belajar menari dan berenang.....WOW......i loike....

Tanpa buang masa, mari kita cuci mata dengan foto2 menarik di bawah.......sesi swimming class Bella









sumber foto : fanclub Dr. SM


Yang bestnya....DR. SM memberitahu didalam fbnya.....yg Isabella boleh menahan nafasnya sehingga 7 saat di dalam air......tabek spring untuk baby seusia dengannya....
(siapa belum jadi fan club ....sila klik nama ------>DR. SHEIKH MUSZAPHAR ini.....)
Silalah ajar anak2 korang semua belajar berenang....so nanti senang nak pi mandi manda kat swimming pool hotel......

Layan pula 2 keping foto keluarga bahagia ini.....sangat sweet......



............................................................................................................................................................

p/s: Anak sulung dan kedua cikguluv belajar berenang ikut program kementerian belia dan sukan  selama hampir 3 bulan di Pusat Akuatik Shah Alam. masa 2006 (jgn jeles,PERCUMA ok )...sekarang dah senang.......nak terjun kat mana pun.....x kesah......









21 April 2012

Kenangan Mengusik Kalbu

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Sabtu, April 21, 2012 2 nota dicatat murid
Hari ini tetiba cikguluv terkenang zaman cikguluv kecil-kecil dulu........


Totally different drpd zaman kecil2 anak2 cikguluv........






Antara kenangan mengusik kalbu itu ialah:


#1  pergi sekolah yang sejauh 8@9km dr rumah menaiki basikal besar a.k.a basikal tua yang ada palang tetengah....carry adik lagik kat belakang.....


#2  kena giling cili pakai batu giling , lepas menggiling terpaksa masukkan tangan dalam tong beras (petua nenekku) agar tanganku yg pijau itu sejuk......


#3  ceduk air dari perigi yang digali oleh abahku....pastu biler abah ada duit ,abah pasang pam...so senang sikit..........tapi still guna tulang empat kerat


#4   kene pegi jual kueh keliling kampung......kueh spesial mak masa tu ialah tepung gomak....(kenal tak kueh ni?)..biler dah habis....rasa lega dan riang balik ke rumah....rerupanya ada sebakul lagik menanti......


#5   basuh baju 2 besen besau dengan tangan....bilas 3 kali pulak tu......ya ampun....(kekadang mengelat..bilas 2 kali jer)...dah le pakai air perigi......bayangkan baju tuk 11 orang.


#6   belajar makan pedas/sambal sedari umur 5 tahun...kata abah...senang mak masak 3 jenis lauk jer...sayur,sambal,ikan.......


#7   menjelang maghrib, mula pasang lampu gasolin.....berdua dengan adik cikguluv mengepam sampai mentolnya kuarkan cahaya.........


#8   mengaji ngan abah sambil berlinangan air mata......padahal efek suara abah yang kuat dan libasan rotan atas lantai jer....x kene pun....


#9  belakang rumah dah macam mini zoo....ayam,itik,angsa,kambing......ular ngan biawak pun sesekali datang buat lawatan sosial


#10  yang ini paling BEST.......boleh dikatakan hampir setiap tahun atau 2 tahun sekali ,kami akan naik keretapi (kelas 3) siap gantung buai dlm ketapi tu....pegi SINGAPURA ...kerana melawat nenek SITI di sana......
(kami dari kecik dah kenal Woodland,Pulau Sentosa,lrt)


Segala kenangan ini memang tak akan hilang dari benak fikiran cikguluv...........dan selalu ceritakan kepada anak2 agar diamenghargai segala kemudahan di depan mata mereka kini....cuma anak2 cikguluv x sampai lagik ke Singapore..hahahahahahha........insya Allah akhir tahun ni kita pegi ya.




   ~Pengalaman hidup banyak mengajar cikguluv matang....~









20 April 2012

FITNAH

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, April 20, 2012 0 nota dicatat murid

Assalamualaikum dan Salam Jumaat semua,

Wah ....tetiba tau di penghulu hari ini cikguluv nak bercerita tentang FITNAH......

Kalau mengikut kamus Dewan , FITNAH membawa maksud tuduhan (khabar, kisah, dll) yg diada-adakan (dibuat-buat) utk memburukkan atau membencanakan seseorang.

Dalam Islam juga ada menyebut Fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh.......

Korang pernah kene FITNAH tak?
Cikguluv pertama kali kene FITNAH semasa duduk asrama form 3 dulu.....ketua dorm (x ingat dah sapa namanya) telah melaporkan kepada warden yang cikguluv mencuri duit seorang rakan sebilik sebanyak RM7 ke RM8.....(masa tu nilai ini besar jugak kan). Parent cikguluv diminta mengganti duit itu ,namun dgn TEGASnya cikguluv cakap JANGAN.....coz memang cikguluv x ambil.....sehingga mereka mendesak sekiranya famili cikguluv x membayarnya maka sijil berhenti sekolah dan SRP cikguluv tidak akan diserahkan.(Masa tu dah dekat nak SRP dan cikguluv memang memohon utk keluar dr sekolah itu).Sehingga lah akhirnya cikguluv dengan BERANI dan YAKIN telah bersumpah dengan NAMA ALLAH sekiranya cikguluv mengambil duit itu.....maka GAGAL lah SRP ku......(ketika itu , sekiranya kita gagal BM dan MATHS ,maka kita dikira GAGAL dalam SRP)....
Walaupun cikguluv yakin dengan sumpah itu,namun dalam hati sangat CUAK kerana masa tu memang x berapa nak belajar pun......namun KUASA ALLAH mengatasi segalanya.....cikguluv yang tak berapa belajar semasa itu telah lulus dengan agak baik dalam SRP 88'.......

Moral of the story: Siasat lah dengan bijaksana dan sedalam-dalamnya sebelum tuduhan a.k.a. fitnah dilemparkan kepada seseorang. Kerana implikasinya sangat mengguriskan. Bukan sekejap namun selamanya.



p/s : Dah jadi cikgu ni pun, pernah kena fitnah gak.....tapi cikguluv A.A.K. kan haje......ALLAH tu Maha Adil......"u do u pay it .....in cash". Wallahualam.



18 April 2012

Keluarga Besar Saya

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, April 18, 2012 4 nota dicatat murid
Assalamualaikum semua......


Entri ini cikguluv terbitkan (wah cam wartawan plak) memandangkan sekarang tak ramai keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang ramai......like keluarga cikguluv.....


Kami semua akan selalu mengenang jasa dan pengorbanan seorang EMAK ♥ ABAH yang menyara kami 9 orang anak-anaknya....
(cikguluv merasa hidup SUSAH tolong mak jual kueh keliling kampung tapi kami selalu dapat makan ayam coz abah ada reban kat belakang rumah....tq abah dan kami boleh dikatakan 2 tahun sekali akan ke Singapura kerana nenek (mak kami punyer mak menetap di Woodland) but now....kami dah beso panjang ..masih x sampai2 lagi ke Singapore....kesian betul lah)


Memperkenalkan ahli keluarga cikguluv :

Emak & Abah
(Hajah Zainab Hannifah & Haji Abdul b. Hassan)
suri rumah / pesara polis



Anak sulung ~ Zanariah bt. Hj. Abdul a.k.a cikguluv

Zanariah bt. Hj. Abdul ♥ Mohamad Yusof b. Zakaria =
 Muhd Ikhmal Faiz (15) 
Muhd Adam Haziq (12) 
MuhdHafez Syazwan (10)

Anak kedua ~ Azmi b. Hj. Abdul

Azmi b. Hj. Abdul ♥ Darina bt. Jusoh =
Aminuddin (12)
Nurul Ain Natasya (11)
Nurul Ain Sabihah (6)
Izzuddin (3)

Anak ketiga ~ Norhayati bt. Hj. Abdul

Norhayati bt. Hj. Abdul ♥ Edy b. Iksan=
Nur Laila Zafirah (8)
Nur Laila Najihah (6)
Nur Laila Allisya (1)

Anak keempat ~ Jalilah bt. Hj. Abdul

Jalilah bt. Hj. Abdul ♥ Harizal Bt. Harun= 
Andriy Mikhael (5)
Camelia Zulaikha (2)
(sorang lagi on d way bln Ogos ini)

Anak kelima ~ Ibrahim b. Hj . Abdul

Ibrahim b. Hj Abdul ♥ Roslinda =
Rania Maisarah 

Anak keenam dan ketujuh ~ Habibah & Khadijah bt. Hj . Abdul 
(mereka ini kembar tidak seiras)

Khadijah bt. Hj. Abdul  Safirul Amar b. Hj. Azmi=
Qayyum Rayqal (2)
Sofiyyah Az Zahra 


Anak kelapan ~Halimatun Sa'adiah bt. Hj. Abdul

Anak kesembilan ~ Siti Rohani bt. Hj. Abdul

#Tiada dalam gambar ialah Khadijah sekeluarga kerana tinggal di Melaka#


p/s: Nama anak2 buah cikguluv kalahkan artis tau......i LOIKE uols.
Cikguluv anak sulung dan merupakan menantu bongsu di dalam family suami.....so saya lah KAK LONG,saya juga Mak Usu dan Nek Su.how suweett......   



17 April 2012

'Ice Princess' in the hijab

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, April 17, 2012 0 nota dicatat murid

Siapa kata sebagai seorang MUSLIM kita tidak boleh bersukan......

Ini adalah buktinya .... apa jua jenis sukan yang selama ini agak JANGGAL.....sebenarnya boleh direalisasikan.....



'Ice Princess' in the hijab

~ Zahra Lari~
berasal dari Emiriah Arab Bersatu
berusia 17 tahun
bersaing dengan 50 skaters dalam PIALA EROPAH
pernah tersenarai dalam 15 skaters teratas 



p/s: Islam itu indah......dan tiada apa yang membataskan kita asalkan tahu menjaga kesucian agama kita.  Wallahualam.....



16 April 2012

Make Over

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, April 16, 2012 2 nota dicatat murid


Betapa canggihnya teknologi sekarang apabila sebuah laptop telah meMAKE OVERkan cikguluv....yang dimakeup light2 jer oleh Team Cosway


Khas buat tatapan pembaca blog cikguluv......silalah mencuci mata ngan PENIPUAN GAMBO cikguluv ini.......hahahahhahaha.....betapa licinnya kulitku yang sawo matang ini.......I LOIKE ♥♥♥


Model : cikguluv


Make-up by : Cosway Team


Photo by : Profesional Photographer upahan Team Cosway











Camne??? Jangan meleleh airmata darah udah ler......hahahahahha.....bkn apa cikguluv pun cam x caya ini muker cikguluv setelah dimake over....dan untuk pengetahuan semua gambo ini diambil pada tahun 2010 dan 2011....dah 2 tahun cikguluv peram dlm lemari....bkn tak nak bagi org tengok..tp takut buzy plak pas ni jadi model....hahahahahahha....Enjoys uols.....


p/s: Ada kenkawan yg datang rumah tgk gambo kawen cikguluv , depa kata muker i cam ramlah ram la....ziana zain lah.....noraniza idris la......tapi xde sorang ckp cam ct nurhaliza.....frust akak dek non......hahahahahahha







13 April 2012

10 terkaya di Malaysia

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, April 13, 2012 0 nota dicatat murid

Salam Jumaat semua,

Macamana ya rasanya kalau jadik ORANG KAYA.....itu kata org yang tak KAYA......
sebaliknya 
Macamana ya rasanya jadi ORANG SUSAH......kata org KAYA pulok.......
(Dunia ini tidak semuanya SEMPURNA...ini adalah mukadamidah bagi entri cikguluv hari ini...)

Oklah hari ni....cikguluv telah membeli magazine yg umur2 cikguluv ni xkan beli dah....tapi hati I kan always MUDA.....
i beli URTV uols......jgn marah ok...hanya kerana ada gambar myluv....

Dato' Siti Nurhaliza.......



So,berbalik kepada tajuk yang hendak dibincangkan di atas.....ialah di dalam majalah URTV ini adalah artikel pasal 10 orang TOP10 terkaya di Malaysia......(bilalah kiter nak tersenarai ya.....)




Mereka ialah:

# 1
ROBERT KOUK (RM45.7 billion)
~kekal PALING KAYA sejak 2006 (cuma jumlah kekayaan menurun sedikit)
~berjaya dalam bisnes gula,minyak kelapa sawit,perkapalan,hartanah.

# 2
T.ANANDA KRISHNAN  (RM42.99 billion)
~berjaya dalam bisnes MAXIS dan U-MOBILE

# 3
TAN SRI TEH HONG PIOW (RM12.64 billion)
~berjaya dalam bisnes perbankan (PUBLIC BANK)

# 4
TAN SRI LEE SHIN CHENG  (RM11.36 billion)
~pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia
~pengasas IOI Group

# 5
TAN SRI SYED MOKHTAR ALBUKHARY  (RM9.53 billion)
~berjaya dalam bisnes mengendalikan pelabuhan dan lapangan terbang di JOHOR BHARU
~pembekal PADI BERAS NASIONAL
~memiliki HARRODS di KLCC

# 6
TAN SRI QUEK LENG CHAN  (RM8 billion)
~pemilik HONG LEONG BANK,EON CAPITAL
~berjaya dalam bisnes simen,keluli dan konkrit

# 7
TAN SRI LIM KOK THAY  (RM7.58 billion)
~pemilik GENTING GROUP
~jumlah kekayaan menurun hampir 30% drpd tahun sebelumnya

# 8
PUAN SERI LIM KIM HUA (6.58 billion)
~Ibu kepada TAN SRI LIM KOK THAY 
~juga mewarisi harta kekayaan GENTING GROUP

# 9
TAN SRI TIONG HIEW KING  (RM6.41 billion)
~berjaya dalam bisnes perhutanan,penanaman semula dan media

# 10
ONG BENG SENG  (RM4.92billion)
~jutawan Malaysia yang memiliki GRAND PRIX FORMULA ONE SINGAPORE


...............................................................................................

p/s: Siti Nurhaliza juga tersenarai dalam artis TERKAYA di Malaysia ye......



9 April 2012

Air Mineral -vs- R.O. Water

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, April 09, 2012 0 nota dicatat murid


Apa khabar semua....?
Pejam celik....pejam celik.....dah bulan April 2012 kan......cepat betul masa berlalu....


Entri kali ini ,cikguluv terpanggil untuk menulis selepas anak2 cikguluv yang balik dari kem motivasi bagitau penceramah tu kata...


Seorang manusia perlukan SAKTI


S - sayur / susu

K - air kosong (8 gelas sehari )
T - telur
I - ikan tongkol


So,hari ni cikguluv HANYA nak bercerita tentang :
Apakah BEZA di antara AIR MINERAL & DRINKING WATER a.k.a R.O water
(maybe ada yang dah tau...anggaplah korang tambah ilmu)


Mesti ramai yang ingat kedua2 air ini SAMA kan....tidak sama sekali......bagai laut dengan sungai bezanya......(maknanya sama tapi tak serupa)


Untuk mengenali yang mana satu air mineral :


1.      Tutup tudungnya WAJIB warna biru atau hijau
2.       Lihat pada botol....sumber air didapati WAJIB dari sesebuah tempat (disebut lokasi di mana tempat air itu digali dan diambil...dengan kata lain air mineral mesti datang dari bawah tanah)






Manakala untuk mengenali drinking water a.k.a.  RO water :
1.      Tutup tudungnya WAJIB warna putih

2.       Lihat pada botol....sumber air didapati WAJIB dari SYABAS (atau dikenali sebagai air paip yang telah ditapis ...osmosis terbalik a.k.a reverse osmosis.






So,korang decide sendiri...setiap kali membeli air ini...sama ada nak pilih tutup biru atau putih....dan kena ingatkan anak2 dan ahli keluarga yang lain....bkn semua air di dalam botol ialah AIR MINERAL......


p/s: Di rumah kita minum air paip yang telah dimasakkan...so tak salah kalau bila kita beli....pilihlah air mineral...sekiranya kiter ada pilihan....Mineral sangat penting dalam badan manusia.







4 April 2012

Cara Nak Kira PENCEN

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, April 04, 2012 0 nota dicatat murid


~PENCEN~

Kalau dikira pejam celik.....pejam celik.....lagi 21 tahun cikguluv nak ke alam pencen...harap2 sampailah....takut sampai ke alam barzah dulu.......takutttttttt
Ya Allah .....panjangkanlah umur hambaMU ini.....

Jangan marah ok......biasalah cikguluv suker memandang KE HADAPAN dan tidak suka PANDANG BELAKANG......Insya Allah jika diizinkan Allah panjang umur kita......merasa la kita duit PENCEN.....


Nak bagi korang GIGIH bekerja dan tidak terkilan kerana DIPAKSA pencen 60 Tahun......
(P/S : nanti sila isi 150 hari gantian cuti rehat sebagai anggapan byk coti rehat yg tidak diambil ok)


SILA
TEKAN 
|
|
|
V


~Wow...agak banyak jugak kan..boleh lah nenek buat swimming pool buat TERAPI TULANG lepas balik sembahyang kat masjid dgn atuk haji.....hahahahahahah....~

ENJOY uols......



Boleh Refill air ke?

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, April 04, 2012 2 nota dicatat murid


Assalamualaikum semua......

Wah kemain ceria korang ya...terutama kakitangan GOMEN...tak sabo2 lah tu nak nunggu bulan April....

Oklah hari ini,cikguluv nak kongsi satu lagi rahsia yang ramai kenkawan tak tahu...ataupun cikguluv yang baru tahu..hahahahahha............tak kesah la kan......

Pernahh tak korang pergi restoren FASTFOOD dan menyedari mereka menyediakan perkhidmatan REFILL @ TAMBAH air minuman a.k.a air berkarbonat.....

Kan dah kata ...korang x kesah kan.......marilah cikguluv kongsi rahsia beberapa restoren yang menyediakan perkhidmatan AMAL JARIAH ini....

1.   Mc Donald
2.   Nando's (ice lemon tea lagik )
3.   Burger king
4.   Chilli's
5.   Carl jr

Untuk pengetahuan korang ....mereka tidak mencanangkan kepada customer tentang meREFILL air ini....korang sendirik kene ALERT dan perasan sendirik......

So, lepas ni kalau pi restaurant FAST FOOD di atas.....sila beli secawan jer.....walaupun bawak member satu kampung .......hahahhahahahaha.....ENJOYS uols.....







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea