31 Mei 2012

Majlis Aqiqah Puteri Mawi & Ekin

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mei 31, 2012 0 nota dicatat murid



Tanggal 28 Mei 2012....Bertempat di banglo milik Asmawi Ani (Mawi) dan isterinya, Nor'Asikin Rahmat (Ekin) telah berlangsung majlis kenduri doa selamat dan tahlil ringkas buat puteri tercinta, Cahaya Malaika .

Puteri sulung milik pasangan Mawi itu kini sudah memasuki usia tiga bulan selepas selamat dilahirkan pada tanggal 28 Februari lalu.

"Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini," ujar Mawi di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Buat tatapan mereka yang pernah menjadi peminat fanatik Mawi....2 foto famili Mawi.....





30 Mei 2012

..:Spa Time:..

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Mei 30, 2012 0 nota dicatat murid

Seharian cikguluv memanjakan diri 
~Urut,Facial,Lulur,Sauna,Masker,Mandi Bunga~
di

ZEST BEAUTY SPA 
RAWANG
(lokasinya sebelah SAKAN,berhadapan Tesco Rawang)











Silalah bekunjung kesana....anda pasti puas hati.........

Untuk keterangan lanjut dan appointment call  0172650306 (Siti Mastura)




29 Mei 2012

♥Kesayangan♥

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Mei 29, 2012 4 nota dicatat murid

Kamu adalah HARTAKU di dunia dan akhirat 
Semoga jadi insan yang BERGUNA kepada agama,bangsa dan negara.....AMIN
Kamu  ialah :
Muhammad Ikhmal Faiz (Mac 1997)
Muhammad Adam Haziq (Ogos 2000)
Muhammad Hafez Syazwan (Jun 2002)


















26 Mei 2012

Puding Caramel siap dalam 2 minit saja....

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Sabtu, Mei 26, 2012 4 nota dicatat murid

Tetiba tau cikguluv jadi chef hari ni......resepi hari ini ialah 

CREAM CARAMEL yang 2 MINIT dah siap

Bahan2 nya ialah :

#1 Caramel Amway (harganya RM13 untuk 2 hidangan )boleh order daripada saya...hehehhe
#satu hidangan utk 20 bekas dadih

# 2  Susu Segar




    



 

 

tadaaaaaaaaaaaa....siap.......sangat senang okey......silalah buat...sebelum tu order dulu CARAMEL keluaran AMWAY itu ya.



23 Mei 2012

Seorang wanita itu suka........

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Mei 23, 2012 0 nota dicatat murid

Seorang wanita itu suka BUNGA

Seorang wanita itu suka COKLAT

Seorang wanita itu suka BARANG KEMAS

Seorang wanita itu suka MUZIK

Seorang wanita itu suka MINYAK WANGI

Seorang wanita itu suka BERCUTI

Seorang wanita itu suka HANDBEG DAN KASUT

Seorang wanita itu suka TERTAWA

Seorang wanita itu suka  FILEM ROMANTIK

Seorang wanita itu suka KATA-KATA ROMANTIS

Seorang wanita itu suka DIMANJA


Seorang wanita itu suka DISAYANGI


DAN 


Seorang wanita itu sangat-sangat suka bila insan tersayang sering berkata kepadanya  "Saya sayang ,sayang"

adakah kamu "Seorang wanita itu"..........dan 95% ciri-ciri "Seorang wanita itu" ialah saya.












22 Mei 2012

Reward myself with........

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Mei 22, 2012 3 nota dicatat murid

Teringat kata-kata arwah sahabat cikguluv iaitu Shahrul Faris "dah kerja penat2 pakai sandal 10 hengget jer ke...kalau nak pakai sandal pun pakai yang ada brand dan comfort"

So sempena Hari Ibu & Hari Guru ini....i reward myself dgn intan berlian.....hahahahaha,sila jangan jeles dan jgn cakap cikguluv riak .

Actually cikguluv dah aim lama satu diamond ring ni....wah citer nak meletops ajer.....hage asalnya rm 1k ++,tapi bila dah diskaun 50%....jadi ler 5 ratus lebeh sajer......berbekalkan emas2 lama yg dah tak pakai.....so i trade in kan aje and juz tambah dlm rm200 ....and now its mine......
Kalau org laen beli berlian beribu2 lemon ,tapi jadilah dapat yg murah punya asalkan habib okey...hahahahaha







17 Mei 2012

24,053 guru naik pangkat...dan itu bukan saya....

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mei 17, 2012 0 nota dicatat murid


KUALA KANGSAR 16 Mei - Seramai 24,053 guru lepasan ijazah dan diploma di seluruh negara yang memenuhi syarat tempoh perkhidmatan akan menikmati kenaikan pangkat mulai 1 Jun hingga 31 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, kenaikan pangkat tersebut melibatkan 8,222 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Siswazah dan 15,831 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma.

‘‘Guru-guru boleh membuat semakan di laman web Kementerian Pelajaran mulai hari ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Dewan Jubli Perak, di sini hari ini.

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah gred DG41 hanya memerlukan lapan tahun untuk kenaikan ke DG44, 
lapan tahun (DG44 ke DG48), 
enam tahun (DG48 ke DG52) 
manakala hanya tiga tahun (DG52 ke DG54).

bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma pula, 

pemegang gred DGA29 hanya memerlukan lapan tahun untuk ke DGA32, 
lapan tahun (DGA32 ke DGA34) dan 
lima tahun (DGA34 ke DGA38).


Nak check korang naik pangkat tak...klik disini----->saya naik pangkat tak?


Muhyiddin berkata, lanjutan pengumuman Perdana Menteri itu, 390 guru telah dinaikkan pangkat ke gred DG54, 676 (DG52), 3,938 (DG48) dan 19,805 (DG44).

‘‘Bagi Guru Bukan Siswazah pula, seramai 399 dinaikkan ke gred DGA38 manakala 2,639 (DGA34) dan 9,519 (DGA32)," katanya.

Selain itu, kata beliau, proses kenaikan pangkat pengetua dari gred DG48 ke DG52 dan penolong kanan dari DG44 ke DG48 telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran.

Setakat ini, kata beliau, 854 pengetua telah dinaikkan pangkat dari DG48 ke DG52 manakala 4,270 penolong kanan telah dinaikkan pangkat dari DG44 ke DG48.

Kenaikan pangkat itu kata Timbalan Perdana Menteri, melibatkan pengetua dan penolong kanan yang merupakan penyandang sedia ada sebelum atau pada 31 Disember 2011 serta yang memangku jawatan sebelum atau pada 31 Disember 2010.

‘‘Bagi penyandang jawatan penolong kanan gred DG48 ke gred DG52 seramai 430 orang dan baki penyandang jawatan penolong kanan gred DG44 ke gred DG48 iaitu seramai 2,655 akan diperakukan secara berperingkat mulai Jun 2012 setelah memenuhi syarat ditetapkan," katanya.

Menurut Muhyiddin, peruntukan sebanyak RM934 juta bagi urusan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan membuktikan kesungguhan kerajaan memberi pengiktirafan kepada usaha para guru dalam membentuk modal insan berpersonaliti unggul.


p/s: Sahabatku semua .....teruslah mendidik tanpa kenal erti jemu ..... jika ada rezeki kita insya Allah kita akan dapat apa yang kita usahakan......Jangan asyik bertanya apa yang ORANG sumbangkan kepada kita TETAPI ....selalulah bertanya dengan diri sendiri apa yang kita SUMBANGKAN kepada ORANG lain......luv uols....





16 Mei 2012

Aku Bukanlah Superman......

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Mei 16, 2012 0 nota dicatat murid

Ayahku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata ayah selalu, jadi cikgu senang
Cukup bulan dapat gaji saja
Tapi rupanya bila ku rasa
Mampu pakai Proton saga

Ibuku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata ibu selalu, jadi cikgu senang
Nanti kau asyik cuti saja
Tapi rupanya bila ku rasa
Cuti pun datang sekolah

Aku bukanlah SUPERMAN
Aku juga bisa nangis,bila murid-muridku
tidak mendengar kataku.

Datukku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata datuk selalu, jadi cikgu senang
Nanti kau akan dipuja-puja
Tapi rupanya bila ku rasa
Cikgu pun nyaris kena saman

Nenekku selalu berkata padaku
Jadilah engkau seorang CIKGU
Kata nenek selalu, jadi cikgu susah
kau tak akan jadi KAYA

Rupa-rupanya baru ke sedar
Cikgu janya Jutawan Akhirat......


Aku bukanlah SUPERMAN
Aku juga bisa nangis,bila murid-muridku
tidak mendengar kataku.


(ikut lirik Aku Bukan Superman)






p/s:cikguluv cipta lirik lagu ni dan nyanyi lagu ini bersama geng2 Tahun 4 semasa persembahan HARI GURU 2010.....







15 Mei 2012

Hari Ibu bersama Dato CT Nurhaliza

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Mei 15, 2012 0 nota dicatat murid

Mesti korang jeles ngan tajuk cikguluv ni kan......bkn tipu okey....BENAR BELAKA

Tapi...bkn saya yang pergi....tapi yang dapat pergi adalah Cik Kekasih (bukan nama sebenar) bersama Naruto(juga bukan nama sebenar).....dapat complimentary tickets......untuk ke majlis Sambutan Hari Ibu @ Grand Dorsett Shah Alam........

Ini buktinya.......








Dan biler balik....mereka telah HADIAHKAN souvenier kenang-kenangan ini buat cikguluv yg mmg fanatik CT....tq uols.....






p/s: Kata cik kekasih ct cantik sangat2 dan body dia x debab @ chubby cam dlm gambo....menambahkan kejelesan di hati cikguluv......sob...sob...sob......










12 Mei 2012

Maafkan orang mak......

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Sabtu, Mei 12, 2012 2 nota dicatat murid

Masa kecik2 dulu tak pernah pun kami adik beradik sambut apa2 hari pun...semenjak 9 beradik kami dewasa ini barulah kami mula menyambut Hari Ibu dan harijadi mak dan abah kami......

Sempena Hari Ibu ini, saya nak kongsi cerita tentang Emak saya.......

Inilah kisah mak saya :

Emak saya bernama Zainab binti Haniffah.....sebenarnya nama dalam surat beranak mak saya ialah Zainbu....al-kesahnya polis masa zaman tu tersalah tulis...mak saya naik turun mahkamah untuk menukar nama tersebut.


Emas saya dilahirkan pada 18 Disember 1950 di Bukit Duyong,Melaka. Beliau dibesarkan oleh neneknya. Mak belajar sehingga LCE...itu sebab mak saya agak bijak juga...maklumla zaman dahulu ramai yang tidak mendapat pendidikan sempurna kerana taraf hidup rendah.


Mak saya bercinta dan berkahwin dengan ayah saya yang ketika itu merupakan seorang polis hutan.Ketika usianya 23 tahun , mak melahirkan saya....kata mak dia mengalami kesakitan dan kesukaran melahirkan saya selama 3 hari 3 malam ,namun akhirnya pada 18 Ogos 1973 saya dilahirkan secara normal....dan ketika itu abah saya bertugas di pedalaman Sarawak.


Dek kerana tugas ayah saya sebagai seorang polis hutan..memaksa abah selalu meninggalkan mak membesarkan saya dan adik beradik yang lain keseorangan......biasanya abah akan bertugas di hutan sehingga 5 , 6 bulan........bayangkan mak saya keseorangan membesarkan kami dalam keadaan hidup yang agak sderhana...(tidakla susah sangat)


Namun, semakin hari ,bilangan ahli keluarga bertambah sehingga la adik saya yang ke-9....hidup kami dgn berbekalkan gaji abah rm500....belum tolak advance yg telah diambil...membuatkan mak membantu dgn cara membuat kueh dan kerepek. Mak saya sangat pandai memasak terutamanya asam pedas dan dalca. Tapi SPECIALnya mak saya pandai buat DODOL asli Melaka. 


Tiada apa yang lebih istimewa daripada mempunyai seorang emak yang banyak bersabar dengan kerenah 9 anak dan 6 menantu beserta 16 orang cucu. Adatlah emak mana yang tidak membebel...tanpa bebelannya tak mungkin kita bisa jadi insan sempurna. Seorang ibu marah dan menegur kita kerana dia sayang...hari ini dia marah ...esok2 dia akan lupa. 


Saya pernah membuat kesalahan BESAR kepada mak saya......dan ramai juga yang membuat kesalahan ini.....antaranya...melawan cakap mak...menipu mak......menyakitkan hati mak.....tapi MAK tetap maafkan saya......


Sekarang lutut kanan  mak saya berada dalam keadaan yang tidak mengizinkan beliau untuk bergerak secara cergas....namun kami tetap menggembirakan beliau....Sekiranya mak teringin nak beli langsir atau kain ela, kami  carik tempat yang ada tangga bergerak....walaupun jauh tempatnya.....kalau mak nak bershopping....kami akan ambil kerusi roda dan menolaknya sambil beliau window shopping.


Seorang mak perlukan perhatian anak2 nya di saat tua mereka. Saya percaya kalau kita buat baik kepada kedua ibu bapa kita , Allah akan membalasnya. Doa saya agar mak saya dipanjangkan umur dan diberi kesihatan yang baik. Mak akan di operate pada bulan Julai nanti......kami akan bergilir2 menjaganya.....kalau dulu mak yang membasuh berak kencing kami...biarlah kami membalas segala jasa mak itu. Walau saya bisa memberi mak segunung intan, saya masih tak dapat membalas jasa mak saya .


SELAMAT HARI EMAK buat EMAK kami Hajah Zainab bt. Haniffah dan Al-Fatihah buat arwah ibu mertua saya , Puan Fatimah bt. Maiman









11 Mei 2012

Hadiah Hari Guru

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Mei 11, 2012 0 nota dicatat murid


Hari ini cikguluv nak bercerita tentang hadiah-hadiah yang cikguluv pernah dapat sempena HARI GURU

                                                     

Selama hampir 16 tahun cikguluv mengajar....bayangkan setiap tahun dapat hadiah....bukan 1,bukan 2...tapi kenkadang 2, 3 plastik......(setiap hadiah itu ada kenanganya tersendiri.)

Tipulah kalau sorang cikgu tu kata dia tak suka dapat hadiah...org lain nak dapat hadiah kene tunggu hari jadi...itupun satu dua jer hadiah dapat kan,.nasib tak baik....satu pun tak dapat....tapi inilah satu kelebihan menjadi seorang GURU....


kami tak minta...tapi mereka-mereka yang menghargainya......

Antara hadiah-hadiah yang menjadi kenangan terindah dalam hidup cikguluv ialah :
(hadiah yg lain2 tu indah juga dan ada yang agak mahal ,namun yang tercatat  di bawah ini buat cikguluv teringat sehingga saat ini)

~Sabun mandi,sabun cap kapak,sabun Fab,kain batik dan tudung mak depa punya kot(semasa praktikum di SK Rhu 10,Merang,Terengganu.Ini adalah perkampungan nelayan.So sweet....mereka nak juga hargai cikguluv yang ketika itu tgh sweet 20th....

~Sebuah kotak yang dibalut cantik dengan kertas minyak jer.....buka2 dalam tu ada pen merah yang cam dah habis dakwat...tertulis dari anak muridmu....kenang daku dalam doamu......(sweet sangat sampai air mata bergenang)


~Kek coklat yang chumel jer tapi ada tertulis 'Saya sayang cikgu'......

~Cupcake yang ada tertera nama cikguluv

~Karipap satu tupperware....

~kad ucapan yang tertulis.....'saya sayang cikgu.....kerana saya mula suka belajar Matematik sekarang'.....(Alhamdullilah......dalam hati cikguluv)


Dan ini adalah antara koleksi yang masih setia dalam lemari cikguluv




 



p/s: Cikguluv selalu pesan dengan anak murid ..... takpayah membazir duit beli souvenier kat kedai RM2 tu untuk beli hadiah...kalau nak beli jugak,belikan cikgu sebatang pen......cikgu lagi SUKERRRRR.







10 Mei 2012

Apalah erti Hari Guru tanpa......???

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Khamis, Mei 10, 2012 0 nota dicatat murid


16 Mei......
Selamat Hari Guru 
buat semua yang
pernah mengajar walau sebaris ayat.........
tidak semestinya HANYA yang bergelar CIKGU sahaja....

Terimalah sajak SUPER SPONTAN cikguluv.....


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......GURU


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......MURID


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......KAD UCAPAN


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......LAGU 'KAMI GURU MALAYSIA'


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......SUKANEKA


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......PERSEMBAHAN GURU


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......JAMUAN 


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......DOA KALIAN


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......INGATAN DARI ANAK DIDIK


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......KALIAN SEMUA


Hari Guru ini tiada ertinya tanpa......SEMUA INI.....


DAN TERASA KOSONG sahaja......

Terimalah KOSONG........dari seorang anak murid Form 5 ..dak Najwa Latif
|
|
|
V




p/s: Tema Hari Guru 2012 : Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara







8 Mei 2012

Bila aku sudah tiada.....

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Mei 08, 2012 0 nota dicatat murid

Alhamdullilah untuk kesekelian Jumaatnya nyawa ini masih belum bercerai dari jasad ini........
Dalam minggu ini ada beberapa berita kematian di kalangan rakan guru, ibu anak murid dan BOB KUMAN yang singgah di telinga cikguluv.....Bila mengingati kematian...diri ini terasa INSAF dan betapa kecil diri ini disisiNYA.

MATI ITU PASTI.....andaiku tahu kapan bila ajalku......ku akan memohon Tuhan tolong panjangkan umurku......Dengan bakat semulajadi yang ada pada diri cikguluv.....terimalah sebuah sajak spontan ini....


Bila aku sudah tiada .......

Bila aku sudah tiada....
Andai kamu semua merinduiku....sedekahku Al-Fatihah

Bila aku sudah tiada....
Andai ada kenangan pahit antara kita ...harap lenyapkannya

Bila aku sudah tiada....
Andai ada kenangan manis kita ...sematkan di jiwa kalian selamanya

Bila aku sudah tiada....
Andai ada dosaku kepada kamu walau sedikit...maafkan aku....

Bila aku sudah tiada....
Andai ada dosa kamu kepadaku sebesar manapun.....telah lama aku maafkan.....

Bila aku sudah tiada....
Hanya ini yang menjadi kenangan buat pengubat rindu kalian semua....

Nukilan rasa : cikguluv 1.20pm/4-5-12

















7 Mei 2012

SEMAKAN UPU SESI KEMASUKAN 2012

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, Mei 07, 2012 0 nota dicatat murid
SEMAKAN KE UNIVERSITI DAN POLITEKNIK.......

|
|
|
V

@



~SELAMAT MENJADI MAHASISWA~







4 Mei 2012

Scha ♥ Awal

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Mei 04, 2012 0 nota dicatat murid
~ Majlis Pernikahan ~

Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya (SCHA)
&
Awaludin Shaari (AWAL)

Pullman Putrajaya Lakeside
4 Mei 2012



Scha ♥ Awal





                   









FOTO kredit to --->ohbulan & rotikaya


SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA HUJUNG NYAWA










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea