27 Februari 2012

Bawaku pergi | Zizan & Kaka

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, Februari 27, 2012 2 nota dicatat murid
                                                                   




Kamus untuk lirik lagu ini :
pacu - berlari /bergerak deras @ laju
buku merah -passport
teruja -timbul minat
berceloreng - comot @ berconteng 
aib - memalukan 
bopeng -semacam parut yang berupa lekuk-lekuk kecil pada kulit
yeti - sejenis makhluk besar yg berbulu lebat, seakan-akan manusia, yg dikatakan wujud di pergunungan Himalaya.

kamus ini dirujuk daripada --->Kamus DBP



Lagu ini bermain-main dibibirku .....namun, persoalannya

LIRIKnya
bukan double meaning lagi......tapi bermeaning2, maybe maknanya seperti di bawah :

1. budak perempuan ajak kawin lari (bawa aku pergi & tengah malam nanti)
2. cerita fairy tales yang kunun-kunun macam cerita RAPUNZEL (terjun dari loteng & kisah dongeng)
3. seolah2 pasangan ini nak bercuti ke luar negara (buku merah & salji)
4. mereka ini di alam bunian kot 
5. mereka merempit ke negara Thai (aku pacu,engkau bonceng)
6.  pemergian mereka diRAHSIA kan daripada ibubapa dan sesiapa (jangan bilang mama dan sesiapa)
7. ataupun ini hanya khayalan seorang gadis yang tengah mabuk bercinta

dan aku yang berfikiran POSITIF ini membuat kesimpulan yang lirik ini membawa makna :

Ada seorang budak perempuan yang kaya raya 
dan 
dia kesunyian, mengharapkan seorang lelaki idamannya datang dalam mimpinya 
dan 
membawanya lari seperti seorang putera raja yang naik kuda versi motor DUCATI
dan 
jejaka itu mampu memberikan gadis itu sepenuh kasih sayang seperti yang dia idamkan
dan
LIRIK LAGU INI HANYA SEKADAR SEBUAH MIMPI SAHAJA


~Sekian Terima kasih~
Sila selami lirik yang cikguluv sertakan di bawah...enjoyssss




Bawa aku pergi , pacu laju-laju
Kita lari dari realiti
Bawa aku pergi, pacu laju lagi
Malah kita tak perlu kembali

Tengah malam nanti, tolong jangan lupa
Jangan mungkir janji , aku dah teruja
Sudah cukup lama , aku tunggu saat ini
Sejak kali terakhir kau hantar pulang
Hidup sungguh sepi

Tolong jangan bilang mama
Tolong jangan bilang papa
Malah jangan bilang teman karibmu
Jangan bilang sesiapa

Oh, buku merah jangan lupa bawa
Moga-moga belum tamat tempoh
Kali ini kita pergi lebih lama
Pergi lebih jauh,ayuh

ulang chorus (bawa aku pergi)

(zizan rap)
mata dalam kaca, topi berceloreng
sarung tangan hitam, atas muka ada topeng
hanya perlu siul, tidak tekan loceng
hero sudah sampai, cepat terjun dari loteng
kita terus ke sempadan, aku pacu , engkau bonceng
bawa bekal air muka, cuci aib bopeng
lari dari kewajipan, tanggungjawab ponteng
lari dari kenyataan, mula kisah dongeng

tinggalkan dataran,puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan ,cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
sambil cari YETI kita boleh cari ...WHAT  ?

tinggalkan dataran,puncak dunia kita duga
tinggal kemewahan ,cuba cara hidup purba
lari-lari baling bola salji depan gua
tidak jumpa YETI moga-moga jumpa Syurga

ulang chorus(bawa aku pergi)

bila kita pergi, apakan berlaku
siapa kan peduli, siapa ambil tahu
hidup kita tempuh, untuk apa saja
tidak kira mana kembara membawa
KITA KAN BERSAMA

ulang chorus (buku merah)

ulang chorus (bawa aku pergi)







p/s: Cikguluv adalah salah seorang ahli kelab Jozan ok.....pernah menjawat jawatan bendahari dan penasihat lagik.....so entri ini bukan untuk menjatuhkan beliau , cuma takut lirik ini membuatkan anak muridku buat karangan berbentuk IMAGINASI yang agak OVER....akak jugak yang fening nak tanda kertas mereka nanti....coz lagu juga adalah salah satu stratergi pengajaran ....kata koooooo















24 Februari 2012

LISA ♥ YUSRI

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Februari 24, 2012 2 nota dicatat murid

~Majlis pernikahan~

Yusri (39tahun) & Lisa Surihani  (26 tahun)
@
~Hotel Marriot Putrajaya~

23 Februari 2012










semua foto2 ini credit to portal hiburan OH Bulan & Abang nara



p/s: Doakan mereka berdua bahagia hingga hujung nyawa......





22 Februari 2012

Pengkalan data murid

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Rabu, Februari 22, 2012 0 nota dicatat murid
Skarang ni adalah musim guru mengUPDATE data2 murid mereka  di dalam pengkalan data Kementerian.......biasalah guru kan segala-galanya... SO kerje2 kerani pun akakkkkk jugak nak buat....tapi cikguluv no problema

so...yang susah nak masuk....sila tekan pautan ini--->>Pengkalan Data

                                                 



Selamat berjaya......."Majulah Sekolah Untuk Negara"

20 Februari 2012

Orang | tetap | akan | kata

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Isnin, Februari 20, 2012 2 nota dicatat murid


Bila nampak radio car berhenti tahan PATI
ORANG AKAN KATA
makan rasuah la tu

Bila polis buat roadblock
ORANG AKAN KATA
nak carik duit poket lah tu

WALHAL......itulah tugas mereka

Bila anak cikgu dapat straight A's
ORANG AKAN KATA
dapat soalan bocor la tu

Bila anak cikgu tak lulus @ tak pandai
ORANG AKAN KATA
hai.....anak cikgu pun bodoh

WALHAL......cikgu bukan ada magis boleh pandaikan semua orang

Bila pemimpin beli sesuatu yang mahal
ORANG AKAN KATA
pakai duit rakyat lah tu

Bila pemimpin pakai barang murah
ORANG AKAN KATA
hai....dah jadik menteri pun pakai kereta MyVi jer ker

WALHAL ..........kalau kita jadi 'somebody' nanti....ntah2 kita lebih dari itu

Bila kita jadi Boss yang tegas
ORANG AKAN KATA
macam lah bagus sangat

Bila kita jadi Boss yang lembut
ORANG AKAN KATA
alamak.....lembiknya ....camne nak jadi pemimpin

WALHAL.....kalau kita jadi ketua nanti...ntah2 lagi ramai yang menyampah dari yang suka

Bila kita buat BAIK
ORANG AKAN KATA
Baik ada makna lah tu

Bila sesekali kita buat jahat
ORANG AKAN KATA
Jahat betul lah dia ni.....

WALHAL .......masa kita buat baik,dorang tak ingat pun...tapi sekali terbuat jahat.....kemain dorang ingat

Bila pempuan pakai seksi 
ORANG AKAN KATA
ish......mak bapak dia tak marah ke ?

Bila perempuan pakai selekeh
ORANG AKAN KATA
ish.....laki dia lalu ke tengok dia macam gitu

WALHAL.......kalau nampak yang seksi....mata dorang kemain meleret tengok

KESIMPULANNYA
apapun kita lakukan......semua orang akan perhati
dan tetap
ORANG AKAN MENGATA
so
sila berhati-hatilah
dan 
paling penting.....
Allah yang sentiasa perhatikan kita....




17 Februari 2012

IMAM MUDA @ SKOLA SAYA

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Februari 17, 2012 0 nota dicatat murid
Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Hari ini SK Bukit Sentosa sangat bertuah dengan kehadiran Imam Muda dari Astro Oasis bagi memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul di sekolah cikguluv.

IMAM MUDA NURI

.
.
.
Kenal TAK ?......Beliau bukan Juara tetapi tetap POPULAR juga
(korang layan tak RANCANGAN IMAM MUDA ni?)


Sedikit biodata tentang beliau :

Nama :
Nuri b. Arbain

Pekerjaan : 
Guru di SMKA Al-Ikhsan Kuantan
&
Penceramah bebas (kontrak dengan Astro Oasis)
&
Imam Masjid Besar Kuantan

Antara pesanan dan intipati ceramah beliau tadi ialah :

1. Cintalah ALLAH dan RASUL
2.  SOLAT 5 waktu jangan dilupa
3. Hormat dan TAAT kepada kedua ibubapa







Seperti biasa, susah-susah Panitia Agama Islam memBOOKING Imam Muda ini...rugi lar sekiranya tidak mengabadikan KENANGAN dengannya.....(very the fotogedix kan....i loike)



Silalah menCUCI mata.......ya.



Ramainya peminat.......


Buat kenangan


Imam Muda Nuri & Imam Muda SKBS Ustaz Fauzi


Tunggu giliran nak bergambo

Ustajah Pilihan & IMAM MUDA.....malu2 kucing


Autograf ya.....


Anak Cikgu Anizah kene peluk lagik......


Sekian sahaja laporan saya ....cikguluv......Insya Allah tahun depan panggil Ustaz Don Danieyal pulak ya......SUKERRRRR.......mesti kami lagi khusyuk dengar ceramah beliau.....



14 Februari 2012

SAFAR | SIFAR | KHURAFAT

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Selasa, Februari 14, 2012 0 nota dicatat murid
Assalamualaikum,


Kali ini cikguluv nak bercerita tentang bulan Safar.Cerita tentang bulan ini agak menarik seperti yang ditulis di dalam Majalah ASUH yang anak cikgluv beli 3 kali bayar daripada ustazahnya......hehehehhe.....saya juga layan ASUH.....


Kalau korang nak tahu ....Bulan Safar ialah bulan kedua dalam kalendar Islam. Walaupun ianya telah berlalu,cikguluv tertarik tentang fakta mengenai bulan safar ini.

Safar maknanya Kosong

Kosong juga dikenali sebagai Sifar

Bulan ini dinamakan Safar kerana  orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka hingga rumah mereka menjadi KOSONG. Ini kerana pada bulan ini mereka biasanya melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka.

PERISTIWA PENTING BULAN SAFAR DALAM 
SEJARAH ISLAM:

Peperangan AL-ABWA pada tahun ke-2 Hijrah
Peperangan ZI- AMIN pada tahun ke-3 Hijrah
Peperangan AR-RAJI (Bi'ru Ma'unah) pada tahun ke-4 Hijrah

NAMUN DEMIKIAN 

Ada juga di kalangan umat Islam yang mengambil kesempatan melakukan 

PERKARA KHURAFAT


CONTOHNYA 

dalam masyarakat ORANG  MELAYU
antara kepercaraan KHURAFATnya ialah :

~ mandi tolak bala 
~ melarang berkahwin pada bulan ini

dan ini jelas bertentangan dengan akidah Islam
(Sila berTAUBAT......sapa yang pernah melakukannya)

Sesungguhnya setiap hari merupakan detik-detik TERINDAH buat kita meningkatkan amalan-amalan baik . 
(Wah.....statement ala-ala ustazah gitu....)

Sekian. Wassalam.
Sumber: Majalah ASUH










12 Februari 2012

PIBG | MYSKOOL

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Ahad, Februari 12, 2012 0 nota dicatat murid
Salam semua......

Sabtu lepas , skola cikguluv ada meeting PIBG....dan  telah ditugaskan jadi CAMERAWOMEN.....and I LOIKE......

Bercerita tentang PIBG, yang membawa makna :

PERSATUAN IBU BAPA & GURU
(tapi biasanya yang memenuhkan kerusi ialah ......GURU)

kalau ada IBU BAPA yang datang tu 
memang mereka WAJIB diberi TABIK SPRING
standard lah tu......memana skool pun memang cenggitu kot

.
.
Biasanya isu-isu semasa yang sering diperdebatkan ialah tentang makanan ringan a.k.a JAJAN yang sering dijual diluar pago sekolah
dan
tentang aktiviti PIBG yang dorang rasa macam tak berapa nak cukup
(silalah serah diri untuk jadi AJK  ya)
dan
tentang prestasi sekolah baik dari segi kurikulum mahupun ko-kurikulum
(skola cikguluv mmg HEBAT dlm KO-KU)
.
.
.
Macam biasa , mari kita mencuci mata FOTO-FOTO  & CANDID yang diambil sepanjang PIBG ini berlangsung.
(credit kepada Pn. Azizah Omar kerana kasi pinjam dia punyer CANON dslr)


Jelitanya 2 orang cikgu ini.......

Apa-apa.....soru dulu ya.....

Hebat mereka mebincangkan tugas-tugas pencatat....shida maintain makan


Pasukan kompang sekolah

Ini GB kami .....yang ciikguluv rasa seorang yang supportive n understanding....
(bkn KIPAS ya....hehehe)

Yang dididik itu pekerti, yang dikerah itu tenaga.......ayat POWER dr our BOSS


Cenderahati tulus ikhlas

Dewan kami yang besar dan cantik.....TERBAEK

Jelitawan nasyid.....tudung mereka bau KEDAI......1st time pakai woooo


Kelas tudung puan AJK ini.......i loike.....
.
.
.

Kalau nak tengok gambo yang lain ,silalah berkunjung ke FB cikguluv ya.......


P/S: Cikguluv pun x pi PIBG sekolah anak sulung cikguluv(yang Form 3)....tapi kat USUL tulis hadir.....bkn sebab xnak  datang tapi terlupa nak reminder kat tepon......syok2 jer melipat kain d pagi Sabtu.....dah tengahari baru tersedar dari lamunan......jadi BUKAN SAYA AKU......salahkan kain yang kulipat itu.................hehehehehehhe














10 Februari 2012

CHERENGEN CONVENTION & SPA RESORT JANDA BAIK

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Februari 10, 2012 3 nota dicatat murid
Salam semua,


cikguluv nak cerita lah....bukan senang encik suami nak CUTI....tetiba dia kata nak pi berehat...cikguluv kata orait dear...let's go.


Setelah puas berfikir...kami memilih JANDA BAIK....bukan mak janda tau. Ini kerana lokasinya yang berhampiran dengan KL....lebih kurang setengah jam dari Tol UIA Gombak kami sampai ke persimpangan Janda Baik,Bentong Pahang.Tempat yang kami redah kasi pecah kali ini
ialah

CHERENGEN CONVENTION & SPA RESORT JANDA BAIK
(tapi cikguluv x jumpa pun spa nya di mana?)



Untuk pengetahuan korang semua, inilah resort pertama yg cikguluv pergi,staff dia kata xde RATE utk KAKITANGAN KERAJAAN (sentap hati mak nak).Harap2 MANAGER dorang baca belog cikgluv ni...hehehehhehe.

Kalau tanya nak bagi berapa bintang ? So ini bintang dan kejora yang diberi oleh cikgluv.(bintang penuh ialah 5)

BILIK   -   3 
(bilik agak kecil , MAHAL dan sempit tp bersih....nak extra bantal sebijik rm20 ok)


REKREASI  -  4 
(ada basikal,carrom,ping-pong,snuker,remote truck tapi semua kena bayo...yang FREE dam angry bird)

KOLAM RENANG    -  3 1/2
(airnya agak berkeledak tp still  kaler biru)

MAKAN     - 4 
(dinner rm25 je untuk dewasa RM18 kanak-kanak....ada ikan bakar lagik)

WI-FI   - 4 
(kat lobi jer...tapi kemain laju)

PERSEKITARAN    -   4
(tempatnya nun tinggi di atas bukit...serasa seperti di kayangan gitu)
&
menjelang maghrib hingga subuh ayat Quran berkumandang di LOBI 
(AGAK2 KENAPAKAH???)

STAFF   - 3 1/2
((s(staffnya muda-muda , WAJIB dihantar untuk latihan berkomunikasi....tapi semuanya OK)
.
.
.
.
.

UNTUK SANTAPAN MATA KORANG SEMUA.......SILALAH BIKIN AYER MATA KORANG MELELEH....hahahahahahahaha.....saja nak kasi JELES.












Kalau selepas ni korang teringin nak pergi.....silalah dan sebut nama belog cikguluv yang telah memPROMOSI kan resort mereka secara FREE  ok. (nak jugak)


P/S: Mesti korang carik mana gambo cikguluv kan.....walau saya fotogedix tapi dah saya cameragirl nya dah sah-sah ler saya x ada dalam gambo.










4 Februari 2012

Love Meter

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Sabtu, Februari 04, 2012 2 nota dicatat murid
Ramai tanya kenapa saya memilih nama cikguluv sebagai nama d blog ini ..

JAWAPANNYA :

saya memang jenis penyayang (ini puji diri sendiri ke?)....
serius tau.....saya kakak kepada 8 orang adik....tanyalah dorang.....saya memang kategori LOVE one....

hari ni saja nak test cinta hati adik bradik cikguluv yang sudah berkahwin dan akan berkahwin melalui 
(ini hanya untuk suka-suka)




dan jangan marah...LOVE METER  tu memang memberi jawapannya yg buat hati berbunga-bunga.

Mari kita layan result LOVE METER adik beradik cikguluv dan pasangannya:



KATEGORI YANG SUDAH BERKAHWIN :











KATEGORI YANG BERTUNANG :




KATEGORI YANG SEDANG BERKASIH :




KATEGORI YANG MASIH MENCARI :




HAHAHAHAHAHAHA......boleh percaya ke LOVE METER ni...meternya kemain mencanak naik. (sila baca resultnya semuanya SOULMATES gitu)...tapi cikguluv ada try 2 nama jejaka dengan adik yang kategori sedang mencari tu...jawapannya....75% aje....wakakakakka....jgn marah cik muda bib

Doa cikguluv JODOH kita semua kekal hingga ke SYURGA.amin

nak try  tengok love meter korang sila klik ==> LOVE METER

(AMARAN : Jangan percaya pun...suka-suka bolehla....jodoh dan ajal adalah takdir ALLAH.)




3 Februari 2012

CUTI LAGI.....Yahooooo

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Februari 03, 2012 2 nota dicatat murid
baru sekolah dah cuti semula....suka sangat....tipulah kalau ada yang kata dia tak suka cuti....

nak pegi mana ya?

duduk rumah @rumah mak sudah.....

Ingat cikguluv....azam baru kamu nak  JIMAT(ingatan utk diri sendiri)






Bahagi | bengong | bosan

Direkod oleh cikguluv a.k.a cikguluv di Jumaat, Februari 03, 2012 0 nota dicatat murid
Salam pagi Jumaat semua....


Merujuk kepada tajuk di atas....wah dah macam surat rasmi pulak.....hari ini cikguluv nak berkongsi cerita tentang satu tajuk dalam Matematik yg 
agak mengelirukan iaitu OPERASI BAHAGI



                           

Sebenarnya tajuk ini diajar sejak murid2 di Tahun 2 lagi...namun secara asas sahaja. Walaubagaimanapun yang ASAS itulah tersangat PENTING. Betul tak?

                                                                                         


Bukan apa , bila mereka di Tahun 4 ,sudah ada membahagi 4 digit dengan 2 digit,contohnya 3481 bahagi 24. sama ada tanpa baki atau berbaki. Itu belum lagi melibatkan bahagi dalam pecahan, bahagi dalam peratus. 


                                                
Ya ampun.....pengalaman cikguluv lah...murid mesti di ajar dengan sangat SABAR dan tunjuk satu persatu langkah2nya dari bagaimana hendak membina sifir dua digit sehinggalah membahaginya seterusnya mendapat jawapan yang betul. Dan ianya bukan boleh diajar dalam masa SEHARI sahaja.Daripada reaksi muka mereka ,kita tahu mereka faham atau TIDAK.


               


Bila murid TIDAK FAHAM....mereka rasa cam bengong dan mula merasakan belajar Matematik itu SUSAH dan BOSAN. Kita sebagai guru kena mempelbagaikan cara.....satu cara yang tak pernah berpisah dengan cikguluv ialah BERMAIN.....bermainlah dengan nombor2 besar (nilainya) , agar murid-murid seronok dan tidak terus rasa BENGONG dan BOSAN. Ditambah pula dengan HOMEWORK yang mereka tak tahu pun nak buat bila di rumah .

 Kepada seorang yang bergelar CIKGU MATEMATIK.....make it FUN 
(ingatan ini untuk diri sendiri juga)
Percayalah guru yang 'baik'  akan diingati hingga hujung nafasnya.
( wah terEMO pulak di sini)


psttttt: entri ini dibuat setelah ada 2 insiden semalam:
1. Seorang kawan  mengadu yang anaknya Tahun 4 tak paham belajar maths sekarang.
2. Bekas anak murid yang dah ke Tahun 4 mengadu tak paham camna nak bahagi....katanya 'nombornya banyak sangatlah teacher'

Semoga tajuk entri ini 
daripada 
Bahagi | Bengong | Bosan 

bertukar menjadi 

Bahagi | Best | Betul





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

cikgu ♥ love Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea